PKR - FREEMASON

PKR - FREEMASON
The All Seing Eye

Sitelevel Spidering

Search This Blog

Friday, April 30, 2010


DAP Ronnie Liu dan kaitan dunia Kongsi gelap melalui Tan Pay Kong

Sejak Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan negeri Selangor, perniagaan yang membabitkan kumpulan haram dilihat berkembang dengan pesat. Rumah urut, mesin judi dan video cetak rompak bercambah seumpama cendawan tumbuh selepas hujan.


Menurut bekas Menteri Besar Selangor, Dato Seri Dr. Mohamad Khir Toyo, terdapat lebih 4000 perniagaan jenis ini di Selangor hari ini.

Ramai percaya keadaan ini muncul kerana pembabitan kongsi gelap serta lain-lain kumpulan jenayah dengan pemimpin parti DAP. DAP hari ini dikatakan memerintah Selongor menerusi boneka bernama Khalid Ibrahim.

Pembabitan pemimpin DAP dengan kegiatan perniagaan haram ini di kesan seawal 2007 apabila Ronnie Liu (sekarang EXCO Kerajaan Tempatan) terbabit menghalang Polis dan Majlis Perbandaran Subang Jaya menyita sebuah hotel yang dijadikan pusat pelacuran di Puchong.

Apabila Ronnie menjadi EXCO menjaga hal ehwal PBT ia seumpama orang mengantuk di sorong bantal. Selain pertumbuhan pusat-pusat perniagaan haram ini, banyak juga kedai-kedai makan Cina yang dikendalikan oleh kongsi gelap dibenarkan bebas meletak kerusi di atas jalan.

Malah di dalam kawasan pentadbiran MPSJ, ada kedai makan Cina yang sewenang-wenangnya menutup jalan dan memasang skrin besar tanpa sebarang permit dari MPSJ.

Jika sebelum ini bukti-bukti yang menjurus ke arah Ronnie Liu hanyalah berdasarkan "circumstantial evidence" sahaja.

Namun sejak kebelakangan ini, ada maklumat yang sangat meyakinkan mengenai seorang individu bernama Tan Pay Kong, dari Kampung Raja Uda, yang terkenal sebagai kepala gangster di Klang.

Menurut sumber, Tan Pay Kong ini telah membawa Ronnie Liu melancong ke beberapa negara termasuk Thailand dan China. Selain itu, beliau juga telah melangsaikan hutang Ronnie Liu sekitar RM 70 ribu pada tahun lalu.

Tan Pay Kong sekarang ini bertindak sebagai penasihat kepada Ronnie Liu dalam isu-isu perniagaan membabitkan kerajaan negeri Selangor.

Setiap pagi rabu akan kelihatan kereta Tan Pay Kong bernombor WEE 8888 berada di bangunan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Dia akan berjumpa Ronnie Liu untuk meneliti kertas Mesyuarat EXCO dan merancang strategi mereka sebelum mesyuarat EXCO.

Seorang lagi kepala gangster yang dilihat menguasai Ronnie Liu ialah Danial Chong. Bagaimanapun belum ada maklumat lengkap mengenai usahawan underworld ini.

Dipetik dari The Unspinners untuk sebaran am dan maklumat umum demi rakyat

No comments:

Post a Comment