PKR - FREEMASON

PKR - FREEMASON
The All Seing Eye

Sitelevel Spidering

Search This Blog

Saturday, January 22, 2011

Mahathir,Anwar Dan NIk Aziz adalah Freemasons?


Dipetik dari Lidah Mistifiles

Tiga manusia ini mendapat pengiktirafan oleh bangsanya sendiri akibat sebab-sebab yang tertentu.Tiga manusia ini adalah pemimpin yang diangkat dengan harapan untuk memimpin bangsanya ke arah masa depan yang lebih gemilang.Ketiga-tiga manusia ini juga dihina oleh sebilangan manusia yang marah dan kecewa.Masing-masing dari tiga manusia ini mendapat bahagian masing-masing dari dari bermacam kutukan dan penghinaan.

Ketiga-tiganya adalah pemimpin Melayu yang tersohor dan memimpin organisasi masing-masing.Mahathir diambil kerana kepimpinannya telah teruji manakala pemimpin-pemimpin yang menggantikannya tidak mampu untuk mengalahkan karismanya setakat ini.Seorang darinya pula menerima penghinaan yang teramat teruk dan amat memalukan.Yang lagi seorang pula tidak perlu dijelaskan lagi.

Seorang digelar Mahafiraun,seorang berjawatan Peliwat Negara dan Penjilat Dajjal Amerika.Seorang pula dilabel Pak Turut Dajjal Komunis.

(artikel ini tidak bermaksud bahawa ketiga mereka benar-benar 'Mason')

Monday, January 17, 2011

Dan Arak Itu adalah Haram Dan Ibu Segala Maksiat

Arak adalah Haram....Ibu Segala Maksiat

Kenapa Kita masih Tak Faham-Faham Lagi? Tiada Pengecualian Dalam Isu Arak...Baik Dari Pembuatnya...Pengeluarnya...Pengedarannya.... Penghidangannya....Semua sekali....

Dari A hingga Z.... yang membawa kepada seorang itu minum Arak maka mereka adalah turut sama menanggung dosa besar

Namun malangnya umat Islam terlalu lemah untuk menghalangnya..... hingga ada yang mencari rezeki untuk menghidangkannya kepada orang lain.....

Tiada lagikah pekerjaan lain yang boleh dilakukan di tanah ini sehingga sanggup menuangkan arak ke mulut si kafir itu? Malas sangatkah umat ini sekarang???

Hingga ada yang sanggup mengatakan 'ohhh takpe arak untuk bukan Islam, toleransilah sikit'...... begitulah lemahnya iman umat islam sekarang.

Hingga ada yang tunduk menikus apabila dibentak orang kafir daripada berkeras menghalang usaha memudahkan arak diperolehi.

Dahulu umat ini cukup jijik mendengar perkataan 'Arak' sehingga mendengarnya sahaja seumpama satu bencana.... kini ia hanyalah satu perkataan...

Ohh ya umat ini telah menjadi liberal sehinggakan anak-anak mudanya tonggang arak pun sudah jadi satu lumrah...bahkan kebanggaan..... hasil didikan ibu bapa umat ini yang sangat munafik di waktu siang terserlah wajah agamanya...tetapi diwaktu malam lemahnya genggaman mereka kepada anak-anak muda mereka.

Dan mereka tahu kelemahan ini..... tetapi masih tidak mahu berkeras mempertahankan benteng terakhir di antara anak-anak mereka dan Arak - Ibu segala kejahatan.

BN bakal kalah PRU-13 kerana seorang perempuan


Pada 8 Januari lalu Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor diberitakan telah berlepas ke Arab Saudi, untuk lawatan selama tiga hari.

Dalam lawatannya itu beliau yang diiringi delegasi seramai 20 orang termasuk anggota Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) serta pegawai-pegawai kanan Jabatan Perdana Menteri.


Di Arab Saudi, beliau telah menyampaikan ucaptama pada Persidangan Antarabangsa Pertama mengenai Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) Dalam Pendidikan Ke-12 di Riyadh.

Rosmah juga menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Akademi Permata Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Saudi Arabian Islamic Foundation for Giftedness and Creativity (Mawhiba).

Selepas Arab Saudi, Rosmah dijadual untuk melawat Oman selama empat hari dari 16 Januari sebelum ke Bangladesh selama tiga hari dari 19 Januari.

Ramai yang tertanya-tanya atas kapasiti apa Rosmah Mansor mengadakan lawatan ke Arab Saudi itu, sedangkan yang sepatutnya menyampaikan ucapan di Persidangan Antarabangsa Pertama mengenai Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) Dalam Pendidikan Ke-12 di Riyadh ialah Menteri Pelajaran bukannya Isteri Perdana Menteri.

Jika Menteri Pelajaran dikatakan mempunyai jadual yang bertindih dalam hal ini, kenapa tidak Timbalan Menteri Pelajaran ke Arab Saudi sebagai wakil?

Rosmah juga telah mengambil alih tugas Menteri Pelajaran apabila bertindak menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Akademi Permata Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Saudi Arabian Islamic Foundation for Giftedness and Creativity(Mawhiba).

Isunya disini ialah siapakah Rosmah untuk mewakili Negara kita Malaysia, beliau hanya isteri Perdana Menteri bukannya seorang Menteri..

Selama lebih dari lima puluh tahun merdeka kita tidak pernah mendengar Perdana Menteri diwakili oleh Isterinya bagi sebarang majlis rasmi yang melibatkan Negara diluar negeri.. Malah isteri Tun Mahathir yang telah memerintah selama 22 tahun tidak pernah kita dengar mewakili Negara dalam sebarang majlis rasmi diluar negeri.

Ketika di Arab Saudi Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dikatakan menginap di Royal Suite, Intercontinental Hotel di Riyadh yang sewanya mencecah RM100,000.00 sahaja bagi satu hari. Itu Rosmah.. bagaimana pula dengan 20 orang lagi ahli rombongannya itu?

Adakah mereka semua menumpang di dalam bilik Royal Suite penginapan Rosmah itu? Atau mereka menyewa chalet yang berada diluar Bandar Riyadh yang sewanya lebih murah.. atau untuk menjimatkan kos rombongan mereka hanya mendirikan khemah di perkarangan hotel itu??.. mana mungkin..

Dan setelah selesai melakukan lawatan ke Arab Saudi kini diberitakan pula Rosmah Mansor akan melawat Oman pula.. kononnya atas jemputan selama empat hari pula dari 16hb hingga ke 19hb Januari pula.
 
 
Tolong la jangan buat sesuatu yg membuatkan golongan atas pagar semakin menyampah...
ramai x sokong PR, lagi ramai yg semakin meluat & benci BN sebab benda2 camni...
kalo x karang, majoriti pangkah kat PR sebab mereka benci BN bukan kerana mereka yakin ngan PR...

Friday, January 14, 2011

AZAN - Antara Minoriti dan Majoriti (serangan Berterusan)

Sebuah masjid di Pantai Dalam diarahkan agar memperlahankan laungan azannya ekoran bantahan oleh seorang peguam cina Klan MCA Eng Kian Nam dengan alasan mengganggu ketenteraman dan tidur peguam tersebut
Tindakan ini diadakan ekoran seorg peguam bukan Islam - kini diketahui sebagai bernama Eng Kian Nam yang tinggal di Tingkat 21 Kondo Pantai Hill Park (jarak 1 setengah km dari masjid Al Ikhlasiah) - mendakwa bunyi azan solat Masjid tersebut sebagai amat lantang dan menggangu beliau tidor.

Peguam tersebut telah menghantar surat bantahan terus kepada YAB Perdana Menteri pada 22 Disember 2010 dan dipanjangkan kepada Menteri-Menteri di JPM, khususnya Dato Jamil Khir, Dato Nazri Aziz, dan Tan Sri Koh Tsu Koon.

Menteri Wilayah Persekutuan, Dato Raja Nong Chik meminta JAWI mengarahkan Imam Masjid tersebut memperlahankan azan.

Tindakan tersebut telah diambil setelah surat kepada YB Nurul Izah yang dihantar dalam bulan Ogos 2010 tiada sebarang tindakan.

Isu ini telah menimbulkan kemarahan penduduk sekitar apabila mengetahui mengenai surat berkenaan.

Peguam Cina ini baru pindah di kawasan ini dalam 15 bulan tapi mahu menimbulkan huru hara kerana sikapnya yang tidak menerima dan tidak ada toleransi kepada perbezaan kaum.
 
Komen: tak habis-habis dengan peguam-peguam ni buat hal.... siap beri surat terus kepada PM dan para menteri....dan yang sadisnya PM dan menteri2 ni ikut pula desakan tu. Mentang-mentanglah dia orang MCA
Lebih sadis lagi ada juga muslim yang menyokong perlahankan laungan azan dengan alasan "toleransi lah" "jaga hati non muslim".
mereka tak sedar ke (si kafir dan penyokong kafir) peguam lahanat tu tinggal di kondo mewah tingkat 21...atas bukit pula tu... semestinyalah apa bunyi sekalipun dia akan dengar dengan kuat berbanding rakyat marhaen muslim majoriti dikawasan itu yang tinggal di kawasan lebih rendah.
Duduk di kondo mewah ada duit...takkan takde duit nak buat rumah tu kalis bunyi??? Kenapa dia tidak komplen pula bunyi kenderaan yang lalu lalang dibawah? atau bunyi bila ada majlis kahwin siap karaoke?
Ini baru permulaan ....mungkin tidak lama lagi ada yang akan komplen solat jumaat yang mengakibatkan kesesakan lalulintas.
Ini bukan isu mengganggu ketenteraman dia...soalnya dia "sakit hati" dengan laungan azan.
Sampai bila kepentingan majoriti harus berterusan tunduk kepada kepentingan minoriti?
Muslimin boleh mengambil peristiwa ini sebagai alasan untuk 'membisukan' tarian singa, perarakan kematian, gendang yang membingitkan dengan alasan mengganggu ketenteraman awam dan kelancaran trafik.
MCA, Gerakan, DAP adalah satu.... seorang serang dari luar...dua lagi serang dari dalam.
Kita lihat reaksi seterusnya adakah majoriti akan menang berbanding minoriti? atau seperti mana yang selalu terjadi "toleransilah sikit"...sikit-sikit lama-lama jadi Bukit Kerinci.
Ohhh lupa orang islam pun dah semakin liberal sekarang kan???? berkat pluralisme agama semua agama adalah sama..... agama lain-lain masuk syurga sama-sama...gitu ke?

Thursday, January 13, 2011

DAP cuba sogok Sultan Kedah RM1 Bilion Lepaskan Penang!

DAN SULTAN KEDAH MURKA LALU MENGHALAU DAP KELUAR DARI ISTANA!



Plan hegemoni dan pemisahan yang dirancang dan digarap sebegitu halus oleh DAP dilakukan tanpa rakyat menyedari ada usaha yang besar sedang berlaku dibelakang tabir.


Pisau.net dalam artikel 12 Jan 2011 membuat pendedahan tentang Guan Eng & DAP mengharapkan persetujuan dan persefahaman ini diantara kerajaan Pulau Pinang dan Kedah untuk mendapatkan pelepasan "Lease" dan ia boleh dilaksanakan dari sudut undang undang walaupun perjanjian antara kerajaan British dan Sultan Kedah dulu masih valid iaitu dalam perjanjian ada menyebut 'selagi ada bulan dan matahari' maka Kerajaan Negeri Pulau Pinang masih terikat dengan Negeri Kedah.:klik sini


Dikhabarkan yang menjadi penyebab utama Guan Eng dihalau keluar daripada istana apabila beliau menawarkan RM1 billion kepada Sultan untuk menyelesaikan isu "lease" ini.


Tawaran berupa jual beli ini menyebabkan Sultan Kedah murka dan baginda terus bingkas bangun dari perbincangan dan mengarahkan Guan Eng keluar daripada istana.

Usaha itu tidak berakhir disitu,tetapi dilakukan satu demi satu gerakan yang Pisau.net dedahkan didalam artikel sebelum ini.

1.Singkirkan TYT & Polis Negeri:klik sini.


2. Rancangan Anwar Pecah Dan Perintah:klik sini


3.Pisahkan Pulau Pinang dan Perpecahan Malaysia :klik sini


4.Projek Halau Melayu Berjalan Lancar:klik sini


5. Pisahkan Sabah Sarawak,Negara Dalam Bahaya :klik sini


Mereka kata Tunku Abd Rahman buat dosa lepaskan SingaPork
Apa kata puak PAS usaha halang isu Penang ni...jangan lepas juga...nanti sama je dengan Tunku nanti

Tuesday, January 4, 2011

USUL PINDAAN PERLEMBAGAAN SELANGOR - Peluang Melayu tebus semula Kuasa Raja-Raja Melayu


pindaan enakmen kerajaan negeri akan dirombak semula. 

tujuan memberikan semula kuasa kepada KDYMM tuanku sultan adalah cara kalid gagap mengajar kerajaan persekutuan akan 'kuasa' kerajaan negeri.

dengan memberikan semula kuasa kepada KDYMM tuanku sultan, maka jangkaan kalid akan terbatallah sudah perlaksanaan kuasa eksekutif persekutuan terhadap kerajaan negeri.


Nampaknya MB Selangor mahu memerangkap ADUN-ADUN BN dan UMNO Selangor.

Namun sebenarnya inilah peluang untuk orang-orang melayu menyelamatkan Selangor dari kerakusan DAP

  • kesemua adun umno/bn diminta memangkah dan bersetuju dengan cadangan pakatan untuk menggubal semula enakmen kerajaan negeri yang mahu memberikan sepenuh kuasa kepada sultan .
  • mendesak agar kuasa pemutus berstatus mutlak diberikan kepada KDYMM tuanku sultan selangor. ini bermakna selagi sultan tidak menandatangani/bersetuju dengan sebarang keputusan selagi itu ia tidak akan berkuatkuasa. 

     
  • Nampaknya perkembangan terbaru DAP selangor kurang senang dengan cadangan rakan Pakatannya MB Khalid. INILAH BUKTI DAP BUKAN PARTI DEMOKRASI TETAPI DAP "For Chinese Only"!!!! 

Monday, January 3, 2011

Gempar! Karam Singh Walia Hina Melayu


Saya rasa perkara ini telah pun panas dan menjadi perbahasan, tak perlu lagi saya beritahu kenapa hal itu boleh terjadi.

Cuma disini saya ingin beritahu anda... tak ade orang yang suka-suka hati provoke orang lain dengan melampau dan bila buat mcm tu tentulah orang akan marah

Namun malangnya dalam isu ini ada juga Orang Melayu yang menyatakan bahawa mereka yang memaksa karam singh meminta maaf itu sebagai samseng, memalukan bangsa semua nya salah!

Sejak 2008 malahan beberapa tahun sebelum itu memang orang melayu telah mula di provoke dengan pelbagai perkara...dan orang melayu hanya mendiamkan diri sehingga wujudnya PERKASA.

Satu pertanyaan... adakah anda sangsi Karam Singh Walia bbenar benar menghina melayu?

Perhatikan video diatas dan perhatikan Karam Singh Walia meminta maaf kerana dia telah menyatakan bahawa 'MELAYU BUKAN BERASAL DARI MALAYSIA ...JUGA INDONESIA.... juga kerana MENYATAKAN MELAYU ITU BODOH..... tetapi tidak mahu mengakui Menyatakan MELAYU LANCAU dan SAKAI....

Ya Mr Karam Singh Walia boleh cakap dia ada kawan2 melayu...so apa jaminan kawan2 melayu you bahawa you tidak racist??  seperti kita juga.... walaupun kita ada kawan2 cina dan india...kita juga ada syak wasangka....sebenarnya tuan puan -Itulah Malaysia - Telur - Molek di luar tetapi rapuh.

Suhu perkauman semakin meningkat setiap hari.

Dalam video itu Mr Karam memohon maaf kerana berkata orang melayu bukan berasal dari Sini...bukan Juga dari Indonesia...dan menyatakan orang melayu 'Tak' Pintar - Mr Karam sebut 'Pintar" sahaja, masih berusaha untuk menipu atau melunakkan kenyataaannya.......kenyataan yang lain tidak diketahui..hanya mereka yang berada di situ pada waktu itu yang tahu...hingga mencetuskan kegemparan ini.

Jika tuan puan masih sangsi....anda fikirkan kenapa seorang yang terkenal sanggup kata "mahu sembah lutut sorang2"? hilangkah rasa malu?????

Ya dia telah hilang rasa malu itu tandanya....DIA MABUK!!!! lalu mengeluarkan kata-kata celupar!!!

Dan Orang Mabuk tidak mampu berbohong! Apa yang dikatakan ketika itu...itulah pemikirannya secara umum.... dalam konteks ini pandangannya terhadap Melayu.


Malaysia benar-benar menuju ke arah Palestin...Tanah Melayu dan Orang2 Melayu sedang diserang dari dalam dan luar.... Masih tidak sedarkah anda??? dan terus dipecahkan dengan pecahan fahaman politik????

Jika melayu masih tidak terus bersatu....ucapkanlah Selamat Tinggal Bangsa Melayu mulai Tahun ini 2011..Tahun PRU ke 13!!!


P/s ada yang membuat spekulasi bahawa Karam Singh Walia juga membantu kemenangan Pakatan DAP dalam pilihanraya 2008 dengan siri pendedahan di TV3 menjelang PRU 12 yang lalu apabila menumpukan pendedahan di negeri dibawah UMNO tetapi tidak di negeri Pakatan sebagai strategi halus. Mungkin benar mungkin tidak wallahualam