Zahrain dedah topeng Anwar
Pembohongan 16 September 2008
Mendakwa Yang di-Pertuan Agong menunggu di istana untuk pengesahan jumlah Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) melompat parti.- Yang di-Pertuan Agong merestui Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.
- Jumlah Ahli Parlimen BN melompat parti sudah mencukupi bagi membolehkan pakatan pembangkang membentuk kerajaan.
- Timbalan Speaker Dewan Rakyat akan mempengerusikan usul undi tidak percaya terhadap BN dan menyokong pakatan pembangkang ambil alih kerajaan.
- Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga memberi sokongan kepada pakatan pembangkang.
Ahli Parlimen Bayan Baru dedah usaha ambil alih kerajaan 16 September
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, semalam mendedahkan rancangan ‘16 September’ Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil alih kerajaan, termasuk meyakinkan Ahli Parlimen pembangkang bahawa Yang di-Pertuan Agong merestui beliau sebagai Perdana Menteri.
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, semalam mendedahkan rancangan ‘16 September’ Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil alih kerajaan, termasuk meyakinkan Ahli Parlimen pembangkang bahawa Yang di-Pertuan Agong merestui beliau sebagai Perdana Menteri.
Zahrain yang kini wakil rakyat Bebas berkata, dalam rancangan 2008 itu, Anwar memperalat, mempermainkan dan membohongi Ahli Parlimen pembangkang kononnya jumlah Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang akan melompat parti sudah mencukupi untuk membolehkan Pakatan Rakyat (PR) membentuk kerajaan. “Kami diperdayakan dengan cerita Yang di-Pertuan Agong sedang menunggu di istana untuk mendapat pengesahan jumlah Ahli Parlimen yang akan melompat. Anwar juga mendakwa baginda merestuinya menjadi Perdana Menteri.
“Kami juga disogok bahawa Panglima Angkatan Tentera (ATM) turut memberi sokongan kepada pakatan pembangkang.
“Kami turut dibohongi yang salah seorang Timbalan Speaker akan mempengerusikan usul undi tidak percaya dan akan menyokong Pakatan Rakyat ambil alih kerajaan,” katanya ketika membahas titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, Tunku Mizan Zainal Abidin pada Sidang Dewan Rakyat yang bermula kelmarin.
Pada peringkat itu, suasana menjadi kecoh apabila Anwar meminta dirinya tidak dikaitkan dengan perkara itu dan berjalan keluar Dewan.
“Kami juga disogok bahawa Panglima Angkatan Tentera (ATM) turut memberi sokongan kepada pakatan pembangkang.
“Kami turut dibohongi yang salah seorang Timbalan Speaker akan mempengerusikan usul undi tidak percaya dan akan menyokong Pakatan Rakyat ambil alih kerajaan,” katanya ketika membahas titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, Tunku Mizan Zainal Abidin pada Sidang Dewan Rakyat yang bermula kelmarin.
Pada peringkat itu, suasana menjadi kecoh apabila Anwar meminta dirinya tidak dikaitkan dengan perkara itu dan berjalan keluar Dewan.
"Kami diperdayakan dengan cerita Yang di-Pertuan Agong sedang menunggu di istana untuk mendapat pengesahan jumlah Ahli Parlimen yang akan melompat. Anwar juga mendakwa baginda merestuinya menjadi Perdana Menteri"
Zahrain Mohamed Hashim
Ahli Parlimen Bayan Baru
Zahrain Mohamed Hashim
Ahli Parlimen Bayan Baru
Kekecohan berterusan apabila beberapa Ahli Parlimen BN dan pembangkang bangun untuk mencelah, termasuk Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrisnan yang menggesa supaya Zahrain menarik balik kenyataannya.
Ketika itu kedengaran Ahli Parlimen BN berteriak ‘pengecut’ dan ‘berani, tunggu’ mendesak supaya Anwar tidak keluar Dewan serta mendengar pendedahan mengenai kenapa Zahrain keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar kemudian mengingatkan Peraturan 36(8) bahawa kelakuan atau sifat Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atau Raja-Raja Melayu atau Yang Dipertua Negeri atau hakim-hakim atau mana-mana suruhanjaya tidak boleh disebut kecuali dikeluarkan usul.
Zahrain yang menyambung perbahasan berkata, ketika itu beliau benar-benar kecewa dengan Anwar dan bermula daripada episod itulah beliau mula mencurigai kepemimpinannya.
Beliau juga menganggap Anwar sebagai manusia yang memakai pelbagai topeng bagi menunjukkan beliau adalah juara memperjuangkan Islam dan keadilan.
Anwar katanya, mempunyai topeng raksasa sehingga mampu memperdayakan ahlinya supaya melupai bahawa ketika menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri, beliau pernah menggelar Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat sebagai ulama terompah dan menyokong pemecatan bekas Mufti Selangor, Allahyarham Datuk Ishak Baharom.
“Watak yang sama ini juga menyokong pemecatan Tun Salleh Abas sebagai Ketua Hakim Negara pada 1998 yang membawa kepada keruntuhan sistem kehakiman negara. Alangkah ironisnya roda keadilan berputar apabila beliau kini mendendangkan lagu beliau dizalimi.
“Inilah juga orang yang menghancurkan institusi Raja Melayu dan hari ini kononnya mahu mempertahankan Raja Melayu,” katanya.
Beliau berkata, Anwar dalam mencapai cita-citanya untuk mengejar impian ke Putrajaya sanggup melakukan apa saja.
“Cita-cita ke Putrajaya itu akan menjadi mimpi ngeri kepada Anwar,” katanya yang akan menyambung perbahasannya hari ini.
Ketika ditemui di lobi Parlimen, Anwar menafikan semua pendedahan dibuat Zahrain bahawa beliau merancang gerakan 16 September bagi menjatuhkan kerajaan BN.
Anwar berkata, dakwaan Zahrain bahawa beliau sudah bertemu dengan tentera dan mendapat sokongan ahli Parlimen BN bagi membentuk kerajaan baru menggantikan kerajaan sedia ada adalah tidak berasas.
“Dia (Zahrain) cakap saya jumpa tentera... kenapa beliau tidak beritahu tentera mana. Beliau kata saya suruh ahli Parlimen (pembangkang) tunggu dalam dewan untuk menumbangkan kerajaan BN, cakap seperti itu adalah cakap orang Umno,” katanya
Kejutan politik bermula
KUALA LUMPUR 17 Mac - Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bebas-Bayan Baru) hari ini menggegarkan sidang Dewan Rakyat apabila 'memecahkan tembelang' Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung rancangan mengambil alih kerajaan Pusat '16 September.'
Pendedahan itu juga menyebabkan Anwar 'panas punggung' sehingga mendorong beliau secara tergesa-gesa meninggalkan sidang Dewan.
Beberapa ahli Parlimen pembangkang lain yang turut 'panas telinga' dengan pendedahan tersebut mengekori Anwar meninggalkan sidang itu.
Ketika itu Zahrain baru sahaja berucap lima minit membahaskan usul ucapan titah menjunjung kasih Yang di-Pertuan Agong.
Zahrain mendedahkan bagaimana Anwar membohongi wakil rakyat pembangkang kononnya ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang akan melompat parti menyertai pembangkang lebih daripada mencukupi.
Anwar kata Zahrain, turut 'menjaja' nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Zahrain yang memulakan ucapannya pada pukul 5.05 petang berkata, Anwar mendakwa kononnya Seri Paduka pada satu ketika pernah menunggu di istana untuk mengesahkan jumlah ahli Parlimen BN yang melompat parti bagi menyertai pembangkang.
''Beliau mengakui bahawa Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikannya sebagai Perdana Menteri keenam sekiranya pakatan pembangkang berjaya membentuk kerajaan Persekutuan sementara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga menyokong pelantikan tersebut," tegasnya.
Pada ketika itu, Anwar dilihat bangun sambil berjalan keluar meninggalkan dewan.
Tindakannya itu diikuti ramai wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.
Tian Chua (PKR-Batu) dan N. Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai) pula kelihatan bangun mengherdik Zahrain tanpa mempedulikan nasihat Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee yang meminta mereka bertenang.
Dewan menjadi riuh rendah apabila beberapa penyokong kerajaan antaranya Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan); Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) dan Datuk Idris Haron (BN-Tangga Batu) menjerit 'pengecut,' 'penakut' dan 'kalau berani tunggu' ke arah Anwar bagi mendesak Ahli Parlimen Permatang Pauh itu tidak keluar Dewan.
Sementara itu, Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) pada ketika itu pula meminta supaya Yang Dipertua Dewan mengarahkan Gobalakrishnan keluar dari dewan kerana terus bangun dan menjerit.
Bagai melepaskan tembakan bertubi-tubi, Zahrain meneruskan perbahasannya dan dengan selamba menggelarkan perbuatan wakil-wakil rakyat pembangkang yang keluar dewan dan mengherdiknya sebagai sindrom penafian.
''Kami juga dibohongi (Anwar) kononnya salah seorang Timbalan Speaker (Dewan Rakyat) akan mempengerusikan usul undi tidak percaya (terhadap) kerajaan dan menyokong pakatan pembangkang mengambil alih Kerajaan Persekutuan," katanya.
Gobalakrishnan yang dilihat masih tidak berpuas hati akhirnya diberi peluang oleh Zahrain untuk mencelah.
Gobalakrishnan yang pada mulanya gagal menyampaikan soalan dengan baik dan ditertawakan beberapa wakil rakyat BN menggunakan ruang itu dengan mendakwa Zahrain keluar PKR kerana gagal mendapat projek mengurus dan menyelenggara sebuah padang golf.
Zahrain menjawab dakwaan tersebut dengan mencabar Gobalakrishnan supaya mengulangi tuduhan itu di luar dewan supaya beliau boleh menyamannya.
Beliau seterusnya mendedahkan punca lain meninggalkan PKR adalah kerana parti itu yang pada mulanya memperjuangkan reformasi dan keadilan kini dilihat tertumpu kepada perjuangan peribadi individu tertentu.
Ahli Parlimen Bayan Baru itu turut menyifatkan Anwar sebagai "raksaksa pelbagai wajah" ekoran pendiriannya yang sentiasa berubah-ubah dalam memperjuangkan orang Melayu dan kepentingan agama Islam.
Zahrain juga mendedahkan bahawa Anwar yang kini mendabik dada mahu memperkasakan institusi Islam di negara ini pernah menggelarkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai ulama 'terompah' iaitu satu gelaran yang sinonim dengan tandas atau tempat kotor.
Selain itu, katanya, tindakannya keluar PKR adalah kerana parti itu terlalu 'memperhambakan diri' dan tunduk kepada DAP sedangkan Anwar pernah berjanji kepadanya bahawa mereka tidak akan sesekali mengikut telunjuk DAP.
Perbahasan Zahrain disambung esok.
Sementara itu, beliau yang ditemui selepas itu memberitahu hanya menggunakan kesempatan berbahas bagi menjelaskan punca meninggalkan PKR serta janji-janji yang pernah dibuat oleh Anwar sebelum ini.
Mengenai tindakan Anwar yang keluar dewan selepas beberapa minit beliau berucap berkata: ''Saya tidak tahu, saya tidak perasan pun tetapi apa yang penting ia tidak membawa apa-apa makna (kepada saya) dan saya hanya menyampaikan cerita sebelah saya."
No comments:
Post a Comment