PKR - FREEMASON

PKR - FREEMASON
The All Seing Eye

Sitelevel Spidering

Search This Blog

Wednesday, December 22, 2010

WIKILeaks : Anda percaya?

Salam,

2 minggu lepas Malaysia sedang panas dengan isu pendedahan kabel diplomatik Singapore oleh Wikileaks yang mendedahkan pandangan pemimpin republik itu mengenai isu liwat 'Pak Sheikh' dan pandangan pemimpin republik sekangkang kera bernafsu besar tu terhadap negara-negara jiran.

tamingsari tak mau sentuh isu tu....anda semua tentu dah tau... dlm blog..dalam media perdana dan media pembangkang pun sama.





Soalan Tamingsari;

  1. Bolehkah WIKILeaks dipercayai?
  2. Yang lebih penting - Anda percayakah Wikileaks?

Tamingsari pernah buat persepsi bertentangan ketika isu Bnai Brith meletup tidak lama dulu, dimana ketika blogger pro kerajaan mengatakan itu bukti konon Anwar telah ditinggalkan Godfather Zionis lah konon itulah bukti Anwar bersekongkol dengan Zionis.

Memang dia bersekongkol dengan Zionis tapi ia bukan seperti yang anda lihat.
Lalu Tamingsari keluarkan pandangan Bnai Brith-Anwar adalah konspirasi (You Help Me, I Help You)



Berhati hatilah dengan Wikileaks!

Ya... setelah Taming melihat dan memerhati perkembangan wikileaks ini, ini pendapat Taming Wikileaks adalah sangat berbahaya. Kita lihat sekarang ini semakin ramai orang percaya dengan pendedahan Wikileaks.

Tetapi sebelum itu perhatikan artikel dari kumpulan media bebas antarabangsa berkenaan Wikileaks

  1. Wikileaks is Israel
  2. Wikileaks - The Tel Aviv Connection
  3. Menggunakan Wikileaks untuk mengatur semula dunia
  4. Rancangan jahat menerusi Wikileaks
  5. Wikileaks buat perjanjian sulit dengan Israel mengenai pembocoran kabel diplomatik
  6. Wikileaks digunakan bakal diguna untuk kuat kuasakan Akta Patriot di Internet
  7. Jika internet hilang kebebasan kerana wikileaks, anda harus tahu kenapa
  8. Siapakah di belakang wikileaks?
  9. Peguam Julian Assange adalah juga peguam kepada keluarga Rothschild ( link berita mengenainya telah hilang secara misteri)

Setelah anda membaca apakah pendapat anda?

Bagi Taming, Wikileaks sangat berbahaya dan patut diterima dengan penuh hati-hati kerana:
  1. Wikileaks mengadu domba antara kerajaan-kerajaan (sebagai contohnya antara Arab Saudi dengan Pakistan dan antara Arab saudi dengan Iran dan antara Korea Utara dengan China)
  2. Wikileaks berpaksikan kepada autoriti 1 individu - Julian Assange (terdedah kepada bahaya eksploitasi)
  3. Wikileaks bakal menjadi penggerak dan pencetus sekatan terhadap kebebasan Internet ( sedang dibincangkan di US Congress)
  4. Amat minima pendedahan tentang Israel - sedangkan Israel/Zionis adalah 'Tuan' sebenar Amerika Syarikat.
  5. Wikileaks kini mempunyai kumpulan serpihan contohnya Openleaks.org - kerana pasukan sokongannya tidak meyetujui autoriti yang terlalu berpaksi kepada seorang individu Julian Assange.
Ya memang betul, dengan Wikileaks tembelang Anwar yang suka meliwat pecah, namun harus diingatkan, sumber wikileaks adalah daripada Singapore... dan kita tahu Singapore adalah Israel di Timur.

Malahan Al Quran dan Hadis telah memperingatkan "Jika sampai satu berita perkhabaran dari orang yang fasik, hendaklah kamu menyelidikinya"

Dan oleh kerana Singapore adalah Israel di Timur, apakah tidak mungkin segalanya telah dirancang? Puak Zionis dan Illuminati yang turut menguasai Singapore sememangnya terkenal dengan tipu muslihat.

Tidak mustahil untuk melakukan penipuan dalam penipuan juga penipuan dalam kebenaran. Di akhir zaman segalanya kabur...yang benar akan menjadi dusta yang dusta akan menjadi benar.

Memang ada benarnya banyak pendedahan wikileaks yang benar dan mencabar keegoan kuasa besar dunia, namun adakah ada jaminan segala pendedahan wikileaks 100% benar?

Apakah tidak mungkin Wikileaks melakukan strategi memberitahu kebenaran sehingga ia mendapat kredibiliti dan kepercayaan sebelum mula melaksanakan projek dan berita penipuan dan mengadu domba agar masyarakat huru hara?

Segalanya mungkin

Ditambah dengan ketiadaan pendedahan tentang israel dan zionis sedangkan ia mampu menerobos masuk kedalam maklumat sensitif dan rahsia Jabatan Negara Amerika, Pentagon dan kedutaan-kedutaan asing, ia adalah sesuatu yang sangat pelik dan menimbulkan keraguan kerana Israel dan gerakan zionis seolah-olah tidak tersentuh!.

Pembocoran rahsia yang sebegini besar boleh membawa maut dibunuh secara sulit oleh CIA,Mossad dan MI6 (sebelum Assange melepaskan fail 'insuransnya' kononnya)

Mengapa perlu dilepaskan fail 'insurans' yang hanya dapat dibuka apabila berlaku sesuatu terhadap pengasas Wikileaks? Jika beliau betul pejuang kebenaran dia tidak akan takut mati, kerana kebenaran yang sebegini besar harus didedahkan.

Dan apa yang turut menimbulkan kebimbangan adalah motto Mossad "By way of deception" apa saja boleh dilakukan.

Dalam konteks Malaysia lebih tepat lagi isu Anwar Ibrahim, berkemungkinan Wikileaks tersebut adalah sebahagian sandiwara Anwar dan kuncu-kuncu CFRnya. You Help Me, I help You. Pendedahan wikileaks itu juga boleh menjadi antara alasan untuk anwar menangguhkan lagi perbicaraan kesnya..... mungkin untuk selama-lamanya.

Wikileaks - Percaya boleh tapi jangan bulat-bulat!

No comments:

Post a Comment