PKR - FREEMASON

PKR - FREEMASON
The All Seing Eye

Sitelevel Spidering

Search This Blog

Monday, January 17, 2011

BN bakal kalah PRU-13 kerana seorang perempuan


Pada 8 Januari lalu Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor diberitakan telah berlepas ke Arab Saudi, untuk lawatan selama tiga hari.

Dalam lawatannya itu beliau yang diiringi delegasi seramai 20 orang termasuk anggota Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) serta pegawai-pegawai kanan Jabatan Perdana Menteri.


Di Arab Saudi, beliau telah menyampaikan ucaptama pada Persidangan Antarabangsa Pertama mengenai Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) Dalam Pendidikan Ke-12 di Riyadh.

Rosmah juga menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Akademi Permata Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Saudi Arabian Islamic Foundation for Giftedness and Creativity (Mawhiba).

Selepas Arab Saudi, Rosmah dijadual untuk melawat Oman selama empat hari dari 16 Januari sebelum ke Bangladesh selama tiga hari dari 19 Januari.

Ramai yang tertanya-tanya atas kapasiti apa Rosmah Mansor mengadakan lawatan ke Arab Saudi itu, sedangkan yang sepatutnya menyampaikan ucapan di Persidangan Antarabangsa Pertama mengenai Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) Dalam Pendidikan Ke-12 di Riyadh ialah Menteri Pelajaran bukannya Isteri Perdana Menteri.

Jika Menteri Pelajaran dikatakan mempunyai jadual yang bertindih dalam hal ini, kenapa tidak Timbalan Menteri Pelajaran ke Arab Saudi sebagai wakil?

Rosmah juga telah mengambil alih tugas Menteri Pelajaran apabila bertindak menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Akademi Permata Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Saudi Arabian Islamic Foundation for Giftedness and Creativity(Mawhiba).

Isunya disini ialah siapakah Rosmah untuk mewakili Negara kita Malaysia, beliau hanya isteri Perdana Menteri bukannya seorang Menteri..

Selama lebih dari lima puluh tahun merdeka kita tidak pernah mendengar Perdana Menteri diwakili oleh Isterinya bagi sebarang majlis rasmi yang melibatkan Negara diluar negeri.. Malah isteri Tun Mahathir yang telah memerintah selama 22 tahun tidak pernah kita dengar mewakili Negara dalam sebarang majlis rasmi diluar negeri.

Ketika di Arab Saudi Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dikatakan menginap di Royal Suite, Intercontinental Hotel di Riyadh yang sewanya mencecah RM100,000.00 sahaja bagi satu hari. Itu Rosmah.. bagaimana pula dengan 20 orang lagi ahli rombongannya itu?

Adakah mereka semua menumpang di dalam bilik Royal Suite penginapan Rosmah itu? Atau mereka menyewa chalet yang berada diluar Bandar Riyadh yang sewanya lebih murah.. atau untuk menjimatkan kos rombongan mereka hanya mendirikan khemah di perkarangan hotel itu??.. mana mungkin..

Dan setelah selesai melakukan lawatan ke Arab Saudi kini diberitakan pula Rosmah Mansor akan melawat Oman pula.. kononnya atas jemputan selama empat hari pula dari 16hb hingga ke 19hb Januari pula.
 
 
Tolong la jangan buat sesuatu yg membuatkan golongan atas pagar semakin menyampah...
ramai x sokong PR, lagi ramai yg semakin meluat & benci BN sebab benda2 camni...
kalo x karang, majoriti pangkah kat PR sebab mereka benci BN bukan kerana mereka yakin ngan PR...

3 comments:

  1. Kita kena fikir secara rasional dalam issue Rosmah ni . . 1) Menteri Pelajaran kita pun Timbalan PM jugak. .TPM ada tugas lain pulak . . .Timbalan KPM ganti tempat TMP sebagai Menteri . So mau tak mau kena suruh Rosmah jugak .. pasal Rosmah kebetulan ada buat rombongan 'mak limah' ketempat2 lain . .so why not singgah Saudi Arabia . . 2) Hotel untuk VVIP di Saudi Arabia bukan macam di Msia . .Ratusan ribu semalam tu kira 'normal' untuk VVIP . . bertaraf dunia . .Kena jaga jugak image negara beb . . Klau sebab Rosmah orang melayu nak gadai masa depan anak cucu2 mereka . .memang patut dilabel orang Melayu paling BODOH di dunia . . .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia takde jawatan dlm goment..kerja dia dok rumah jaga makan minum anak dan suami..

      Delete
    2. Melayu hilang telur pada perempuan ohge nogori.Satu Malaysia hilang telur

      Delete