PKR - FREEMASON

PKR - FREEMASON
The All Seing Eye

Sitelevel Spidering

Search This Blog

Thursday, April 29, 2010


JAWAPAN PERKASA TERHADAP TUDUHAN CHUA SOI LEK!

Presiden MCA Chua Soi Lek menuduh PERKASA punca undi masyarakat cina beralih kepada DAP.
Padahal undi masyarakat cina memang telah beralih kepada PR DAP semenjak PRU 12 lalu. Chua Soi Lek meneruskan sikap klise pemimpin2 cina yang gemar menuding jari pada orang lain atas kelemahan mereka. Malahan ketika PRK Hulu Selangor yang baru lalu parti2 komponen BN tidak membuat kerja mereka dengan bersungguh2 untuk menawan pengundi cina sebaliknya terus terperangkap (mungkin juga bersekongkol secara diam dengan DAP) Yang banyak membantu hanyalah jentera2 Umno yang dibantu blogger2 pro kerajaan dan blogger2 anti pembangkang. Jawapan PERKASA menerangkan segala galanya

Beginilah jawapan PERKASA keatas tuduhan Chua Soi Lek:

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali menegaskan, MCA sebenarnya telah ditolak pengundi Cina sejak pilihan raya umum 2008 yang lalu iaitu sebelum Perkasa ditubuhkan.
Katanya, oleh itu, Perkasa tidak boleh disalahkan bagi menutup kelemahan MCA dalam mendapat sokongan pengundi Cina.
"Bila orang Melayu tidak mengundi calon MCA dalam pilihan raya umum akan datang, bolehlah MCA salahkan Perkasa. Tapi, jangan gunakan Perkasa sebagai alasan kemerosotan sokongan orang Cina di Hulu Selangor.
"Video lucah, tidak berkhidmat kepada rakyat dan pergolakan dalaman MCA sebenarnya punca orang Cina tidak mengundi calon BN," katanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) di sini hari ini.
Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek menyalahkan kewujudan pertubuhan seperti Perkasa dan pemimpin seperti Ibrahim yang didakwa kurang sensitif menyebabkan calon BN tidak disokong pengundi Cina.
Malah Soi Lek turut mengutuk kenyataan Ibrahim yang mahu kerajaan menangguhkan segala bantuan kepada kaum Cina ekoran kurangnya sokongan pengundi Cina di Hulu Selangor. 
Malah Soi Lek turut mengutuk kenyataan Ibrahim yang mahu kerajaan menangguhkan segala bantuan kepada kaum Cina ekoran kurangnya sokongan pengundi Cina di Hulu Selangor.
Sementara itu, Ibrahim dalam SMS tersebut turut menempelak sikap Soi Lek yang menuding jari kepada Perkasa.
''MCA kalah sebelum Perkasa wujud lagi. Jadi jika nak salahkan Perkasa, salahkan saya kerana lambat tubuhkan Perkasa.
''MCA kalah dan malu alah kepada DAP, maka salah pihak lain. Nasib baik ada Perkasa untuk dijadikan alasan,'' ujarnya.

MCA akan membuat post mortem berkenaan PRK Hulu Selangor ...baguslah masa tu tengok betul2 segala petunjuk dan salah sendiri... jgn nak salahkan orang lain sentiasa ini tidak asyik nak salahkan Umno...lepas tu Perkasa  pulak nak dijadikan kambing hitam.

Kalau you cakap Perkasa rasis... apa yang patut orang melayu panggil Dong Jiao Zhong dan Suqui ketika mereka membuat tuntutan yang pelbagai tidak lama dahulu? Cerminlah diri kamu tu Chua Soi Lek. Kamu tiada bezanya dengan Zaid Arak Ibrahim. Malahan kamu opportunis. Kami warga melayu nampak permainan kamu. You and your minions are the mirror of DAP. Period





No comments:

Post a Comment