Pertama presidennya Ibrahim Ali telah membuat pembedahan jantung dan sedang berehat dari arus politik. Itu tidak mengapa, kita doakan agar Ibrahim ALi sihat dan segera sembuh.
Namun terkini ARMAN- Ketua wira perkasa dalam Facebooknya telah mengajak ahli2nya dan orang melayu agar menceburi satu bidang perniagan iaitu AC Konsortium - Pyramid MLM.
Sila lihat screen print ini.
Adakah Wira Perkasa telah mula penat mengajar kiasu2 politik yang penuh dengan perkauman akan makna hak melayu? Jika benar Perkasa telah mula penat berpolitik, mengapakah Perkasa sanggup memilih bidang perniagaan yang penuh curiga ini?
Kita tidak mempersoalkan bumiputera dalam perniagaan encik ARmand, namun sedrkah anda, ACK adalah satu perniagaan yang tidak masuk akal langsung dan penuh eksploitasi.
Tidak salah berniaga, TETAPI AC Konsortium baru sahaja dilanda episod panas berhubung penipuan sesama ahlinya baru baru ini.
Apakah keraguan dalam perniagaan ACK?
- Produk gelang tungsten berharga kurang RM100 dijual pada harga RM1000 seunit! Markup harga yang tidak masuk akal.
- Kualiti gelang tersebut sangat rendah, sudah banyak komplen timbul gelang tersebut mudah patah.
- Dikatakan gelang tersebut mampu merawat banyak fungsi kesihatan. Kenapa pula doktor2 tidak syorkan kita pakai gelang ini? wah lebih hebat dari segala ubat ubatan malahan air zam-zam?
- Penipuan diuar uarkan konon gelang juga dijual di Mark & Spencer, London. POenyiasat menghubungi M&S, London dan menafikan ada gelang tersebut di M&S, London. ACK cover balik penipuan ini dengan kenyataan media bahawa penjualan di M&S adalah masih dalam proses.
- Oleh kerana banyak komplen yang timbul mengenai ACK, Facebook ACK mengalami masalah. Mula mula ruangan discussion di ACMizal Facebook Fanpage ditutup. Kemuncaknya akhirnya terjadi apabila Fanpage ACMizal ditutup melibatkan lebih 200,000 ahli fanpage nya atas alasan melibatkan penghinaan keatas Sultan Pahang. Adakah mahu menutup kebenaran? jika berlaku penghinaan kenapa perlu ditup? adakah kerana mereka sendiri yang melakukannya dengan menyamar? polis ada unit cyber forensic kenapa perlu tutup? biarlah polis menyiasatnya.
- Mula terlibat menjaja orang2 melayu membuat pinjaman untuk perniagaan ACK ini melibatkan puluhan ribu ringgit (untuk produk yang telah dimark up gila babi punya?) atas alasan 'membantu melayu'
- kebanyakan mangsa pinjaman ACK ini orang melayu kakitangan awam.
- Penipuan testimoni diambil dari website lain.
- Selepas menutup Fanpagenya ACK membuka blog samaran berbentuk fitnah terhadap mereka yang mendedahkan kepincangan bisnes ACK.
- ACK telah pun terkantoi modus operandinya sehingga terpaksa menutup akaun fanpage facebooknya(malahan beberapa speakernya yang terdiri daripada artis2 Akademi Fantasia seperti Salima AF,Lan kristal, Khai AF juga menutup akaun Facebooknya) inikah tindakan berani kerana benar?
- Anda tidak percaya banyak lagi pembongkaran penipuan ACK, google je keyword penipuan bisnes ACK.
AC Mizal terpaksa mebuat press conference dalam Harian Metro menjawab pelbagai tuduhan yang sebenarnya membuka pekung didada sendiri. Lihat keratan akhbar ini dan perhatikan jawapan AC Mizal berkenaan kos gelang dan harga markup, testimoni palsu. klik gambar dibawah ini.
Sekarang, apa nak jadi dengan Wira Perkasa?
Apa dah terjadi dengan Perkasa?
Senang-senang kena tipu... mcm mana nak memperjuangkan orang melayu kalau dalam kes ini membantu melayu menipu melayu?
Apa yang ditakuti akan terjadi kepada Perkasa kini sudahj jadi kenyataan.
Perkasa mula lari dari matlamat perjuangan.
Kenapa agaknya organisasi melayu mudah sangat lari dari perjuangan asal?
Apakah matlamat utama Perkasa?
Memperjuangkan hak melayu dari tuntutan melampau bukan melayu
No comments:
Post a Comment