Razaleigh nafi terlibat konspirasi 16 September 2008
KOTA BHARU 19 Mac – Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menafikan beliau antara lapan pemimpin Barisan Nasional (BN) yang akan menyertai pakatan pembangkang untuk menubuhkan kerajaan pintu belakang pada 16 September 2008.
"Saya tak mahu komen pasal ini, 48 tahun saya bersama UMNO. Apa yang didakwa itu sebagai satu cerita dongeng,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Ahli Parlimen Bebas bagi Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim telah menamakan lapan Ahli Parlimen BN di Dewan Rakyat semalam, dengan mendakwa mereka bersedia menyertai pakatan.
Tengku Razaleigh berkata, jika dakwaan itu benar, beliau kini pasti sudah memegang satu jawatan besar dalam Parti Pakatan Rakyat (PKR) yang dipimpin oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam dakwaan itu, Zahrain telah menamakan Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN - Kalabakan), Datuk Seri Anifah Aman (BN - Kimanis), Datuk Bung Moktar Radin (BN - Kinabatangan), Datuk Chua Soon Bui (Bebas - Tawau), Datuk Enchin Majimbun (Bebas - Sepanggar), Dr. Mohd. Puad. Zarkashi (BN - Batu Pahat), Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar (BN - Jerantut) dan salah seorang daripada Timbalan Speaker juga tersenarai dikatakan akan melompat menyertai pembangkang. – Bernama
No comments:
Post a Comment