PKR - FREEMASON

PKR - FREEMASON
The All Seing Eye

Sitelevel Spidering

Search This Blog

Thursday, April 22, 2010


Bayi Cacat Ditinggalkan : Chai Kim alami sindrom Patau?



Hamidah Osman mencium Lee Chai Kim yang kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, semalam.



IPOH 21 April - Bayi malang yang ditinggalkan di rumah Pertubuhan Kebajikan Kanak-Kanak Cacat di sini berkemungkinan mengalami sindrom Patau iaitu masalah kromosom yang memendekkan hayatnya.
Bayi berusia hampir sebulan itu dilahirkan tanpa mata, hidung serta mulut tidak sempurna selain tangan dan kakinya juga cacat.
Pegawai Perubatan Pediatrik, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Dr. Khurul Ain Ahmad Sanusi berkata, bayi lelaki seberat 2.38 kilogram tersebut mengalami masalah kecacatan kromosom dan pihak hospital sedang menunggu keputusan ujian.
Katanya, darah bayi telah diambil untuk mengetahui masalah kecacatan yang juga dikenali sebagai Trisomy 13 iaitu kehadiran "tiga kromosom ke-13" yang mengganggu pertumbuhan bayi.
"Bayi ini mengalami masalah kromosom tidak lengkap dan darahnya telah diambil untuk ujian. Kita juga telah buat ujian ultra bunyi dan bahagian otak.
"Esok kita akan buat ujian untuk bahagian-bahagian lain dan keputusan ujian darah akan diketahui 30 April ini," katanya ketika ditemui di Wad Pediatrik, HRPB di sini hari ini.
Menurut Dr. Khurul Ain, bayi yang diberi nama Lee Chai Kim itu juga tidak mempunyai lelangit namun jantung dan paru-parunya berfungsi dengan baik.
Ditanya sama ada bayi tersebut akan menjalani rawatan pembedahan plastik ujarnya, perancangan hanya boleh dibuat selepas keputusan ujian darah diketahui.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Pelancongan dan Hal Ehwal Wanita negeri, Datuk Hamidah Osman hari ini meluangkan masa melawat bayi malang tersebut.
Ketika ditemui beliau berkata, kerajaan negeri akan mengambil alih tanggungjawab menjaga kebajikan bayi cacat yang ditinggalkan oleh ibu bapanya itu sejak 8 April lalu.
"Kerajaan negeri dengan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan menanggung segala kemudahan dan keperluan bayi malang ini," katanya.
Pada masa sama ujar Hamidah, pihaknya juga akan menawarkan rawatan kaunseling kepada ibu bapa bayi tersebut.
"Saya pasti ibu bapanya sedang mengalami trauma dan sedang bersedih sekarang kerana bayi ini adalah anak sulung mereka.
"Mungkin keadaan memaksa mereka bertindak meninggalkan bayi mereka. Kita akan cuba kesan kedua- duanya dan bantu memberikan rawatan kaunseling. Mereka juga perlu dibantu," katanya.

Pihak TamingSariBlog amat bersimpati dengan nasib bayi tersebut dan memohon orang ramai menghulurkan bantuan Sama-samalah kita membantu sesama insan tanpa mengira darjat,keturunan dan kaum agama.

No comments:

Post a Comment