PKR - FREEMASON

PKR - FREEMASON
The All Seing Eye

Sitelevel Spidering

Search This Blog

Thursday, November 25, 2010

Pelajar Tempatan Diganggu-Polis Senyap?



588 pelajar wanita hidup ketakutan
Oleh RIZANIZAM ABDUL HAMID



Inilah kawasan kolej kediaman pelajar perempuan UTeM di Pangsapuri Taman Tasik Utama, Ayer Keroh, Melaka.


MELAKA 23 Nov. - Seramai 588 pelajar perempuan di Kolej Kediaman Pelajar Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) di Pangsapuri Taman Tasik Utama, Ayer Keroh di sini mendakwa hidup dalam ketakutan kerana sering diganggu pekerja warga asing yang semakin ramai mendiami kawasan pangsapuri itu.

Rata-rata pelajar tahun pertama dan kedua universiti itu mendakwa mereka sering diganggu oleh sekumpulan antara 10 hingga 15 warga asing dipercayai dari Vietnam, Bangladesh dan Indonesia khususnya pada waktu petang.

Menurut mereka, kebiasaannya kumpulan warga asing itu akan berkumpul di sebuah jambatan tidak jauh dari pangsapuri itu bermula dari pukul 5 petang sehingga 7 malam.

Mereka mendakwa sering diganggu dengan siulan dan kata-kata manja untuk menarik perhatian pelajar perempuan yang melalui jambatan tersebut.

Salah seorang pelajar, Nadrah Mohamad Bakri, 24, berkata, tindakan warga asing itu membuatkan dia merasa tidak selesa selain bimbang keselamatan diri sekiranya berlaku sesuatu yang lebih buruk.

"Setiap kali saya dan rakan-rakan melintasi jambatan itu, mereka akan melihat dengan pandangan yang lain.
''Kami tidak ada laluan lain untuk pergi ke kedai berdekatan kerana perlu melalui jambatan itu," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini.

Seorang lagi pelajar, Tengku Norariana Tengku Azam, 18, berkata, para pelajar bukan sahaja diganggu dalam perjalanan ke kedai tetapi sewaktu menjalankan aktiviti riadah di sebuah padang berhampiran pangsapuri yang mereka diami.

"Dari petang sampai ke malam, kumpulan warga asing ini akan melepak di padang membuatkan para pelajar tidak berani untuk beriadah.

"Kami amat berharap, pihak berkuasa dapat membuat operasi di sini kerana dikhuatiri ada di kalangan mereka yang memasuki negara ini secara tidak sah," kata pelajar tahun pertama Diploma Kejuruteraan Elektrik itu.

Bagi Noradlina Dzulkifli, 22, berkata, kejadian sebuah keluarga yang diserang lima lelaki warga Vietnam pada Rabu lalu membuatkan dia berasa takut selain lebih berhati-hati.

"Saya harap, pihak polis dapat sentiasa melakukan rondaan di sini untuk mengelakkan kejadian buruk berlaku," katanya.

Tamingsari: Polis segeralah bertindak jangan biarkan tuduhan polis makan gaji buta bertambah melarat
Kan ke Melaka sekarang dah jadi 'negeri Maju'??? maju-majukanlah fikiran anda.

Wednesday, November 24, 2010

PERKASA - akhirnya hilang arah tujuan

Sejak akhir akhir ini, Perkasa NGO vokal melayu mula dilanda masalah.
Pertama presidennya Ibrahim Ali telah membuat pembedahan jantung dan sedang berehat dari arus politik. Itu tidak mengapa, kita doakan agar Ibrahim ALi sihat dan segera sembuh.

Namun terkini ARMAN- Ketua wira perkasa dalam Facebooknya telah mengajak ahli2nya dan orang melayu agar menceburi satu bidang perniagan iaitu AC Konsortium - Pyramid MLM.

Sila lihat screen print ini.


Adakah Wira Perkasa telah mula penat mengajar kiasu2 politik yang penuh dengan perkauman akan makna hak melayu? Jika benar Perkasa telah mula penat berpolitik, mengapakah Perkasa sanggup memilih bidang perniagaan yang  penuh curiga ini?

Tuesday, November 9, 2010

Apa sebenarnya berlaku menjelang 13may?

Quoted from Hansard in the Parliament as said by YB Zulkifli Nordin on the 28th of October 2010

Sebab itu Tuan Yang di-Pertua, saya hendak ambil peluang pada hari ini untuk menceritakan tentang peristiwa 13 Mei ini daripada laporan fakta yang ada supaya rakyat tahu kenapa peristiwa itu berlaku. Ia bukan satu peristiwa spontan yang berlaku pada 13 Mei. Hari itu sahaja, orang Melayu berkumpul dekat Kampung Baru, parang bakar – ada dengar cerita parang terbang dan tahu-tahu beberapa orang Cina mati tergolek. Bukan itu, peristiwa ini bermula jauh pada tahun 1957. (gambar mayat Cina diarak)

Ia bermula pada tahun 1957 lagi. Pada 2 Januari 1957 di Pulau Pinang, apabila perarakan mengisytiharkan Pulau Pinang sebagai bandar raya yang tidak disertai orang Melayu yang membantah, orang Melayu dikepung dan cuba dikapak oleh sekumpulan Cina. Seorang pegawai polis Cina mempertahankan Melayu yang dikepung itu dan menembak perusuh Cina, maka tension sudah start. Itu tahun 1957.

Friday, November 5, 2010

Trend politik berubah?


Tahniah kepada BN yang menang di Parlimen Batu Sapi Sabah sekaligus mengekalkan kerusi tersebut

Tahniah juga kepada Umno yang MERAMPAS DUN Galas Kelantan sekaligus menandakan kekalahan PAS dua kali berturut ke tangan Umno selepas DUN Bagan Pinang Negeri Sembilan.Bermula dengan Kemenangan PAS yang sangat tipis di DUN Manek Urai Kelantan

Adakah ini menunjukkan aliran kekalahan sebelum ini telah berhenti?
Adakah Umno telah mula menerobos masuk ke Kelantan dengan perlahan-lahan?
Adakah wujud senario The Empire Strikes Back?

Apapun ini menunjukkan sokongan terhadap parti pembangkang melayu telah mulai terhakis...
Pakatan Rakyat sekarang benar benar bergantung kepada kekuatan DAP.
DAP satu satunya entiti dalam Pakatan Rakyat yang kekal masih kuat.

Ini menunjukkan Pakatan Rakyat jelas didominasi oleh DAP.
PAS dan PKR hanya melukut di tepi gantang dalam Pakatan Rakyat lebih tepat BONEKA.

Semakin ramai yang mulai nampak kecelaruan PAS dan PKR dalam isu memperjuangkan agama dan bangsa.
Keceluparan dan Keterlanjuran mulut Nik Aziz dan fraksi-fraksi PKR-melayu liberal kini mula memberi hasilnya kepada PAS sendiri.

Kepada yang menang tahniah dan berikan khidmat terbaik.
Kepada yang kalah muhasabahlah diri akibat bermain dalam Konspirasi Syaitan