KHAIRI JAMALUDIN : PETUNJUK KORUPNYA PEMUDA UMNO SABAH DAN PEMUDA UMNO SELANGOR ?
Ekoran dari penstrukturan semula kabinet oleh Perdana Menteri Najib yang menyaksikan Khairi Jamaludin Ketua Pemuda Umno tidak dilantik memegang mana mana jawatan kabinet menyaksikan bagaimana gerakan Pemuda Umno Sabah yang mendesak Perdana Menteri agar tidak melupakan Khairi Jamaludin dan yang terbaru Ketua Pemuda Umno Selangor juga menyuarakan desakan sama apabila meminta Perdana Menteri jangan melupakan Khairi Jamaludin. Kenyataan-kenyataan tersebut mendapat liputan oleh laman laman web berita pro Pakatan Rakyat .
Apa sebenarnya yang berlaku?
Ada apa apa ke Khairi Jamaludin,malaysiakini dan Pakatan Rakyat?
Sudah lupakah Pemuda Umno kepada tindakan Oportunis Khairi Jamaludin ketika Ayahanda mertuanya Tun Abdullah menjadi orang nombor satu negara?
sudah lupakah Pemuda kepada isu ECM LIBRA? sudah lupakah pemuda Umno tentang isu APCO? sudah lupakah Pemuda Umno terhadap Pemilihan Umno sebelum ini yang mana jelas KJ terbabit Rasuah politik dan beli undi perwakilan Umno dan hanya dikenakan tindakan amaran oleh kerana bapa mertuanya orang nombor satu ketika itu? Sudahkah Pemuda Umno lupa peranan KJ yang membawa kepada terlepasnya Anwar Ibrahim dari hukuman penjara pada tahun 2004?
Apakah Perjuangan terhadap pangkat dan jawatan lebih penting dari Perjuangan terhadap bangsa dengan penuh ikhlas tanpa meminta2? Sesungguhnya setiap keikhlasan pasti dibalas Allah dengan kebaikan... tak perlu meminta2...
Apakah peranan KJ dalam desakan desakan terbaru ini? semua orang tahu Pemuda Umno Sabah Paling banyak mengundi KJ dalam pemilihan Umno sebelum ini. adakah mereka masih dalam pengaruh politik wang KJ?
Namun ada juga baiknya Pemuda Umno Sabah dan Selangor meminta skrg ini.. kerana kita dpt melihat dimana tempat Umno perlu melakukan pembersihan dan reformasi.
Khairi Jamaludin adalah liabiliti bagi Umno
Semua orang nampak tentang hal itu baik dari puak Umno mahupun puak Pkr Pas.
Umno telah banyak kali dirosakkan oleh Khairi Jamaludin sebelum ini. Jika Umno sudah bosan memerintah dipersilakanlah melantik Khairi Jamaludin.
Cukup cukuplah....jangan dinaikkan lagi Khairi jamaludin ke tempat yg lebih tinggi..
No comments:
Post a Comment