PKR - FREEMASON

PKR - FREEMASON
The All Seing Eye

Sitelevel Spidering

Search This Blog

Wednesday, April 28, 2010

POLIS MALAYSIA TIDAK PROFESIONAL : REMAJA MELAYU BAWAH UMUR MAUT KENA TEMBAK!!
 KEADILAN UNTUK AMINUL RASYID DITUNTUT!!




Terkini : Polis telah mengambil keterangan Saksi Utama

Polis telah mengambil keterangan beberapa saksi utama kejadian petang tadi. Sesi memberi keterangan masih berlanjutan hingga pukul 8 malam tadi.
Diharap kebenaran disebalik kejadian ini akan terungkai dan pesalah dikenakan tindakan keras keatas insiden yang melibatkan kehilangan nyawa ini.




Kisahnya :

Anak saya bukan seorang penjenayah - Norsiah

SHAH ALAM 27 April - Ahli keluarga Allahyarham Aminulrasyid Amzah (gambar), 15, yang mati ditembak polis dalam satu kejadian di Seksyen 11 di sini awal pagi semalam, mahu pasukan itu melakukan siasatan secara telus dan adil serta tidak melindungi sesiapa bersalah.
Ibu mangsa, Norsiah Mohamad, 60, yang masih lagi sedih dengan kejadian menimpa anaknya itu, juga menegaskan bahawa anaknya bukan penjenayah seperti dilaporkan oleh media.
Sebagai seorang ibu, dia lebih arif tentang sikap dan tingkah laku Allahyarham yang bersopan santun serta menghormati orang lebih tua.
"Malah kami bukan daripada keluarga penjenayah. Saya akan berbincang dengan ahli keluarga lain bagi melantik peguam untuk tindakan selanjutnya agar anak saya mendapat pembelaan sewajarnya.
"Saya juga mahu pihak polis menjalankan siasatan telus dan tidak melindungi anggota-anggota polis peronda yang terlibat dalam insiden tersebut," katanya pada sidang akhbar di rumahnya di sini hari ini.
Pelajar Sekolah Menengah Seksyen 9 itu, terbunuh apabila terkena tembakan polis setelah mangsa dan rakannya yang menaiki kereta Proton Iswara cuba ditahan polis kira-kira pukul 2 pagi semalam.
Norsiah berkata, dia mendapat tahu anaknya keluar rumah secara senyap menggunakan kereta kakaknya untuk menonton perlawanan bola sepak di Seksyen 7 di sini.
Namun katanya, rakan kepada anaknya yang berada di dalam kereta itu memberitahu, dalam perjalanan pulang mereka sempat membantu rakan yang kerosakan motosikal di Seksyen 2.
Katanya lagi, malangnya selepas itu, kereta mereka terlanggar pula sebuah kereta Mercedez-Benz.
"Mereka panik kerana tiada lesen memandu lalu terus memecut laju menyebabkan beberapa buah motosikal mengejar kereta anak saya hingga bergesel dengan salah sebuah motosikal tersebut.
"Tiba-tiba mereka bertembung dengan sebuah kereta polis... Disebabkan takut mereka terus memecut laju dan enggan berhenti apabila diarahkan berbuat demikian," katanya.
Tambahnya, polis yang mengejar kereta itu telah melepaskan tembakan dan mengenai salah satu tayar manakala satu das lagi menembusi cermin dan belakang kepala anaknya.
Katanya, keadaan itu menyebabkan anaknya melepaskan stereng kereta dan rebah ke pangkuan rakannya di sebelah, lalu menyebabkan kereta itu terus bergerak sebelum terbabas di dalam longkang.
"Oleh itu, saya meragui dengan kenyataan polis bahawa tembakan dilepaskan kerana kereta itu mengundur dan cuba merempuh anggota polis berkenaan," ujar beliau.
Seorang ahli kariah surau Seksyen 11 yang hanya ingin dikenali sebagai Abdullah berkata, kejadian tersebut memang mengejutkan penduduk kerana arwah kerap mengunjungi surau tersebut
"Dia kawan anak saya dan bukan budak rempit. Apabila polis mengesyaki arwah penjenayah, kami mengenali arwah sangat terluka dengan kenyataan itu kerana dia budak yang sangat baik, bukan seperti didakwa," ujarnya pula.
Guru Aminulrasyid yang enggan dikenali berkata, anak muridnya itu seorang pelajar ceria, mesra dan menghormati guru-guru serta aktif dalam kegiatan kokurikulum selain mewakili daerah Petaling Jaya dalam pertandingan bola sepak.

Jangan gelar dia penyamun, kata ibu remaja yang ditembak polis

27/04/2010 6:45pm

SHAH ALAM 27 – Norsiah Mohamad, ibu kepada Aminulrasyid Amzah, remaja yang ditembak mati awal pagi semalam ketika didakwa cuba melanggar beberapa anggota polis, meminta supaya Allahyarham anaknya tidak digelar penyamun atau penjenayah kerana beliau lebih mengenali siapa sebenarnya anaknya itu.
"Sebagai ibu yang melahirkan dan membesarkannya. Saya sangat terluka dan mohon supaya jangan gelarkan arwah anak saya sebegitu rupa. Tidak adil menuduh anak saya sebegitu tanpa pengesahan,” katanya kepada pemberita di rumahnya ketika dikunjungi Menteri Pertanian dan Indusri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar hari ini.
Norsiah, 61, berkata, beliau tidak mengatakan anaknya itu sempurna, namun bagi dirinya, Aminulrasyid adalah seorang remaja yang aktif dalam pelbagai sukan, periang, mempunyai ramai kawan dan bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini.
"Saya tidak sangka sikapnya yang manja berlebih-lebihan dengan mencium dan memeluk saya saban hari sejak akhir-akhir ini menjadi kenangan yang ditinggalkannya. Malah dia beria-ria mahu membersihkan kubur arwah bapanya yang meninggal dunia pada 2004 tetapi itu tidak kesampaian,” katanya.
Norsiah berkata, keluarganya telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di Seksyen 11 di sini malam tadi.
Aminulrasyid, 15, dilaporkan terkena tembakan yang dilepaskan oleh anggota polis peronda apabila dia disyaki cuba mengundurkan kenderaan yang dipandunya untuk melarikan diri daripada satu sekatan jalan raya.
Menurut polis sebilah parang ditemui dalam kereta itu. – Bernama

Kalau Bab Melayu Jadi Mangsa, Lambat Pakatan Rakyat Bertindak




Terlebih dahulu penulis ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Adik Aminulrasyid Amzah di atas pemergiannya ke Rahmatullah akibat ditembak oleh anggota polis. Penulis juga berharap siasatan menyeluruh dapat dilakukan terhadap kejadian yang pasti menghiris hati setiap orang. Ketelusan terhadap kes ini amat diperlukan oleh masyarakat. Penulis berharap kes tersebut dapat disiasat dengan telus bagi mencari keadilan dan kebenaran. Pihak yang bertanggunjawab, iaitu anggota-anggota polis yang terlibat harus dipertanggungjawabkan, sekiranya benar mereka melakukan sebarang salah laku atau tidak mengikut sebarang prosedur undang-undang. Menteri Amaran jangan setakat beri AMARAN sahaja.

Tahniah kepada Timbalan pengerusi Umno Selangor yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar yang bertindak dengan segera menangani kes berkenaan. Tindakan beliau berada bersama-sama keluarga Aruah sewaktu sidang media semalam, saya amat berbangga. Saya juga berharap beliau akan mengotakan janji beliau untuk membawa kes ini ke dalam mesyuarat kabinet hari ini.

Cuma apa yang dikesalkan ialah respons yang diperolehi oleh Kerajaan Selangor. Mentang-mentanglah kes ini melibatkan seorang remaja Melayu Islam, Kerajaan Selangor mengambil tindakan sambil lewa. Menteri Besar Selangor, TS Khalid Ibrahim ketika ditanya pemberita Malaysiakini berkata, beliau akan menjemput Ketua Polis Negeri, Datuk Khalid Abu Bakar datang dalam tempoh dua minggu lagi untuk "meredakan apa-apa kebimbangan berhubung tindakan polis." (Sumber: Malaysiakini)

Soalan saya, kenapa kes yang begitu penting yang menjadi bualan seluruh rakyat Malaysia, TS Khalid perlu menunggu DUA MINGGU sebelum bertemu dengan Ketua Polis Selangor? Sibuk sangatkah beliau? Ini berlainan dengan kes A Kugan di mana ahli-ahli DUN Selangor berarak mengiringi mayat beliau dan segala perbelanjaan pengkebumian ditanggung oleh Kerajaan Negeri. Begitu juga dalam kes Teoh Beng Hock, ratusan ribu duit Kerajaan Selangor dihabiskan untuk menguruskan jenazah beliau dan mengadakan inkues. Kenapa dalam kes seorang anak Melayu Islam meninggal, Kerajaan Negeri buat lepas tangan. Lupakah kita dengan seorang pelajar UiTM yang koma dilanggar oleh ADUN Selangor yang mabuk. Apa tindakan Kerajaan Selangor setakat ini?

Sedarlah wahai kaum Melayu Islam di bumi Selangor. Kerajaan negeri tak pandang sebelah matapun kewujudan kamu semua termasuk saya melainkan sewaktu hendak mendapatkan undi sewaktu pilihanraya!












Wednesday, April 28, 2010

Kronologi Polis & Aminul Rasyid

aku terpanggil nak menulis pasal kisah seorang budak 15 tahun ditembak mati oleh seorang anggota polis. bagus jugak dari kes nih baru aku tahu pasal insiden tembak rambang pada tahun 2009 yang melibatkan seorang ibu tunggal, Norizan Salleh.
Daripada sebuah group di mukabuka "we Love Aminul Rasyid" aku terus berminat untuk mengetahu kronologi sebenar kejadian ini. Aku cari dari pelbagai sumber di Google untuk mengesahkan cerita sebenar macam mana.

polis kata:
1) mereka mengesyaki sebuah kereta Proton Iswara Aerobak dipandu dalam keadaan mencurigakan
2) apabila disuruh berhentikan kenderaan, arwah sebaliknya memandu laju
3) Melihat keadaan itu, polis menembak tayar kereta yang dipandu mangsa
4) setelah kereta terbabas, rakan arwah berjaya melarikan diri tetapi arwah pula cuba mengundurkan kenderaan untuk merempuh polis
5) terkejut dengan tindakan arwah, polis melepaskan tembakan ke arah arwah
6) polis menjumpai sebilah parang dalam kereta tersebut

keluarga arwah kata:
1) pemilik kenderaan, abang ipar arwah menafikan kewujudan parang dalam keretanya
2) ibu arwah, Norsiah Mohamad mengatakan arwah seorang anak yang baik dan aktif dalam sukan. disamping rajin ke surau
3) Polis yang menembak arwah dikatakan ditukar ke 'desk duty'

rakan arwah (saksi) kata:
1) dia dipukul oleh anggota polis sebelum berjaya melarikan diri
2) kereta tidak boleh dipandu secara laju kerana tayar bocor
3) anak seorang polis

Diharapkan Kebenaran kejadian ini dilakukan dengan segera dan telus. Ini melibatkan keselamatan warganegara. Adakah ini harga untuk kebebasan kami semua sebagai warganegara? sepatutnya polis lebih menumpukan usaha membanteras Pendatang Asing Tanpa Izin yang menjadi teras jenayah di Malaysia bukan warganegara malaysia.

Adakah itu tahap profesional polis? kemana latihan yang telah mereka pelajari ketika hendak jadi polis?
Takkanlah tak boleh nampak yang bawak kereta tu budak? Kata polis budak tu ada parang...tapi  polis mereka ada pistol?
Come onlah bro.....u all nak jadi polis mesti dah belajar seni pertahankan diri...Xkanlah segala gala kes hendak diselesaikan dengan Pistol????
Gaji Dah berapa kali naik..... takkan tahap macam tu je lagi????
Ini bukan kes pertama kes "silap Tembak"


Kepada semua ambillah ini sebagai pengajaran. Ketahuilah dimana anak anda atau adik beradik anda yang dibawah umur berada. Jangan biarkan mereka membawa kenderaan tanpa lesen. Malang tidak berbau. Apa yang berlaku ini adalah kisah yang amat tragis.



No comments:

Post a Comment