PKR - FREEMASON

PKR - FREEMASON
The All Seing Eye

Sitelevel Spidering

Search This Blog

Friday, April 30, 2010

SULTAN SELANGOR BIDAS NIK AZIZ DAN PAS

Jangan datang jika tidak setuju larangan berpolitik di masjid

29/04/2010

KLANG 29 April - Sultan Selangor, Sultan Sharifuddin Idris Shah menegaskan, sesiapa yang tidak bersetuju dengan peraturan larangan berpolitik di masjid dan surau sebaiknya tidak perlu datang ke negeri ini.
Titah baginda, jika ingin datang ke negeri ini, mereka yang terbabit hendaklah mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan.
"Jika sekiranya seorang itu tidak bersetuju dengan peraturan yang telah ditetapkan di Selangor ini, maka hendaklah beliau mengelakkan diri daripada datang ke negeri ini," titah baginda hari ini.
Baginda bertitah, larangan penggunaan masjid dan surau di negeri ini sebagai tempat untuk berpolitik bertujuan menjaga kesucian dan keharmonian tempat ibadat orang Islam.

Sumber Utusan dan Malaysiakini

Siapa yang berceramah tu? selain Nik Aziz tentulah terpalit sama Pesusruh jaya PAS Selangor Datuk Hassan Ali  yang berceramah ketika jumaat hingga terlupa rukun khutbah. Datuk Hasan Ali ni pulak asyik kena tibai je  dengan Tulang Besi  si blogger PAS

No comments:

Post a Comment