PKR - FREEMASON

PKR - FREEMASON
The All Seing Eye

Sitelevel Spidering

Search This Blog

Friday, April 30, 2010

Susulan Tragedi Aminul Rasyid : Kertas siasatan kes remaja ditembak dihantar ke pendakwa raya

 

TERKINI : Pihak Pendakwaraya telah menyerahkan semula kertas siasatan kepada pihak polis petang tadi.


SHAH ALAM 30 April - Polis telah menghantar kertas siasatan berhubung kes seorang remaja, Aminulrasyid Amzah, 15, yang mati terkena tembakan polis pada Isnin lepas kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi tindakan selanjutnya.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, pihaknya juga mengalu-alukan inkues dijalankan berhubung kes berkenaan bagi mengetahui kejadian sebenar dan punca insiden terbabit.
“Pegawai penyiasat kes ini telah hantar kertas siasatan ke DPP hari ini bagi tindakan selanjutnya, dan saya minta supaya inkuiri dijalankan dahulu untuk kita lihat sama ada terdapat justifikasi terhadap tindakan polis,” katanya kepada pemberita selepas melawat lokasi kejadian itu di Jalan 11/2G di Seksyen 11 di sini.
Terdahulu, beliau menghadiri taklimat kes berkenaan di Ibu Pejabat Polis Shah Alam.
Musa berkata, beliau dimaklumkan oleh ketua pegawai penyiasat kes itu bahawa ketika kejadian, polis mengejar kereta yang dipandu remaja itu sepanjang enam kilometer dengan kadar kelajuan yang tinggi.
"Kita sedih dengan kejadian ini dan minta supaya masyarakat mengikut arahan polis jika diminta untuk berhenti bagi mengelak syak wasangka.
"Kalau tidak ada lesen pun jangan takut, paling habis pun dikenakan tindakan saman. Sekali lagi saya ingatkan jangan lari sebab kalau lari akan menimbulkan kecurigaan,” katanya. - Bernama

Itu dia Ingat semua... kalau polis nak tahan jangan lari....bahaya!

No comments:

Post a Comment