PKR - FREEMASON

PKR - FREEMASON
The All Seing Eye

Sitelevel Spidering

Search This Blog

Showing posts with label umno. Show all posts
Showing posts with label umno. Show all posts

Friday, November 5, 2010

Trend politik berubah?


Tahniah kepada BN yang menang di Parlimen Batu Sapi Sabah sekaligus mengekalkan kerusi tersebut

Tahniah juga kepada Umno yang MERAMPAS DUN Galas Kelantan sekaligus menandakan kekalahan PAS dua kali berturut ke tangan Umno selepas DUN Bagan Pinang Negeri Sembilan.Bermula dengan Kemenangan PAS yang sangat tipis di DUN Manek Urai Kelantan

Adakah ini menunjukkan aliran kekalahan sebelum ini telah berhenti?
Adakah Umno telah mula menerobos masuk ke Kelantan dengan perlahan-lahan?
Adakah wujud senario The Empire Strikes Back?

Apapun ini menunjukkan sokongan terhadap parti pembangkang melayu telah mulai terhakis...
Pakatan Rakyat sekarang benar benar bergantung kepada kekuatan DAP.
DAP satu satunya entiti dalam Pakatan Rakyat yang kekal masih kuat.

Ini menunjukkan Pakatan Rakyat jelas didominasi oleh DAP.
PAS dan PKR hanya melukut di tepi gantang dalam Pakatan Rakyat lebih tepat BONEKA.

Semakin ramai yang mulai nampak kecelaruan PAS dan PKR dalam isu memperjuangkan agama dan bangsa.
Keceluparan dan Keterlanjuran mulut Nik Aziz dan fraksi-fraksi PKR-melayu liberal kini mula memberi hasilnya kepada PAS sendiri.

Kepada yang menang tahniah dan berikan khidmat terbaik.
Kepada yang kalah muhasabahlah diri akibat bermain dalam Konspirasi Syaitan

Thursday, September 30, 2010

Perkasa makin penting

Perkasa hari ini menjadi semakin vokal
Kerana vokalnya Perkasa orang Melayu dan Islam hari ini mula sedar mereka sedang diserang dari atas, bawah ,kiri dan kanan, luar dan dalam secara halus dan terang dan mereka mula berani untuk vokal bersuara dengan lantang sekali.

Gendang penghinaan terhadap bangsa Melayu dan islam bersahut sahutan di laman sendiri tetapi dibiarkan tanpa pembelaan yang vokal oleh bacul2 bernama Umno dan PAS.

Isu perpaduan Melayu timbul lagi..
Tapi siapa yang boleh diharapkan untuk memacu dan menjadi tali ikatan?
Umno?....
PAS?....
PKR?.....


Semakin ramai menyedari dan menganggotai Perkasa..
NGO2 melayu dan Islam yang lain juga harus berganding bahu bersama Perkasa...

Adakah Perkasa mampu menjadi satu ikatan bagi orang Melayu dan Islam?
Ramai Melayu dan Islam sekarang dalam keadaan kerisauan dan Gundah Gulana...
Nak sokong Umno ke PAS...
Diluah Mati Emak....Ditelan Mati Bapak....

Adakah sekarang masanya untuk entiti Perkasa berubah daripada sebuah NGO yang panas...kepada sebuah Perikatan Politik???
Jangan mengharapkan PAS masuk Umno
Jangan Bermimpi Umno masuk PAS..... itu sememangnya mustahil.....

Hanya ada satu cara terakhir menjelang Pemilihan ke 13.....
Entiti politik baru bagi puak Umno dan PAS bergabung

INILAH NAMANYA KUASA KETIGA

Thursday, July 15, 2010

RAKYAT MENGALU ALUKAN DENGAN GEMBIRA URA URA KHAIRI JAMALUDIN MAHU LETAK JAWATAN



Beberapa hari lalu Khair Jamaludin menyatakan ura ura mahu meletak jawatan Ketua Pemuda UMNO dalam pemilhan akan datang mungkin dengan tidak menawarkan diri untuk mempertahankan jawatan tersebut.

Rakyat dan orang2 melayu mengalu alukan suara hati tersebut.... kamu tidak akan dikenang.. cukuplah kerosakan yang telah kamu buat.

Rakyat melihat sekarang adakah dia akan bermain tarik tali?

Khairi Jamaludin... Kami orang Melayu menyokong anda masuk Pakatan Rakyat... segeralah kamu


Nor Mohamed Yakcop bila lagi????

Thursday, July 1, 2010

LAPORAN KHAS: MELAKA INDAH TAPI PINCANG!


Tentu ramai yang terkejut dengan apa yang saya katakan ini. Saya baru kembali dari Melaka. Selama Seminggu disana memang terdapat perubahan drastik yang pesat disana.

Namun begitu berani saya katakan bahawa pembangunan pesat tersebut adalah PINCANG atau MALFUNCTION!

Mengapa saya katakan demikian? Ok lebih mudah saya nyatakan melalui poin poin berikut :-

Friday, June 4, 2010

KHAIRI JAMALUDIN : PETUNJUK KORUPNYA PEMUDA UMNO SABAH DAN PEMUDA UMNO SELANGOR ?





Ekoran dari penstrukturan semula kabinet oleh Perdana Menteri Najib yang menyaksikan Khairi Jamaludin Ketua Pemuda Umno tidak dilantik memegang mana mana jawatan kabinet menyaksikan bagaimana gerakan Pemuda Umno Sabah yang mendesak Perdana Menteri agar tidak melupakan Khairi Jamaludin dan yang terbaru Ketua Pemuda Umno Selangor juga menyuarakan desakan sama apabila meminta Perdana Menteri jangan melupakan Khairi Jamaludin. Kenyataan-kenyataan tersebut mendapat liputan oleh laman laman web berita pro Pakatan Rakyat .

Apa sebenarnya yang berlaku?
Ada apa apa ke Khairi Jamaludin,malaysiakini dan Pakatan Rakyat?

Tuesday, May 18, 2010

Mantan wakil rakyat Umno desak batal judi bola



Pertubuhan Mantan Wakil Rakyat Umno (PAKKU) mendesak kerajaan membatalkan serta merta lesen perjudian bola untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 yang akan berlangsung awal bulan depan.

Keputusan itu dibuat pada mesyuarat dewan tertinggi pertubuhan itu yang dipengerusikan presiden Tan Sri Adam Abdul Kadir dan dihadiri beberapa anggota lain antaranya bekas menteri pertanian Tan Sri Sanusi Junid dan bekas menteri kebudayaan, kesenian dan pelancongan Tan Sri Sabbaruddin Chik, kata naib presiden Tamrin Ghafar dalam kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.

Berjaya Corp dilaporan telah menerima kembali lesen perjudian sukan.

Pada 6 Mei, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen berkenaan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

-- Bernama

Thursday, April 29, 2010


JAWAPAN PERKASA TERHADAP TUDUHAN CHUA SOI LEK!

Presiden MCA Chua Soi Lek menuduh PERKASA punca undi masyarakat cina beralih kepada DAP.
Padahal undi masyarakat cina memang telah beralih kepada PR DAP semenjak PRU 12 lalu. Chua Soi Lek meneruskan sikap klise pemimpin2 cina yang gemar menuding jari pada orang lain atas kelemahan mereka. Malahan ketika PRK Hulu Selangor yang baru lalu parti2 komponen BN tidak membuat kerja mereka dengan bersungguh2 untuk menawan pengundi cina sebaliknya terus terperangkap (mungkin juga bersekongkol secara diam dengan DAP) Yang banyak membantu hanyalah jentera2 Umno yang dibantu blogger2 pro kerajaan dan blogger2 anti pembangkang. Jawapan PERKASA menerangkan segala galanya

Beginilah jawapan PERKASA keatas tuduhan Chua Soi Lek:

Sunday, April 25, 2010

PRK HULU SELANGOR : PKR HILANG 1 LAGI KERUSI PARLIMEN! BN MENANG BERGAYA

PRU 12 2008
PKR Menang dengan Majoriti - 198 undi


PRK Hulu Selangor 2010                                                
BN - 24,997                                                                             
PKR - 23,272
Majority -1,725
Peningkatan sokongan dari 2008 - 1923 undi

Pakatan Rakyat hari ini mengalami kekalahan pertama di kawasan yang dikuasainya apabila tewas dalam PRK Hulu Selangor kepada Barisan Nasional yang mencatat kemenangan  besar dengan penambahan majoriti lebih 1725 undi menewaskan PKR yang menang pada PRU lepas dengan majoriti 198 menjadikan PKR hilang satu lagi kerusi parlimen selepas beberapa episod MP PKR keluar parti dan pemecatan MP Zulkifli Nordin

Dalam proses demokrasi tersebut menyaksikan jumlah yang keluar mengundi meningkat berbanding pada PRU ke 12 yang lepas turut dicemari beberapa insiden panas bagaimanapun menunjukkan :

Pola pengundian menunjukkan BN mendapat kemenangan di kebanyakan kawasan Melayu dan Felda serta pola pengundi India yang telah mula kembali ke BN
Namun pola pengundia juga turut menunjukkan sokongan masyarakat cina masih tidak berubah dengan  sokongan kaum cina terhadap PR meningkat dengan ketara. BN hanya dapat menawan 25% sahaja sokongan masyarakat cina yang menunjukkan keazaman masyarakat tersebut yang telah tekad untuk mengubah kerajaan kearah sebuah Republik
Pola pengundian juga menunjukkan masyarakat melayu islam masih lagi diancam perpecahan yang serius dengan sokongan melayu terbahagi kepada dua dengan Umno menguasai kepercayaan masyarakat mealyu dengan kelebihan 20%-30% daripada PKR dan PAS

Perbandingan dibawah : kawasan cina (merah), Kawasan melayu (hijau)
Pengaruh majoriti parti ditanda (kuning)

Kg Baru Cina KKB (Chinese area), saluran 2 - PKR 203, BN 77
Kg Baru Cina KKB (Chinese area), saluran 4 - PKR 256, BN 73
Kg Baru Cina KKB (Chinese area), saluran 1 - PKR 207, BN 56 
Bandar Kuala Kubu Bahru (mixed area), saluran 1 - PKR 135, BN 82
Bandar Kuala Kubu Bahru (mixed area), saluran 2 - PKR 272, BN 212
Bandar Kuala Kubu Bahru (mixed area), saluran 3 - PKR 490, BN 205
Kg Baru Batang Kali (Chinese area), saluran 1- PKR 220, BN 58
Hulu Yam Barat (mixed area), saluran 1 - PKR 205, BN 184
Ampang Pecah (Malay area), saluran 5 - PKR 148, BN 216
Hulu Yam Barat (mixed area), saluran 1 - PKR 224, BN 168
Kg Gumut (Malay area), saluran 1 - PKR 104, BN 172
Kg Sungai Tengi Selatan (Malay Felda), saluran 1 - PKR 62, BN 176
Kuala Kalumpang (mixed area), saluran 1 - PKR 98, BN 128
Kg Baru Rasa (Chinese area), saluran 1 - PKR 301, BN 75
Kg Bahru Kerling (Chinese area), saluran 1 - PKR 268, BN 122

Jelas menunjukkan kawasan cina adalah milik PR, manakala kawasan melayu adalah milik BN, manakal kawasan dengan etnik yang bercampur2 yang juga merupakan kawasan perbandaran menyaksikan PR mendominasi kebanyakan tempat.

Hasil pola pola tersebut menunjukkan peningkatan sokongan keatas kerajaan BN dan UMNO oleh orang2 Melayu yang cemas ekoran beberapa tindakan PR yang dilihat mengancam survival Melayu dan Islam di negara ini. Pola juga menunjukkan peningkatan sokongan masyarakat India yang berasa tertipu dengan polisi PR yang dilihat melupakan janji PRU 12 serta isu Pulau Pinang.
Terdapat juga dilaporkan kes penyokong PAS tidak keluar mengundi sebagai membantah pencalonan Zaid Ibrahim dan membantah polisi tidak islamik PR sebelum ini.

Dan disebalik kemenangan tersebut PR menuduh BN menang atas kapasiti undi pos an pengundi hantu adalah dimaklumkan disini bahawa pihak PR juga mendapat jumlah undi yang mencecah ratusan (dalam 200 undi) undi  daripada sejumlah lebih 700 undi pos di kawasan tersebut.

Adalah jelas BN perlu mengambil hati dan menjaga kepentingan melayu dan india hasil keputusan PRK P Hulu Selangor. Kepentingan cina?......BN  fikir-fikirlah  adakah masih perlu terus memberi kek kepada golongan Opportunis dan cauvinis tersebut.. amalkan Tsun Tzu Art of War dalam politik.

Kini Tumpuan beralih kepada PRK Sibu Sarawak untuk melihat lagi kuasa politik cina

Tuesday, April 13, 2010

Keperluan Untuk The Third Force dalam Politik Malaysia


Surat terbuka kepada Ibrahim Ali (presiden PERKASA) dan pemimpin2 Umno dan PAS

Berikutan insiden Noh Omar Meminta maaf atas kenyataan benar yang dipetik dari ucapan era merdeka  malaysian chinese forefather dan malaysian indian forefather maka jelas  pemimpin Melayu Umno kurang keberanian menghadapi asakan lobi politik dan ekonomi cina malaysia.Namun sampai bila semua ini harus dibiarkan berterusan? penghinaan demi penghinaan  dan konspirasi hitam terhadap melayu, islam, raja2 melayu terus berlaku diselang seli dengan ucapan maaf dari satu pemimpin melayu kepada pemimpin melayu yang lain

UMNO kini tiada lagi semangat tegas mempertahankan hak2 dan penghinaan terhadap bangsa melayu dan islam. Hal ini dapat difahami kerana Umno adalah parti teras dalam BN dan Umno sebenarnya memang tidak dapat bersikap "Melayu Dahulu" kerana ia harus bersikap adil kepada semua kaum sebagai parti pemerintah.
Juga adalah disebabkan mereka juga perlu dan membutuhkan undi masyarakat cina dan india untuk kekal sebagai pemerintah.

Friday, March 19, 2010

Zahrain dedah topeng Anwar

Pembohongan 16 September 2008
 Mendakwa Yang di-Pertuan Agong menunggu di istana untuk pengesahan jumlah Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) melompat parti.

Zahrain dedah lagi sandiwara Anwar, Anwar umpan 8 YB

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bayan Baru (Bebas), Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, semalam mendedahkan nama lapan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang didakwa diumpan pembangkang bagi menjayakan rancangan 16 September 2008 Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Zahrain “askar upahan” BN dan UMNO ?

KUALA LUMPUR 18 Mac — Anggota Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim menafikan beliau adalah “askar upahan” Umno dan Barisan Nasional (BN) berikutan kelantangannya ketika ini berbanding semasa bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dahulu.
Beliau berkata sekiranya beliau bersifat vokal seperti ini sebelumnya sudah tentu keadaan dalam PKR akan menjadi kelam kabut.
"Kalau saya bising macam ini, keadaan jadi kelam-kabut,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Razaleigh nafi terlibat konspirasi 16 September 2008

KOTA BHARU 19 Mac – Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menafikan beliau antara lapan pemimpin Barisan Nasional (BN) yang akan menyertai pakatan pembangkang untuk menubuhkan kerajaan pintu belakang pada 16 September 2008.