PKR - FREEMASON

PKR - FREEMASON
The All Seing Eye

Sitelevel Spidering

Search This Blog

Friday, February 18, 2011

SAMAN TRAFIK - BEBANAN KERAJAAN YANG KEJAM?

Rasanya ramai yang tak mengendahkan peraturan baru saman trafik yang akan berkuatkuasa mulai Mac 2011 ini. sila ikuti kupasan saudara Azli dan Din Turtle DISINI.

Aku tak rasa masalah jalan raya ni akan selesai. bahkan sebaliknya akan menyebabkan rakyat menyimpan dendam yang lebih lagi. Najib oooo Najib...kenapalah kau buat kami rakyat macam ni?

Dahlah peraturan baru tu ada unsur RIBA.... membebankan lagi dari senario yang ada sekarang ni....


Ohhh Najib Ooooo Najib

8 comments:

  1. Bagi aku inilah caranya nak mendidik rakyat untuk ikut undang-undang kalau semua ikut peraturan tak akan ada saman beb. ikut je undang-undang gerenti tak akan kena saman punya.Aku dah memandu lebih 30 tahun tak pernah kena saman.Undang-undang yang dibuat adalah untuk keselamatan kita dan orang lain juga. Bersikap positif akan membentuk keperibadian yang mulia

    ReplyDelete
  2. rakyat malaysia.. semua nak free....kalau gi singapura/imdonesia/brunai tak ckp apa pun kena saman...berak lah kelak adik kau kena langgar mati ...sebab yg langgar pun tak ada lesen , saman pun x mau bayar kau nak tuntut apa...bicara makan bertahun2.. ada sampai 10 tahun...tanya mangsa kemalangan...betul kew tidak apa aku cakap...sebab itu singapura kaya.. hasil denda rakyatnya yg buat salah...yg tak salah mendapat nikmatnya.. faham...

    ReplyDelete
  3. Tapi persoalannya mengapa membebankan lagi rakyat?

    kenapa hukuman denda boleh di interestkan?? kenapa x kekalkan saman mcm sekarang ni? FYI... bukan semua rakyat tu senang.

    Ini bukan soal free x free... ini soal keadilan. Payah sangatkah nak buat operasi mcm deadline 28februari nih?

    boleh settle ke masalah saman ekor ni even 50% dengan perkenalkan saman interest nih??

    Takkan settlenya....tapi yang pasti hasilnya ialah..."The peoples become more digruntled with the establishment"

    takde penyakit cari penyakit itu yang pihak berwajib buat sekarang... yang tanggung kerajaan jugak

    tengok je la nanti

    please open up your mind....jangan terlalu tegar sangat your political view...jangan terikat sangat dengan politik...nanti jadi hamba politik

    bila dah jadi hamba politik sendiri punya salah xnampak tuduh salah orang lain...BN tuduh PR..PR tuduh BN...

    Masalah rakyat?......hilang mcm tu je... siap ditambah lagi...

    and im not the only person with the same view...read Din Turtle

    ReplyDelete
  4. baca tak habis mau komen.... apa yang dipersoalkan disini ialah bukan saman xbayar... tapi kenapa kadar saman baru nanti dikenakan denda berganda? dan perhatikan kadar tempoh masa ganda tuh.... begitu singkat


    jangan berminda tertutup mcm totok2 politik PR
    ini masalah rakyat tak kira sokong PR ke BN ke.... lainlah anda ORANG SENANG...Projek ali baba banyak dapat

    ReplyDelete
  5. Yg ramai rakyat persoalkan adalah SAMAN EKOR.. DAN YG PALING MENYUSAHKAN, SAMAN NI YG NTAH BERTAHUN2 YG TAK PERNAH SAMPAI SURAT KAT KITA. DH TUNJUK BUKTI PUN TTP KENA BAYAR. GILA PUNYA UNDANG2!! MMG SELARILA DGN SLOGAN, RAKYAT DIDAHULUKAN (RAKYAT KENA DIBEBANKAN DAHULU)!!

    ReplyDelete
  6. aduhh...aku tau salah aku, bawak laju2..cth, kat signboard kate takleh 80 tapi aku terrrrbawak sampai 90...
    klu 3-4 saman takpe, aku blh setelkan...ni sampai berbelas2....
    adui...mane nak cekau duit...dah lah company tgh takde projek masuk...
    nak bayar gaji staff yg makan gaji buta lagi...
    nak bayar kwsp yg hari2 dah lalak mcm ah long suh bayar lagi....
    nak bayar sewa ofis lagi....
    nak bayar kereta, rumah, minyak kereta, keperluan rumah....
    kasi can lah sesekali dgn rakyat, diskaun smpi 80% ke...
    adooii...dugaan utk aku sekarang...aku redha...

    ReplyDelete
  7. Saya sokong yang undang-undang patut kita patuhi demi keselamatan kita, keluarga dan sahabat taulan bersama.
    Padan muka termasuklah saya sendiri yang tak dapat langsung masuk queu nak bayar saman pada hari terakhir. Pelajaran yang bagus telah disampaikan oleh pihak berkuasa.
    Tapi pelajaran lebih efektif jika saman ekor itu disusuli dengan surat atau lebih berkesan lagi kalau disampaikan secara bersemuka.
    Lagi satu, kempen-kempen macam ni hanya efektif pada pesalah trafik sajakah, macammana dengan penjenayah-penjenayah sebenarnya se[erti peragut, pembunuh, penipu, ketua sindiket-sindiket dadah, pencuri, samseng dan kumpulan kongsi gelap, jeneyah-jenayah ni hari-hari terjadi. Kalau nak ikut Brunei dan Singapura, ikut semua sekalilah termasuk kadar jenayah mereka yagf rendah.
    Lagi satu, kenderaan awam bila nak sampai tahap Singapura,supaya rakyat tak payah beli kereta atau naik moto pergi kerja atau buat urusan sendiri. Jadi, Bandaraya boleh tutuplah parking2 persendirian yang kadarnya mahal tak tentu arah tu dan perodua dan proton boleh tunpukan pasaran ekspot sahaja.
    17.5juta saman tak settle lagi, banyak orang tu, sebahagian besar pengundi berdaftar tu. Maknanya, kalau pihak berkuasa buat hukuman, buat hukuman keatas rakyatlah tu macam Muammar Ghadafi skala rendah.
    Baiklah, mesej pihak berkuasa dahpun disampaikan....jadi sebelum PRU yang akan datang ni....tundalah kadar baru saman tu sampai bulan Jun ni kaa dan bukalh peluang settle saman 50% untuk sebualan dua lagi.Bagi peluang terakhir pada rakyat biasa seperti kami ni, yang kais pagi makan pagi. Tumpukan pada hal-hal keselamatan rakyat juaga seperti penyeludupan senjata kat sempadan sana tu atau kes-kes dadah yang lebih banyak lagi kerosakannya pada rakyat.

    ReplyDelete
  8. Selesai bayar saman setelah tunggu giliran tiga suku hari. Saman ekor agaknya, tahun 2003 dgan saman parking tahun 2005.
    Gatal pula check IC ada saman tak...lega No IC baru takdak saman tapi nombor lama ada...speeding tahun 2002 kereta lama dulu. Teringat pulak, saman JPJ dah cek, saman polis dah selesai, saman bandaraya..camno pulak, mesti ada kes parking tak settle lagi.
    Nak bawa kereta, mesti bayar duit beli kereta, duit road tax,duit insurans, duit lesen memandu, duit tol, duit parking dan duit saman.
    Kalau diumumkan kutipan hasil kempen diskaun kali ini mesti jumlahnya besar mungkin mencecah ratusan juta atau mungkin billion. Tak rasa bersalahkah (sinful) kutip duit saman daripada rakyat sebanyak tu. Saya rasa, lebih berkesan lagi kalau saman tu dikurangkan dan buat program 'retraining' oleh JPJ untuk keslahan memandu yang membahayakan.
    Perkara kedua, saya rasa untuk kempen ni, lebih baiklah kesalahan trafik yang pasif seperti parking tu dilupuskan.
    Sebabnya, tengok saja, dalam tempoh 6 bulan kempen diskaun saman ni masih ada lebih 16 juta saman belum disettle, walaupun tinggal 3 hari lagi. Maknanya, ramai yang masih sanggup langgar peraturan, bayangkan kalau mereka disenaraihitankan dan tak dapat renew lesen atau road tax, maka ramai diantara mereka akan langgar peraturan bawa kereta tanpa lesen dan road tax yang sah. Tidakkah itu akan membawa musibah pada pemandu lain yang ikut peraturan umpamanya adakah insuran akan cover orang yang ikut peraturan ini jika kemalangan melibatkan mereka dengan orang yang lesen dan road taxnya tidak sah?
    Banyak sebab mengapa ramai lagi yang tak settle saman ni. Salah satu daripadanya, mereka tidak tahu mereka ada saman. Tiada saman bertulis sampai ketangan mereka maka mereka berfikir mereka bebas saman.Ramai yang buta komputer untuk cek online apatah lagi nak beratur dan tunggu berjam-jam. Jadi saman ekor ini adalah satu masalah dari dahulu lagi.
    Saya masih dokong undang-undang mesti dipatuhi oleh kita semua demi keselamatan, keselesaan dan keamanan kita dan keluarga semua. Pada masa yang sama penguatkuasaan undang-undang yang melibatkan rakyat oleh pihak berkuasa mestilah juga lebih berhemah dan kreatif kerana kesalahan trafik yang tidak melibatkan kematian bukanlah perbuatan jenayah dan mestilah lebih bersifat mendidik daripada menghukum.
    Maka, pihak berkuasa mestilah lebih fokus untuk melindungi rakyat daripada jenayah, penyeludupan dan pemprosesan dadah dll yang merosakkan keselamatan dan kesejahteraan rakyat.
    Pesalah-pesalah trafik juga adalah pengundi, maka hentikanlah program menakut-nakutkan ini dan fokuskan juga apa yang perlu dibuat untuk keselamatan jalanraya dimasa hadapan, iyu lebih penting.
    Maka hapuskanlah semua saman trafik yang tertunggak.

    ReplyDelete