PKR - FREEMASON

PKR - FREEMASON
The All Seing Eye

Sitelevel Spidering

Search This Blog

Friday, March 19, 2010

Zahrain “askar upahan” BN dan UMNO ?

KUALA LUMPUR 18 Mac — Anggota Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim menafikan beliau adalah “askar upahan” Umno dan Barisan Nasional (BN) berikutan kelantangannya ketika ini berbanding semasa bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dahulu.
Beliau berkata sekiranya beliau bersifat vokal seperti ini sebelumnya sudah tentu keadaan dalam PKR akan menjadi kelam kabut.
"Kalau saya bising macam ini, keadaan jadi kelam-kabut,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Dakwaan itu timbul apabila semalam, beliau secara lantang dan terbuka mendedahkan pembohongan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap anggota Parlimen pakatan pembangkang yang mendakwa mereka mempunyai jumlah sokongan yang mencukupi daripada anggota Parlimen BN bagi membentuk kerajaan pada 16 Sept 2008.
Zahrain juga mendedahkan bahawa pada masa itu beliau percaya yang perkara itu adalah benar memandangkan Anwar mengatakan pelan tersebut telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong. - Bernama

No comments:

Post a Comment