PKR - FREEMASON

PKR - FREEMASON
The All Seing Eye

Sitelevel Spidering

Search This Blog

Tuesday, April 13, 2010

Keperluan Untuk The Third Force dalam Politik Malaysia


Surat terbuka kepada Ibrahim Ali (presiden PERKASA) dan pemimpin2 Umno dan PAS

Berikutan insiden Noh Omar Meminta maaf atas kenyataan benar yang dipetik dari ucapan era merdeka  malaysian chinese forefather dan malaysian indian forefather maka jelas  pemimpin Melayu Umno kurang keberanian menghadapi asakan lobi politik dan ekonomi cina malaysia.Namun sampai bila semua ini harus dibiarkan berterusan? penghinaan demi penghinaan  dan konspirasi hitam terhadap melayu, islam, raja2 melayu terus berlaku diselang seli dengan ucapan maaf dari satu pemimpin melayu kepada pemimpin melayu yang lain

UMNO kini tiada lagi semangat tegas mempertahankan hak2 dan penghinaan terhadap bangsa melayu dan islam. Hal ini dapat difahami kerana Umno adalah parti teras dalam BN dan Umno sebenarnya memang tidak dapat bersikap "Melayu Dahulu" kerana ia harus bersikap adil kepada semua kaum sebagai parti pemerintah.
Juga adalah disebabkan mereka juga perlu dan membutuhkan undi masyarakat cina dan india untuk kekal sebagai pemerintah.


PAS dilihat begitu juga dalam usaha untuk merebut tampuk pemerintahan negara. Ini adalah fakta dan kenyataan yang tidak boleh dinafikan lagi. Untuk menjadi pemerintah negara, anda tidak boleh mengharapkan undi 1 kaum sahaja. Dalam proses ini hak dan survival Melayu dan Islam telah di'jeopardize' kan.

Hanya ada 1 lagi jalan selamat untuk melayu khasnya dan islam amnya - memperkasakan PERKASA dan dalam hal ini PERKASA boleh menubuhkan sayap politiknya.
Namun adalah diingatkan PERKASA hendaklan malah WAJIB bersikap KONSISTEN mepertahankan orang Islam dan melayu dalam apa keadaan dan sentiasa bersedia menyerang balas  serangan terhadap melayu dan islam yang dilakukan secara terang terangan atau secara polisi sama ada oleh BN @ PR dan hendaklah tanpa ragu menyerang UMNO dan pemimpin2 nya jika mereka dilihat 'jeopardizing' kepentingan melayu dan islam  dan tiada kepentingan poltik dalam dan dengan mana2 parti politik dalam BN dan PR

Ingatlah PERKASA... Bebaskan diri dari tali Umno...dan anda bakal menjadi gergasi politik malaysia
70% melayu menyokong anda dan jika anda tidak segera mengambil sikap tidak berpihak kepada BN @ PR anda akan lenyap

PERKASA satu2nya harapan anak watan sekarang
PERKASA mulai ditakuti dalam setahun usianya
PERKASA mampu menjadi kumpulan pelobi melayu dan muslim yang ditakuti politik malaysia
PERKASA harus melantik pelapis anak muda yang bersikap Radikal dan Ibrahim boleh kekal sebagai Penaungnya
Pemimpin PERKASA harus bersikap bersih dan dilihat bersih dari sebarang kekotoran politik dan ekonomi

No comments:

Post a Comment