PKR - FREEMASON

PKR - FREEMASON
The All Seing Eye

Sitelevel Spidering

Search This Blog

Monday, May 31, 2010

APABILA PR MENANG PRU 13




PM      = PKR? ANWAR? (Pasti ke?)
TPM1 = PAS?
TPM2 = DAP (SUDAH PASTI)
TPM3 = SABAH/SARAWAK?

Beginikah janji Anwar apabila PR menang PRU 13 nanti?
Rasa-rasanya siapakah nanti antara TPM Tpm tersebut akan ada paling banyak kuasa?
Bilangan jawatan penting yang banyak dan bertindih kuasa bukanlah sesuatu yang baru bagi senario politik ASEAN. Ia telah dilakukan sebelum ini di Kemboja dan Thailand
KONVOI KEMANUSIAAN GAZA DISERANG KOMANDO ISRAEL : 16 AKTIVIS PRO PALESTIN TERBUNUH!

TERKINI : Angka Korban Meningkat kepada 19 Orang

Jumlah korban serangan tentera laut Israel ke atas flotila bantuan kemanusiaan meningkat kepada 14 hingga 16 orang hari ini, selepas komando Zionis menaiki kapal-kapal bantuan menuju ke Genting Gaza, dengan tindak balas menentang daripada aktivis pro-Palestin.
Saluran televisyen Channel 10 di Israel melaporkan, enam buah kapal dalam konvoi diketuai sebuah kapal Turki dengan 600 aktivis itu belayar ke Gaza melalui perairan antarabangsa Cyprus semalam. – Reuters

Apa yang mengejutkan Israel melakukan tindakan pre emptive strike di perairan antarabangsa. Yang jelas melanggar undang2 antarabangsa.

Turut bersama konvoi tersebut adalah pasukan kemanusiaan dari Malaysia, nasib mereka tidak dapat dipastikan hingga kini
MALAYSIA TODAY NAK JADI NABI BARU : LIWAT DIHALALKAN!!




Laman web Malaysia Today yang diterbitkan dan dimiliki oleh Nabi Pakatan Rakyat dan juga sekutu tererat Anwar Ibrahim, Raja Petra Kamarudin hari ini menerbitkan artikel kononnya "ISLAM MENGHALALKAN PERBUATAN LIWAT" BACA DISINI


Artikel yang dikarang Abdul Khalik dari Jakarta Post itu menyatakan bahawa ulama kebanyakan bersikap prejudis dan berotak sempit dengan menolak perlakuan homoseksual,liwat dan lesbian. Dengan memesongkan maksud surah Al Hujurat (49:3) bahwa dengan ayat tersebut manusia semua adalah sama disisi Allah tanpa mengira kaum,darjat kekayaan,kedudukan sosial dan kecendrungan seksual!!

Wednesday, May 26, 2010

Penjelasan mengapa tanah KTMB di Singapura tidak dibangunkan



PUTRAJAYA Mei 26 – Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat berkata hari ini, tanah Keretapi Tanah Melayu Bhd. (KTMB) di Singapura tidak boleh dibangunkan sebelum ini berikutan wujud sekatan bagi penggunaan tanah itu.
"Saya ingin jelaskan perkara ini. Kebelakangan ini terdapat media dan blogger yang tertanya-tanya tentang tapak tanah itu.
“Mungkin mereka samar-samar tentang adanya sekatan penggunaan tanah berkenaan,” katanya sebelum mempengerusikan mesyuarat pascakabinet di kementeriannya di sini.
Katanya, sekatan yang dimaksudkan adalah tapak tanah itu hanya boleh digunakan bagi tujuan perkeretaapian.
"Jika tapak tanah itu digunakan bagi kegunaan lain selain dari perkeretaapian, ia bukan saja disekat, ia tidak dibenarkan mengikut perjanjian sedia ada.”
"Malahan kalau itu berlaku ia juga bermaksud KTMB akan kehilangan tapak itu. Kita tidak berbuat demikian sebab kita patuhi perjanjian sedia ada.”
Ahad lalu, Malaysia bersetuju memindahkan stesen KTMB di Tanjong Pagar ke Terminal Pemeriksaan Kereta Api Woodlands (WTCP) menjelang 1 Julai 2011.
Tanah yang akan dikosongkan itu akan dimajukan oleh sebuah syarikat usaha sama Malaysia-Singapura dikenali M-S Pte. Ltd. yang akan ditubuhkan sebelum 31 Disember tahun ini. – Bernama
KISAH NOR MOHAMMED YAKCOP : BILION RINGGIT WANG RAKYAT LESAP DI TANGANNYA


Dipetik dari The Unspinners untuk penyebaran awam
Bukti ketelusan dan sikap bloggers pro kerajaan yang bersikap telus dan adil tidak seperti bloggers pro pembangkang



Di sini ada cerita pasal Tan Sri Nor Mohd Yakcop – seorang korup dan penipu yang begitu licik dan licin dalam hal menipu orang.

Kawan ini mempunyai kebolehan luar biasa menelan duit rakyat dan merugikan berbillion ringgit duit negara. Tapi yang menjadi pelik ialah bagaimana dia boleh bertahan begini lama, malah dinaikkan pangkat lagi menjadi Menteri Kabinet.
 BAWAK SAJELAH MIC KELUAR DARI BN! YELL PARI,T MOOHAN, SAMY NO VALUE.... TUNGGU APA LAGI?


Hari ini gempar ugutan sekali lagi oleh MIC untuk keluar BN ekoran tuduhan Vell Pari bahawa Umno adalah dalang disebalik tindakan Mugilan mencabar kedegilan Presiden MIC Samy No Value untuk turun takhta sperti yg sering diuar uarkan sejak lama dulu. kritikan2 dari orang melayu dan india terhadap kepimpinan Samy Vellu bukanlah menunjukkan bahawa berlaku strategi terancang untuk menjatuhkan Samy No Value atau apa yg dikatakan oleh anak No Value tersebut "Pembunuhan Politik""Character Assasination"...Tidak sama sekali malahan sejak sebelum PRU 12 lagi keresahan rakyat terhadap Samy No Value mmg ternyata yang membawa kepada kemuncak  tumbangnya Presiden(Firaun) MIC tersebut di Parlimen yang ditandingginya sejak berpenggal penggal pada PRU 12 yang lalu.

Tuesday, May 25, 2010

JOHOR SELATAN DALAM BAHAYA!





Dalam paper hari ini front page kata masalah Tanjung Pagar KTM sudah selesai. Yang tidak dilapurkan ialah Najib sudah kautim letgo Tanjung Pagar kpd Singapore dan pindah stesyen KTM ka Woodlands.

Apa sudah jadik?
Kenapa Malaysia beralah? Takkan mudah sangat Letgo Tanjung Pagar kepada Singapura? Najib tak de telur ka? Singapura sudah pegang telur Najib? ZXaman Tun Mahathir dulu isu Tanjung Pagar adalah antara isu yang cukup payah hendak diselesaikan gara2 permintaan timbal balas Singapore yang merugikan Malaysia.

Monday, May 24, 2010

SUSULAN 'PENGAHLIAN' KELAB PENYOKONG PAS : BUKAN ISLAM MASUK PAS, ISLAM MASUK DAP


“gulai kawah yang telah bercampur dengan bermacam-macam makanan haram, sudah bercampur dengan pelbagai daging seperti babi, biawak, ular, lembu, kerbau dan kambing”…….. UMNO sekarang sudah bercampur dengan benda-benda yang haram….." -Kutukan PAS dahulu ketika UMNO menerima kemasukan bumiputera bukan islam

KINI PAS MEJILAT LUDAHNYA SENDIRI... MENGATA UMNO TERPALIT DI MUKA SENDIRI


Selepas PAS akhirnya 'mengahlikan' 20 000 ahli Kelab Penyokong PAS, kini timbul desakan agar umat islam juga bertindak serupa dengan desakan agar orang islam memasuki maenjadi ahli parti cauvinis cina DAP seperti mana tersiar di MalaysiaKini hari ini BACA DISINI

Adakah ini akhirnya langkah untuk orang2 Islam bergerak meneutralkan semangat nasionalis cina dalam DAP dan seterusnya melakukan penguasaan keatas DAP seperti mana yang terjadi kepada PKR??

Atau juga ini satu langkah untuk orang bukan islam menunjukkan 'keterbukaan' mereka berkenaan isu kaum dan agama seterusnya membersihkan imej parti cauvinis tersebut namun pada masa yang sama menerusi misi halus menerobos masuk ke dalam Parti yang kononnya menjaga hak2 umat islam dan akhirnya akan mencampuri urusan dalaman PAS yang melibatkan keputusan2 penting seperti akidah??

Adakah DAP sanggup menjadi terbuka seperti PAS? atau hanya akan memperalatkan keanggotaan umat islam seperti mana keterhutangan budi bekas MB Perak Nizar Jamaludin kepada 18 ADUN DAP Perak dahulu atau 'Kepimpinan' Tunku Abd Aziz Ibrahim yang hanya menjadi pemimpin boneka bersuara apabila disuruh oleh VVIP DAP?
FIRAUN SAMY VELLU PECAT LAGI DUA!!!

TERKINI  VELL PAARI A/L SAMY VELLU TUDUH UMNO
                 KENYATAAN VELPARI ADALAH BIADAP DAN PERSEPSI
                 UMNO TIDAK CAMPURI URUSAN PARTI KOMPONEN BN


Maharaja Samy Vellu hari ini memecat dua ahli CWC (Jawatankuasa Kerja Pusat) MIC kerana didakwa bertindak menentang kepentingan parti MIC. Mereka ialah KP Samy dan G Kumar Amaan. Ini pemecatan selepas kes V.Mugilan Timbalan Ketua Pemuda MIC yang dipecat gara gara menentang kekemarukan takhta MIC oleh Samy No Value yang mahu meneruskan amalan Nepotisme dan Kronisme dalam parti tersebut.
HIPOKRITO AT THE HEIGHEST LEVEL!!! GARA GARA GULA2 KEPADA PENGUNDI CINA : ZAID FAIL PETISYEN HULU SELANGOR TIDAK SAH TETAPI DIAM BERKENAAN SIBU



Calon PKR yang ditewaskan bagi kerusi pilihan raya kecil parlimen, Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim hari ini memfailkan petisyen bagi mengisytiharkan keputusan pilihan raya itu tidak sah.

Beliau mendakwa berlakunya amalan rasuah yang berleluasa oleh pencabarnya.

Sudah tergadaikah tanah KTMB di Tanjong Pagar?

 


Tanah milik KTM tetapi dibangunkan oleh syarikat usaha sama Malaysia-Singapura dikenali M-S Pte Ltd..

Kenapa perlu dibangunkan dengan kerjasama Singapura yang memegang 40% kepentingan?

Dibangunkan di Singapura.. tak kiralah apa jenis pembangunanpun yang dibuat yang pasti hak milik tanah itu akan bertukar akhirnya..

Sudah tergadaikah tanah KTM itu???

Sunday, May 23, 2010

PENGHINAAN TERHADAP SULTAN DAN YANG DIPERTUAN AGONG



Satu Kenyataan yang sgt keras dan menghina Yang Dipertuan Agung serta Sultan Melayu dikesan di laman yeb YouTube bersangkutan dengan rakaman Reformasi 1998-2008 telah dikesan. Malangnya pemilik akaun tersebut Muhandis telah pun menutup akaun tersebut



20,000 AHLI KPP KINI ANGGOTA PAS TETAPI BUKAN ANGGOTA PAS










Seramai 20,000 anggota Kelab Penyokong PAS hari ini 'dinaiktaraf' sebagai anggota PAS sepenuhnya melalui penubuhan Dewan Himpunan Penyokong PAS.

Ketua penerangan parti itu Idris Ahmad berkata, anggota dewan tersebut kini berpeluang untuk menghadiri muktamar parti sebagai ahli perwakilan bagi mengikuti mesyuarat.

"Tapi untuk mengundi dalam pemilihan parti belum lagi," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Tambahnya, dewan yang dibentuk itu akan menumpukan usaha penerangan dasar parti melalui program dialog dan ceramah.

Jelasnya, usaha itu penting bagi menangkis tohmahan yang dilemparkan BN.

Saturday, May 22, 2010

Makan di premis halal sahaja

Para pengguna terutama muslim kini perlu bertindak lebih agresif dengan hanya memilih premis yang memiliki sijil halal untuk dikunjungi bagi memberi pengajaran kepada pengusaha yang liat memohon sijil tersebut.
Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd. Yusof Abdul Rahman berkata, tindakan tersebut sebenarnya akan memberi tekanan kepada pengusaha degil.
BERITA PANAS POLITIK  PAKATAN RAKYAT


RPK BAKAR SENTIMEN PERKAUMAN CINA


KRISIS PERKAUMAN DALAM PKR (MELAYU PKR VS INDIA PKR)


KRISIS SELANGOR : PKR TIDAK AMBIL TINDAKAN BIMBANG PENDEDAHAN


ANGIN BERTIUP KENCANG : PKR BAKAL BERGABUNG DENGAN DAP


KRISIS SELANGOR : KISAH DISEBALIK PERANG KHALID IBRAHIM DENGAN YBK SELANGOR


SKANDAL KOHILAL : SKANDAL MAIKA HOLDINGS ALA PAS

Friday, May 21, 2010

Manikavasagam dakwa 'diugut' orang dalam PKR


Ahli parlimen Kapar S Manikavasagam mendakwa beliau sekali menerima 'ugutan' menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) yang kali ini dikatakan dilakukan oleh 'orang dalam' PKR.

Menurut Manikavasagam, SMS itu dihantar oleh pembantu khas seorang exco kerajaan Selangor, Selasa lalu.

Katanya, pembantu khas exco itu mahukan beliau berhenti menyerang Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, membabitkan isu Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB).

"Penghantar SMS itu mengatakan saya kurang ajar," katanya kepada pemberita di Klang hari ini sambil menambah ia juga berbaur perkauman.
PERKASA DESAK BATALKAN LESEN JUDI PIALA DUNIA : MANSUHKAN AKTA PERTARUHAN POOL!! MANSUHKAN AKTA PERJUDIAN RUMAH TERBUKA!!



“Batalkan lesen judi Piala Dunia 2010 atau mansuhkan Akta Pertaruhan Pool dan Akta Perjudian Rumah Terbuka!” desak Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Wira Perkasa) berikutan pemberian lesen konsesi berbilion ringgit itu kepada Kumpulan Berjaya Corporation bagi mengendalikan pertaruhan judi bola sepak sempena temasya sukan itu Jun ini.
Ketua Wira Perkasa, Arman Azha Abu Hanifah, berkata isu ini bukan sekadar ‘halal atau haram’, tapi ia dilihat satu tindakan yang boleh menggugat kestabilan sosial.
PENINDASAN ISU PREMIUM TANAH SEKINCHAN: MELAYU BAYAR RM10/Kps, CINA BAYAR RM1/Kps



Menurut laporan blog selangordaily penduduk di Kampung Penerangan dan Bagan Sekinchan, Sekchan, Selangor menerima surat tawaran pemilikan tanah dengan premium yang jauh berbeza biarpun dalam kawasan yang sama.


Orang Melayu yang tinggal di Kampung Penerangan, Sekinchan menerima surat tawaran pemilikan tanah dengan bayaran premium RM 10 sekaki. Manakala kaum Cina yang tinggal di Bagan Sekinchan menerima surat tawaran dengan bayaran hanya RM 1 sekaki.


Adalah tidak masuk akal untuk dua kawasan berdekatan dikenakan jumlah premium yang berbeza sebanyak sepuluh kali ganda oleh kerajaan negeri Selangor dibawah Menteri Besar PKR Khalid Ibrahim.


Apakah ini satu lagi tindakan komunis DAP menindas orang Melayu setelah mereka tahu orang Melayu di sekinchan tidak mungkin undi DAP kecuali segelintir yang telah terpengaruh ajaran sesat Tok Guru.

Thursday, May 20, 2010

MALAYSIA MENUJU KE ARAH XINJIANG UIGHUR! BEGINIKAH NASIB KITA AKHIRNYA  APABILA DIPERINTAH PAKATAN RAKYAT YANG DIKUASAI DAP ?


Berdasarkan situasi politik semasa Malaysia masa kini dengan melihat betapa pecahnya kesatuan Melayu dan Islam disebalik bersatunya poltik orang2 cina dan golongan Neo Liberal yang mempergunakan isu2 sensitif seperti mengungkit dan mempertikaikan kontrak sosial bumiputera yang dipersetujui ketika era menuntut kemerdekaan, eksploitasi agama dan politik adu domba Pakatan Rakyat yang diterajui oleh DAP dan Anwar Ibrahim, Adakah Malaysia sekarang di landasan yang sama seperti yang di lalui oleh penduduk bumiputera islam Uighur di wilayah Xinjiang,China?
JAG TIDAK IKHLAS DAN BERMOTIF POLITIK ISU BUNG MOKHTAR

 
Kumpulan bertindak untuk kesetaraan gender (JAG) mendesak supaya Bung Moktar Radin mengosongkan kerusi parlimennya kerana melanggar undang-undang ekoran berpoligami tanpa kebenaran namun tindakan terpilih mereka menimbulkan persoalan....
PAS desak menteri, mufti bantah judi. Segenap rakyat tanpa mengira ideologi Politik bantah Judi

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mencabar Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyatakan bantahannya terhadap pengeluaran lesen judi sukan kepada Berjaya Group Sdn Bhd.
CUBAAN BUNUH SAKSI : LAPORAN DIBUAT

Keluarga saksi utama kes pelajar 14 tahun yang mati ditembak polis, Aminulrasyid Amzah – Azamuddin Omar membuat laporan polis mengenai apa yang didakwa mereka sebagai percubaan membunuh ke atasnya.

Laporan it
u dibuat di ibu pejabat polis daerah Shah Alam pada jam 2.12 petang hari ini oleh abangnya, Mohd Hafizzuddin Omar.
Azammuddin (pertama dari kanan) adalah penumang di bahagian depan ketika kereta yang dipandu oleh Aminulrasyid ditembak.
Remaja itu juga mendakwa tembakan berulang kali dilepaskan ke arah mereka oleh polis dan dia dibelasah selepas kereta mereka terhenti.
Hafizzudin juga meminta Kementerian Dalam Negeri menubuhkan satu badan bebas bagi menyiasat perkara itu dengan segera.

'Tutup kebenaran'
DAP POLITIKKAN SEGALA GALANYA DEMI KUASA

Awang Mahyan kesal DAP mahu guna slogan “Ngap Sayot”


Pencetus slogan “Ngap Sayot” untuk pasukan bola sepak Sarawak satu ketika dahulu, merasa kesal apabila pembangkang dikatakan mahu menggunakan slogan tersebut semasa kempen pilihan raya negeri Sarawak nanti.
Bekas jurulatih Sarawak itu, Awang Mahyan Awang Mohamad, 60, berkata, slogan Ngap Sayot yang diciptanya sekitar akhir 80-an tidak boleh digunakan untuk slogan politik.
Dua lagi laporan dibuat berhubung kes kematian Aminulrasyid



Dua lagi laporan polis berhubung kes Aminulrasyid Amzah, 15, yang mati akibat terkena tembakan polis di Seksyen 11 pada 26 April lepas, dibuat hari ini di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di sini.
Laporan polis itu masing-masing dibuat oleh kakak Allahyarham Aminulrasyid, Nor Azura, 39, dan Muhamad Hafizzudin Omar iaitu abang kepada Azamuddin yang merupakan rakan remaja itu yang berada bersamanya dalam kereta yang dipandu oleh remaja itu ketika kejadian.
Peguam yang mewakili keluarga Aminulrasyid, N. Surendran ketika ditemui pemberita berkata, Nor Azura dalam laporan itu meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) menubuhkan badan bebas untuk menyiasat beberapa kenyataan dikeluarkan pihak polis yang didakwanya seolah-olah bertujuan menutup kes itu.
Surendran yang mengiringi keluarga berkenaan membuat laporan polis itu berkata, Muhamad Hafizzudin dalam laporannya mendakwa berlaku cubaan membunuh oleh pihak polis terhadap adiknya Azamuddin kerana melepaskan tembakan ke arah kereta yang dinaiki kedua-dua remaja itu.
Muhamad Hafizzudin juga meminta KDN menubuhkan satu badan bebas bagi menyiasat perkara itu dengan segera, katanya. – Bernama

Tuesday, May 18, 2010

Mantan wakil rakyat Umno desak batal judi bola



Pertubuhan Mantan Wakil Rakyat Umno (PAKKU) mendesak kerajaan membatalkan serta merta lesen perjudian bola untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 yang akan berlangsung awal bulan depan.

Keputusan itu dibuat pada mesyuarat dewan tertinggi pertubuhan itu yang dipengerusikan presiden Tan Sri Adam Abdul Kadir dan dihadiri beberapa anggota lain antaranya bekas menteri pertanian Tan Sri Sanusi Junid dan bekas menteri kebudayaan, kesenian dan pelancongan Tan Sri Sabbaruddin Chik, kata naib presiden Tamrin Ghafar dalam kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.

Berjaya Corp dilaporan telah menerima kembali lesen perjudian sukan.

Pada 6 Mei, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen berkenaan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

-- Bernama
BN HILANG SIBU KERANA ISU TELAGA MINYAK K DAN J



PAS menyifatkan "kemarahan dan kebencian" pengundi di Sibu sebagai punca utama BN tumbang pada pilihan raya kecil Parlimen Sibu semalam.

"Isu-isu seperti kerugian Sime Darby, Pos Malaysia dan berbagai lagi termasuk penyerahan dua telaga minyak yang sepatutnya memberi hasil royalti kepada Sarawak dan Sabah.

Sunday, May 16, 2010

Sibu : DAP menang dengan majoriti 398 undi

SIBU 16 Mei - Calon DAP, Wong Ho Leng menang pada pilihan raya kecil Parlimen Sibu selepas menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Robert Lau Hui Yew dan calon Bebas, Narawi Haron dengan majoriti 398 undi.
Ho Leng yang juga Pengerusi DAP Sarawak memperoleh 18,845 undi manakala Robert Lau 18,447 undi manakala Narawi hanya memperoleh 232 undi. - Utusan

Dengan peratusan keluar mengundi yang rendah 59.9% ternyata pertempuran kali ini diboikot oleh sebahagian penduduk Sibu.Sebahagian pihak terutamanya di DUN Nangka tidak keluar mengundi sebagai bantahan terhadap ADUN  Nangka yang dikatakan tidak mesra rakyat disamping membantah isu Judi Bolasepak Piala Dunia.

Disamping kemenangan DAP itu...penduduk cina juga mendapat bonus apabila sekolah cina mendapat hadiah RM18juta yang dijanjikan oleh PM Najib Razak.

Ternyata kempen agresif dan rasis DAP yang dibantu PKR dan fatwa PAS telah menghasilkan kejayaan.

Tahniah Kepada Malaysia

Tahniah kepada DAP dan Tahniah kepada Datuk Najib

Susulan Isu Pasir Dengkil : Manikavasagam terima ugutan bunuh 

KRISIS SELANGOR 


Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam, pagi ini menerima ugutan bunuh menerusi nota yang diikat pada bungkusan plastik mengandungi cat merah yang dilempar ke anjung rumahnya di Pekan Meru di sini.
BN PERINTAH MENYUMBANG KEPADA RAKYAT,
PR PERINTAH MINTA SUMBANGAN RAKYAT


DAP semakin hari semakin nazak, kini dah mula pandai meminta derma dan sumbangan dari rakyat. Apa sudah jadi? Ini ke parti yang kita nak mentadbir Malaysia? Berbanding dengan kerajaan Barisan Nasional yang kita sedia maklum banyak memberi sumbangan berbentuk pembangunan kepada rakyat jelata.

Nampak gayanya DAP ibarat anjing kurap yang tersepit. Mana pergi sumber-sumber kewangan dari kantung-kantung Kerajaan Pulau Pinang dan Selangor? Masih belum cukupkah? Inikah parti yang menjadi harapan rakyat? Atau adakah sesuatu telah dilakukan pada sumber2 tersebut?
LAGI POLITICIAN PR AKAN KELUAR?

ADUN DAP Batu Lintang En.Voon Lee Shan akan keluar DAP dan menjadi wakil rakyat BEBAS? Tunggu sidang akhbar YB Voon Lee Shan hari ini. - Pusat Khidmat ADUN Batu Lintang.

nantikan perkembangan terbarunya  bersama kam.
PRK SIBU : DAP DIRAMAL MENANG LEBIH 500 UNDI 


Pilihanraya PRK Sibu bermula hari ini, dengan kemenangan diramalkan berpihak kepada DAP dengan kelebihan majoriti tipis dalam linkungan 500 undi

Ia berdasarkan kempen agresif Pakatan Rakyat yang memainkan pelbagai sentimen seperti sentimen perkauman dan agama juga disebabkan oleh majoriti pengundi disitu dengan lebih 60% pengundi adalah dari kaum cina
Nik Aziz: DAP tetap boleh guna kalimah Allah
















Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tetap berpegang kepada kenyataannya bahawa pemimpin parti politik bukan Islam, termasuk DAP boleh menggunakan kalimah Allah demi kepentingan politik mereka.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, walaupun kenyataannya itu bercanggah dengan kenyataan Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Haron Din, yang tidak mahu DAP menggunakan kalimah Allah dalam kempen parti politiknya, namun beliau tetap berpendirian ia dibolehkan dalam Islam.

"Itu kata (jawapan) dia (Datuk Haron)...tapi saya kata boleh. Biarlah dia (Datuk Haron) bersedia menerima jawapan balas. Itu jawapan dia, jawapan saya kata boleh," katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai kenyataan Haron supaya DAP menarik balik penggunaan kalimah Allah dalam kempen politiknya.

Terdahulu, Nik Abdul Aziz melepaskan peserta jelajah kereta mewah menerusi Program JPM Super Drive Challenge KB 2010 di perkarangan Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, di Kota Bharu hari ini.

- Bernama (Malaysiakini)
Penulis : Begitulah angkuhnya seorang ulama. Tiada langsung erti demokrasi apatah lagi sistem Syura dalam pentadbiran PAS. PAS telah menjadi parti milik Nik Aziz Sdn Bhd.
DAP DAN PAKATAN RAKYAT : PETUALANG SEBENAR POLITIK RASIS DAN PERKAUMAN


"apa yang sebenarnya berlaku adalah pengimpot Injil tersebut diminta supaya tidak memohon kembali Injil tersebut untuk menyusahkan pihak Kastam"

"Tujuan mereka adalah jika Injil itu rosak atas apa sebab sekalipun, terutama kerana disimpan lama dalam gudang, mereka akan menyalahkan kerajaan dikemudian hari "



Jika selama ini DAP menggambarkan diri mereka sebagai parti sekular yang menentang sebarang elemen ugama dalam kerajaan dan institusi kerajaan, kempen PRK di Sibu mendedahkan sesuatu yang bercanggah.
PKR Ipoh Barat dibubarkan


 
IPOH, 15 Mei - Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Ipoh Barat hari ini lumpuh apabila 488 anggotanya termasuk anggota jawatankuasanya (AJK) bertindak keluar daripada parti itu Sabtu selepas hilang kepercayaan terhadap kepimpinan PKR di peringkat negeri Perak yang didakwa dikuasai orang yang berkepentingan peribadi.
Ketua Cabang PKR Ipoh Barat Fauzi Muda membuat pengisytiharan itu hari ini di kediamannya di Taman Malar, Ulu Kinta di sini.

Saturday, May 15, 2010

PENDEDAHAN!: LIM KIT SIANG OF DAP ADA MISTRESS

Semalam blogger My Anger telah melepaskan satu bom tentang Mummy Foo, klik sini, ramai yang tertanya-tanya siapa dianya mummy Foo ni? Blogger The Unspinners juga telah memainkan cerita yang sama, klik sini
LAGI PKR LOMPAT KATAK : EPISOD KALI INI WEE CHOO KEONG
KRISIS PAKATAN RAKYAT SELANGOR


Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong semalam mengumumkan keputusannya keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), sekali gus memberi tamparan kepada parti itu dan pakatan pembangkang menjelang Pilihanraya Kecil Parlimen Sibu, Ahad ini.

Encik Wee keluar dari parti berikutan kemelut politik dan kepimpianan Selangor yang semakin buruk ekoran pendedahan skandal pasir di Dengkil oleh MP Kapar Manikavasagam (PKR) baru baru ini yang melibatkan penglibatan beberapa nama besar parti DAP seperti Gobind Singh Deo dan Ronnie Liu. 

Sementara itu pimpinan Pakatan rakyat terus membisu berkenaan krisis ini. Lim Kit Siang,Lim Guan Eng, Karpal Singh, Anwar Ibrahim, Nik Aziz terus membisu dengan keluarnya Wee Choo Keong dan pendedahan Manikavasagam.

Politik Selangor sementara itu terus bergolakdengan tersebarnya khabar angin gugurnya Tan Sri Khalid sebagai MB Selangor yang akan diganti dengan Datuk Hassan ALi yang dicadangkan oleh Raja Petra Kamarudin dan mendapat sokongan Ronnie Liu.
Jika perkara ini berlaku adakah benar bahawa Datuk Hassan Ali telah pun berkompromi dengan krisis antara mereka tahun lalu?

SUSULAN JUDI BOLASEPAK PIALA DUNIA : PENJELASAN DARI SUMBER KEMENTERIAN KEWANGAN.


Tiada kelulusan lesen judi baru termasuk untuk pertaruhan kejohanan Bola Sepak Piala Dunia kali ini. Menurut sumber Kementerian Kewangan, lesen pertaruhan untuk sukan yang diperkatakan ketika ini ialah lesen yang diluluskan sejak 1987 lagi kepada Ascot Sports Sdn Bhd.
ANWAR MINTA TANGGUH LAGI PROSIDING KES LIWAT


Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam, buat kesekian kalinya lagi memfailkan permohonan di Mahkamah Rayuan di sini menangguhkan perbicaraan kes liwat yang dihadapinya sehingga rayuan berhubung permohonannya supaya dibekalkan kenyataan saksi utama Mohd Saiful Bukhari Azlan, didengar dan dilupuskan. Notis usul disertakan dengan afidavit peguam mewakili Anwar, Karpal Singh bagi menyokong permohonan itu difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Rayuan petang ini melalui Tetuan Karpal Singh & Co. Anwar memfailkan rayuan pada 12 Mei lepas terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada hari yang sama, yang menolak permohonan ketua pembangkang itu supaya dibekalkan dengan kenyataan Mohd Saiful termasuk kenyataan saksi bekas pembantu peribadi Anwar mengikut Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah yang direkodkan oleh polis.
Semalam, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah yang mendengar perbicaraan kes liwat Anwar, juga menolak permohonan Anwar supaya menangguhkan perbicaraan kesnya itu sementara menunggu rayuannya (Anwar) itu dilupuskan Mahkamah Rayuan.

Ketika ditemui pemberita, Karpal berkata beliau juga memfailkan sijil perakuan segera bagi memohon mahkamah mendengar permohonan Anwar secepat mungkin, iaitu sebelum 31 Mei, tarikh yang ditetapkan untuk perbicaraan kes liwatnya disambung.

Dalam afidavitnya itu, Karpal berkata, perbicaraan perlu ditangguhkan sehingga rayuan itu diputuskan kerana Anwar mempunyai hak merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya.
ANAK ASHAARI AMBIL ALIH TERAJU GLOBAL IKHWAN


RAWANG: Operasi rangkaian perniagaan Global Ikhwan Sdn Bhd akan diterajui anak sulung pengasasnya Ashaari Muhamad, bekas pemimpin kumpulan Al Arqam yang meninggal dunia kelmarin.
Menurut isteri kedua Ashaari, Hatijah Aam, 56, anak sulung mereka Fakhrur Razi, 48, akan memangku jawatan pengerusi syarikat itu yang menjual pelbagai produk dan perkhidmatan serta mempunyai 20 rangkaian di negara ini serta cawangan di luar negara. Hatijah berkata demikian pada sidang akhbar di kediamannya di sini yang turut dihadiri isteri pertama Ashaari, Tengku Noriah Tengku Abdullah, 53, dan isteri ketiganya Noraziah Ibrahim, juga 53.
Allahyarham Ashaari meninggalkan 38 anak serta 200 cucu.

Jenazahnya dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Pilin, Rembau, Negeri Sembilan. - Bernama.

Friday, May 14, 2010

PRK PARLIMEN SIBU : DAP POLITIK KAN KES AMINUL RASYID, MENERUSKAN PEMBOHONGAN TEOH BENG HOCK DAN POLITIK KEBENCIAN PERKAUMAN


DAP memainkan memainkan beberapa isu secara maksimum menghentam polis untuk pengundi membenci polis. Kit Siang fahamkah Sibu ini bandar apa? Siapa nak jaga keamanan kalau tidak ada polis.

Keluarga Aminulrasyid tidak akan desak polis mohon maaf



Keluarga Aminulrasyid Amzah tidak akan mendesak agar polis memohon maaf dan menyerahkannya kepada mahkamah untuk membuat keputusan berhubung insiden tembakan yang meragut nyawa pelajar sekolah yang berumur 15 tahun itu.
"Saya tidak akan mendesak satu permohonan maaf daripada polis. Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berhak untuk menyatakan apa sahaja yang beliau mahu,” kata ibu Aminulrasyid, Norsiah Mohamad, 61, di rumahnya di Jalan Makyong 11/2G dekat sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Musa semalam bahawa polis tidak akan memohon maaf atas insiden itu kerana ia mungkin memberi implikasi perundangan kerana kes itu dibicarakan di mahkamah.
Norsiah, yang kecewa dengan kenyataan terbaru daripada polis berkata beliau tidak mahu memberi sebarang ulasan lagi mengenai kes itu.
"Anak saya telah tiada. Dia tidak akan kembali. Saya tidak lagi mahu memberi sebarang komen. Saya telah luahkan apa yang saya ingin katakan,” katanya. - Bernama
BEKAS PEMIMPIN AL ARQAM MENINGGAL DUNIA



IPOH 13 Mei - Bekas pemimpin Al-Arqam, Ashaari Muhammad telah meninggal dunia di Hospital Ipoh Specialist Center pada jam 2.10 petang kerana jangkitan paru-paru.
Jenazah beliau akan dibawa ke Rembau, Negeri Sembilan selepas solat jenazah di sini.

Walau apa pun jua dosa beliau, harap agar kesalahan beliau diampunkan oleh kita semua. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas Rohnya. ALFatihah

Sejarah AL ARqam ------->
BERANI KERANA BENAR : KARPAL MINTA PERBICARAAN SECARA TERTUTUP
DIMANAKAH KETELUSAN?


Kes liwat Anwar: Karpal mohon sesi soal jawab secara tertutup

13/05/2010 7:59pm

KUALA LUMPUR 13 Mei - Peguam bela utama dalam kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Karpal Singh, memohon sesi soal jawab seterusnya dijalankan secara tertutup (in camera) kerana ia menjurus kepada kejadian liwat tersebut.
Hakim Mohamad Zabidin juga mengingatkan orang ramai yang berada dalam galeri awam supaya supaya tidak berada di dalam mahkamah itu semasa prosiding bersambung secara tertutup jam 2.15 petang sambil menyatakan kebiasaanya pihak pendakwa yang memohon prosiding tertutup bukannya pihak pembela.

Penulis : Buat sekian kalinya satu lagi sesi soal Jawab diadakan secara tertutup dari liputan media dan pemerhati. Apakah sebenarnya yang dibincangkan? Adakah ia sesuatu yang memalukan kepada Anwar? apa jua spekulasi berkaitan perkara yang akan dibincangkan nanti tentulah perkara yang sangat sensitif dan mendedahkan peribadi.Dimanakah ketelusan yang sering dilaungkan oleh Pakatan Rakyat?

Kes Liwat yang sepatutnya bersambung lagi pada 14 Mei ditangguhkan lagi hingga 31 Mei 2010..... sampai bilakah siri siri penangguhan ini akan berlanjutan?

Wednesday, May 12, 2010

PERHIMPUNAN MELAYU BANGKIT DITANGGUH : Saya Merayu kepada semua pihak agar jangan meningkatkan lagi Suhu Ketegangan perkauman.




Perhimpunan 'Melayu Bangkit' bersama Tun Dr Mahathir Mohamad yang dijadual berlangsung di di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Terengganu esok sempena ulang tahun peristiwa berdarah 13 Mei 1969, telah ditangguhkan.

Tuesday, May 11, 2010


SETELAH POLIS TERLIBAT DIDAKWA KELUARGA TUNTUT KERAJAAN DAN POLIS MINTAK MAAF



Keluarga Aminulrasyid Amzah - pelajar 15 tahun yang ditembak polis hujung bulan lalu - menuntut pihak kerajaan dan polis supaya memohon maaf kepada mereka dan membersihkan nama arwah daripada dilabelkan penjenayah.
KEBENARAN TERSERLAH: SOALAN KARPAL MENGESAHKAN ANWAR PELIWAT... SAH! LIWAT BERLAKU!

Buat Julung kalinya satu petanda kebenaran telah muncul dalam sebutan kes mahkamah ANwar Ibrahim Melawan Saiful Bukhari Apabila Karpal menyoal Saiful "adakah dia mandi junub selepas mengadakan hubungan seks?", bermakna dia telah mengesahkan Anwar meliwat Saiful.

Kalau Anwar tak liwat apa kejadahnya Karpal tanya soalan itu.

Macamana Karpal boleh tahu Saiful buat hubungan seks dan tidak mandi junub pada hari berkenaan jika tidak diberitahu oleh Anwar.

Karpal peguam Anwar, bukannya peguam Saiful. Sudah tentulah Anwar yang cakap pada Karpal supaya bertanya Saiful samada dia mandi junub atau tidak selepas buat hubungan seks dengan Anwar.

Kepada sesiapa yang masih tak nampak lagi apa maksud soalan berkenaan ditanya kepada Saiful oleh Karpal maka orang itu buta hati.

Saya ulang balik , kalau tidak buat hubungan seks (liwat) kenapa nak mandi junub ?

Kalau Anwar tidak beritahu macamana Karpal nak tahu pasal mandi-mandi junub dan bertanyakan Saiful.?

Fikir............
Sering kali penjenayah akan menceritakan apa yang dilakukannya kepada peguam belanya.

Jadi pasti Karpal Singh dan peguam Anwar yang lain tahu yang memang sebenarnya Anwar meliwat Saiful Bukhari.

Saturday, May 8, 2010

KAMI BANTAH JUDI BOLA!!!!!! Kerajaan Nak halalkan Judi bola???!!

Petikan dari Utusan Malaysia 6 Mei 2010

Kerajaan timbang beri lesen pertaruhan untuk Piala Dunia

Kerugian Pos Malaysia : Cubaan lindungi Little Nor Mohamed Yackop?

KUALA LUMPUR 6 Mei - Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mendakwa, sikap membisu Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berhubung kerugian Pos Malaysia Berhad, seolah-olah wujud cubaan melindungi 'Little Nor Mohamed' yang dikaitkan sebagai pihak bertanggungjawab dalam kerugian itu.
LAGI KOMEN DI MALAYSIAKINI YANG MENGHASUT PEMBERONTAKAN


Dalam satu perbincangan mengenai ucapan mantan PM Tun Mahathir berkenaan kegagalan Umno mempertahankan orang melayu dari pada serangan orang cina yang menyebabkan Umno dilanda "dilema cina"

beberapa pengkomen yang dipercayai oleh orang bukan melayu telah melakukan beberapa tindakan dan ucapan yang provokatif serta mempermain- mainkan nama Allah.


Antara komen 2 provokatif tersebut adalah

varvoom time for a divorce if we cannot live together?...give the non-malays a state and we all can get on with our life.. 
 
Allah Umno faces chinese dilemmma, Indian dilemma, Malay dilemma. It's because of you. You created all this dilemma. During your terms , You extorted all the money from the Chinese, Indian and the Malay What happen to the Kelantan's oil royalty? Sarawak and Sabah's oil royalty? You cheated the Malay during your terms and now you want to talk about defending the Malays. Hypocrates. Now the Malay, Chinese, Indian, Sabahan, Sarawakian don't trust you Umno, what are you talking about the chinese dilemma. As you gets older, the true colour of yourself prevail. You are no more respected and don't try to get cheap publicity here.
 
 

Friday, May 7, 2010

DEMONSTRASI DESAK ZAID IBRAHIM MOHON MAAF PADA SULTAN SELANGOR


Satu Demonstrasi oleh PERKASA telah diadakan di depan pejabat PKR di Tropicana Damansara memohon Zaid Ibrahim memohon maaf secara terbuka kepada sultan Selangor di atas kebiadapan kenyataan nya tempoh hari

KAFIR BANGGA HINA ISLAM DI YOUTUBE!!!




Satu laman web Facebook seperti alamat berikut yang menggunakan 'ID' ataua nama samaran 'Kafir Bangga' telah menghina kesucian agama Islam melalui kenyataannya seperti di bawah:

'Israk & Mikraj Aku masih tak boleh faham macam mana manusia yang berakal boleh percaya akan cerita yang sebegini bodoh.'

LAGI SAKSI TRAGEDI BUAT KENYATAAN


Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata, pemilik kenderaan yang bergesel dengan kereta yang dipandu Aminulrasyid Amzah, telah bertemu denganya dan menceritakan peristiwa sebelum remaja itu ditembak mati oleh polis pada 26 April.
Kha
lid berkata, ahli perniagaan tersebut tampil menemuinya kelmarin (Selasa) dan meminta pandangannya berhubung tindakan lanjutnya yang patut diambil.

Dia asalnya tidak mahu campur. Dia takut direman,” katanya yang enggan mendedahkan indentiti pihak terbabit buat masa ini.
PERJUANGAN PERKASA SELARAS DENGAN PIAGAM PBB


KUALA LUMPUR 2 Mei - Perjuangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu dan pribumi mengenai hak kepentingan dan keistimewaan kaum itu bukannya satu agenda sempit tetapi selaras dengan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Thursday, May 6, 2010

 PEMBAZIRAN PULAU PINANG : DAP CAKAP XSERUPA BIKIN


PULAU PINANG 5 Mei - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng membatalkan majlis pelancaran 30,000 risalah dan sepanduk bagi penyebaran program penghargaan warga emas berikutan berlaku kesilapan ejaan di bahagian muka hadapan risalah.
... See More
Arahan pembatalan itu dikeluarkan serta-merta oleh Guan Eng selepas ditegur beberapa wartawan yang menyedari kesilapan berkenaan, antaranya ejaan ”kearaajaan” (sepatutnya dieja kerajaan) dan penghinaaan (penghinaan).

Selain itu terdapat juga kesilapan tatabahasa dalam risalah berbahasa Inggeris iaitu ”A Sincere contribution from the people Pakatan Rasuah (PR) Goverment” (sepatutnya People ditulis People's).

Guan Eng yang terkejut dengan perkara itu, berkata, kesilapan itu tidak boleh diterima dan tidak sepatutnya berlaku.

"Kami tidak akan gunakannya. Majlis pelancaran tadi dibatalkan dan digantikan kepada sidang media saja,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Kejadian ini adalah yang seterunya selepas kejadian siling runtuh di DUN Pulau Pinang
mereka mengata tapi sendiri jugak yang buat... yang pasti 30 000 risalah tersebut sia sia bersama wang rakyat
KELANTAN DILANDA BALA? - KEMARAU BERPANJANGAN


Apakah Situasi cuaca di Kelantan sekarang ini menunjukkan satu petunjuk yang diturunkan oleh Allah? Sebahagian Kelantan dilanda musim kemarau yang teruk dan beberapa daerah telah pun keputusan bekalan air.
Manakala kawasan penanaman paditerjejas teruk dan memaksa pihak berkuasa KADA memohon bantuan kerajaan persekutuan untuk melakukan pembenihan awan.
Namun oleh kerana kerajaan persekutuan sekarang sedang berjimat cermat. mampukah adanya persefahaman antara persekutuan dan negeri?

Diakui negeri2 lain seperti Johor,selangor,Kedah dan kawasan Pantai Barat turut dilanda kemarau namun ia tidak berpanjangan sampai sekaran. Kelantan telah dilanda kemarau sejak awal tahun ini lagi.

Adakah benar situasi melanda Kelantan sekarang disebabkan kemurkaan tuhan akibat kepincangan demi kepincangan dan kekufuran pemerintah Kelantan?

Tuesday, May 4, 2010

CINTA KE AKHIR HAYAT : DIMANAKAH HILANGNYA KASIH SAYANG MANUSIA?

Seekor kucing betina telah dilanggar dan kematiannya ditangisi pasangannya. Klip video ini benar2 menyentuh hati dan perasaan bagaimana seekor kucing jantan berusaha menyelamatkan nyawa pasangannya. Ambillah ini sebagai pengajaran dan iktibar.

saksikan videonya.
PEGUAM TUNTUT TUDUHAN BUNUH KEATAS POLIS YANG TERLIBAT

Peguam tuntut tuduhan bunuh ke atas polis yang terlibat

TERKINI : Barisan panel khas pemantau siasatan terdiri daripada Tun Haniff Omar, Datuk Dr Denison Jayasooria (aktivis), Datuk Seri Muhammad Shafee (peguam), Datuk Michel Yeo, Penganalisis jenayah terkenal Kamal Affandi, Prof Madya Datuk Abd Halim Sidek, Datuk Wira Abu Seman Yusop

Peguam keluarga remaja 14 tahun yang ditembak mati oleh polis - Aminulrasyid Amzah , Karpal Singh menuntut anggota polis yang terlibat dengan kes berkenaan didakwa atas tuduhan membunuh.
Nik AJIS RUJUK SULTAN SELANGOR "BODOH" APA KOMEN MB SELANGOR?

Berat dan cukup menyengat sekali kata-kata Datuk Nik Aziz Nik Mat dalam bab ini.Menteri Besar Kelantan itu tidak menyebut siapa yang dimaksudkanya.

Namun melihat pada komentarnya itu dalam kontek semasa ia jelas ada kaitan dengan titah Sultan Selangor yang melarang pengunaan masjid untuk tujuan politik.

Monday, May 3, 2010

TRAGEDI AMINULRASYID : SAKSI NAFI AMINULRASYID CUBA REMPUH POLIS, KELUARGA TOLAK INKUES, MAHU SIASATAN DIRAJA 

TERKINI: 3 Mei 2010 4:30pm

Dalam satu sidang media tadi, saksi utama kes tragedi Aminulrasyid membuat pendedahan tentang apa sebenarnya yang berlaku pada malam malang tersebut.

Penumpang yang juga rakan remaja 14 tahun yang ditembak mati oleh polis - Aminulrasyid Amzah juga menolak dakwaan polis bahawa mangsa cuba merempuh ke arah polis.
RASUAH : SIAPA BERSALAH... KERAJAAN ATAU PENGUSAHA?
RASUAH : SIAPA PUNCA... KERAJAAN ATAU PENGUSAHA?


Selain gaji dan kebajikan pekerja, produktiviti juga akan meningkat jika gejala rasuah dapat ditangani di kalangan ahli perniagaan. Statistik untuk empat bulan pertama tahun ini menunjukkan golongan kedua tertinggi ditangkap atas kesalahan memberi rasuah adalah kes menggajikan pendatang asing.
Sekali lagi kita dapat lihat tentang budaya perniagaan yang tidak sihat di negara kita. Sudahlah tidak mengutamakan pekerja tempatan, sanggup pula menawarkan rasuah kepada pegawai kerajaan.
Jangan menyalahkan penguat kuasa atau pegawai kerajaan jika punca rasuah bukannya datang dari mereka. Rasuah tidak akan sesekali berlaku jika tiada pihak yang memberi.
Justeru, sokongan penuh mesti diberikan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang sedang berusaha bersungguh-sungguh membanteras gejala rasuah.


Dipetik dari satu perbincangan akhbar.

Kita semua tahu siapa yang menguasai ekonomi. Siapa majoriti pengusaha. Punca Rasuah adalah adanya kelompok yang sedia untuk 'memberi' kononnya untuk melicinkan operasi.
Kenapa perlu 'memberi untuk melicinkan operasi'? jika operasi mereka tidak mengikut garis panduan yang telah ditetapkan dan melanggar undang2 sedia ada? Tiada orang yang akan berani meminta melainkan telah biasa meminta dan menjadi berani meminta. Dan permintaan bermula kerana adanya perbuatan "PENAWARAN" dan apabila 'penawaran' diterima, maka rasuah terjadi dan ia akan berulang ulang kerana wang (dan dalam apa jua bentuk hadiah) dan wanita adalah godaan buat manusia yang terbesar.
Dan punca berlakunya rasuah adalah kerana berkembangnya ekonomi, lalu saya bertanya - Siapa yang menguasai ekonomi?

Jangan menuduh orang lain punca rasuah padahal andalah punca wang tersebut kerana mahukan kos perniagaan yang rendah dan melicinkan operasi anda kerana anda menjalankan operasi tanpa mengikut peraturan
PERANG AKHBAR TERBALIK DI KLCC : KUMPULAN MERAH LAWAN KUMPULAN BIRU








Dua Kumpulan semalam beradu di kawasan air pancut KLCC dengan masing2 membawa akhbar lawan masing2 dan mula membacanya secara terbalik!
Terbalik? gila punya olang

Saturday, May 1, 2010

Tahun 2010 65% daripada 4.39 juta rakyat yang belum daftar jadi pengundi adalah Bumiputera!!!

Kira-kira 28 peratus atau 4.39 juta penduduk negara ini yang berusia lebih 21 tahun dan layak bergelar pengundi masih belum mendaftar sebagai pemilih sehingga akhir tahun lalu, dengan 65 peratus daripada mereka adalah bumiputera.

Timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata daripada jumlah itu, Selangor mencatat jumlah yang paling tinggi iaitu seramai 787,000 orang, diikuti Johor (605,000), Perak (526,000) dan Sarawak (473,000).

"Pada pengamatan saya, majoriti iaitu 65 peratus mereka yang belum berdaftar ini terdiri dari kalangan bumiputera, iaitu kaum Melayu dan kaum-kaum etnik di Sabah dan Sarawak kerana mengikut nisbah penduduk juga kaum bumiputera adalah kaum yang paling ramai.

"Daripada jumlah borang pendaftaran yang diterima baru-baru ini juga didapati lebih ramai belia daripada kalangan bukan bumiputera yang mendaftar," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Sehingga akhir tahun lalu, jumlah pengundi berdaftar di negara ini 11.08 juta orang, berbanding jumlah keseluruhan mereka yang berumur 21 tahun ke atas adalah 15.47 juta orang.

Sehubungan itu, Wan Ahmad meminta kerjasama daripada NGO, persatuan-persatuan belia serta mana-mana pihak yang ingin membuat perjumpaan atau apa jua acara melibatkan penyertaan yang ramai seperti karnival atau pesta agar turut memaklumkan kepada pejabat-pejabat pilihan raya negeri.

Dengan itu, katanya, pejabat pilihan raya negeri dapat membuka kaunter pendaftaran pemilih, sebagai satu kemudahan mendaftar kepada mereka yang menghadiri majlis tersebut.

"Mereka boleh telefon sahaja untuk beritahu tentang perjumpaan itu, dan SPR sangat berbesar hati untuk membuka kaunter di sana," katanya.

Beliau berkata SPR juga akan melipatgandakan usaha pendaftaran pemilih melalui pembukaan kaunter di pusat membeli-belah, hari pelanggan di pejabat-pejabat kerajaan dan pesta-pesta tertentu, sebagai pilihan kepada orang ramai selain mendaftar di 700 pejabat pos di seluruh negara.

Selain itu, katanya, SPR juga sering turun padang ke kawasan-kawasan pedalaman, selain melantik penolong pendaftar sementara di kalangan parti-parti politik untuk mendaftarkan mereka yang layak ini.

SPR juga akan meminta kerjasama media elektronik seperti radio dan televisyen untuk menimbulkan kesedaran terhadap golongan yang belum berdaftar itu agar segera mendaftar, katanya.

Bagaimanapun, Wan Ahmad berkata ia semua tertakluk kepada sikap individu itu sendiri, kerana kajian oleh SPR sebelum ini mendapati sikap suka menunggu hingga ke saat akhir adalah punca utama mengapa mereka belum berdaftar walaupun telah layak untuk berbuat demikian.

"Setiap kali pilihan raya umum diadakan, SPR menerima lebih satu juta borang pendaftaran baru, jadi bayangkan dalam tempoh satu atau dua bulan borang itu perlu disahkan.

"Bila tak sempat didaftar dan mereka tidak boleh mengundi mereka salahkan SPR, padahal mereka boleh mendaftar pada bila-bila masa sepanjang tahun.

"Rakyat perlu sedar bahawa pilihan raya negara kita mengamalkan sistem majoriti mudah, kalau menang satu undi pun dikira menang, jadi rakyat perlu tahu tanggungjawab mengundi merupakan tanggungjawab besar dalam menentukan masa depan negara dan kita sebagai rakyatnya, bukan hanya bersemangat bercakap tentang masa depan negara sahaja tetapi tidak mendaftar sebagai pemilih," katanya.