Susulan Jawatan Kuasa Khas Antara Agama Diluluskan Kabinet - Pejuang Anti Murtad Ulama Harussani Zakaria Tentang!
UMNO Dah Hilang Akal Ke?
Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak mengambil ketetapan sebulat suara membantah kelulusan Kabinet terhadap penubuhan jawatankuasa khas berhubung isu antara agama.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang melahirkan rasa kesal dan dukacita terhadap kelulusan jawatankuasa khas itu berkata, ia bukan medium yang sesuai kerana dibimbangi wujud tuntutan tidak munasabah di kalangan penganut agama lain.
“Apatah lagi kewujudannya adalah rentetan daripada kegagalan penubuhan Suruhanjaya Antara Agama yang telah ditentang dan ditolak umat Islam,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Mengulas lanjut Harussani menegaskan, keputusan menolak penubuhan jawatankuasa khas itu dibuat pada mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak yang bersidang pada 6 hingga 8 April lalu.
Katanya, perbincangan tentang agama Islam tidak memerlukan campur tangan bukan Islam kerana ia boleh mengundang implikasi negatif.
Menurut beliau, setiap agama yang wujud tidak boleh disamakan dengan agama Islam yang mempunyai kedudukan tinggi di sisi Allah SWT seperti firman-Nya yang bermaksud: Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam (Ali Imran: 19)
“Setiap orang Islam juga berkewajipan memelihara agamanya daripada sebarang anasir yang boleh merosakkannya,” tegas Harussani.
Menurutnya lagi, walaupun sebarang bentuk rundingan atau dialog berhubung agama dibolehkan, namun ia patut dielakkan sama sekali apatah lagi jika rundingan itu dilakukan di kalangan masyarakat umum yang lebih mengundang ketidakfahaman terhadap mereka.
“Sebarang bentuk dialog yang boleh mencemar dan menjatuhkan imej dan kesucian Islam hendaklah dielakkan.
“Ia bertepatan dengan kaedah fikah itu sendiri iaitu membendung kerosakan diutamakan daripada menarik kemaslahatan,” katanya.
Jawatankuasa Fatwa, kata Harussani, juga mencadangkan supaya penubuhan jawatankuasa khas antara agama tidak sahaja dirujuk kepada Kabinet untuk tujuan kelulusan tetapi juga kepada Majlis Raja-Raja yang mempunyai kuasa tertinggi terhadap agama Islam.
Kelmarin, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menggesa mufti dan alim ulama di seluruh negara mengeluarkan fatwa serta pandangan berhubung penubuhan jawatankuasa khas tersebut.
Menurut Perkasa, ia bimbang kewujudannya akan meletakkan agama Islam setaraf dengan agama lain sedangkan jelas dalam Perlembagaan Persekutuan, Islam adalah agama rasmi negara.
Jawatakuasa khas yang dipengerusikan oleh bekas Ahli Parlimen Kota Bahru, Datuk Ilani Ishak itu ditubuhkan setelah mendapat kelulusan Kabinet.
Ia bertujuan mewujudkan keharmonian dan persefahaman antara agama Kononnya.
Harussani Zakaria adalah ulama dan mufti perak yang membongkar rancangan membaptiskan sekumpulan melayu beramai ramai oleh Datuk Azhar Mansor tidak berapa lama dulu yang menyebabkan upacara pembaptisan itu dibatalkan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment