PKR - FREEMASON

PKR - FREEMASON
The All Seing Eye

Sitelevel Spidering

Search This Blog

Friday, April 30, 2010

Tragedi Aminul Rasyid : Penubuhan panel khas untuk pantau siasatan polis

30/04/2010

PUTRAJAYA 30 April - Sebuah panel khas yang ditubuhkan, berikutan seorang remaja yang mati ditembak polis dalam satu kejadian di Shah Alam Isnin lepas, tidak akan menjalankan siasatan sendiri sebaliknya berfungsi memantau siasatan polis.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop, yang mengetuai panel itu berkata, panel khas tersebut akan memastikan siasatan yang dijalankan polis dilakukan secara adil dan telus.
"Panel ini akan menilai dan melihat supaya tiada penyelewengan (dalam siasatan yang dijalankan) dan tindakan yang diambil mestilah sebagaimana yang kita hendak pastikan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, Aminulrasyid Amzah, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9, di Shah Alam, yang memandu kereta Proton Iswara mati ditembak setelah dikatakan cuba melarikan diri dari sekatan polis manakala rakannya pula berjaya melarikan diri.
Berikutan kejadian itu, satu panel khas telah ditubuhkan bagi memantau siasatan tersebut supaya penyiasatan dijalankan secara adil dan telus.

Abu Seman berkata panel itu berperanan sebagai badan bebas serta tidak memberikan sebarang pandangan atau cadangan kepada polis dan segala keputusan akan dibuat Kementerian Dalam Negeri sebaik laporan siasatan kes itu selesai.
"Masyarakat akan tahu, kalau tidak adil dan telus, imej KDN yang akan teruk terjejas. Sebab itu panel ini penting. Sebagai panel bebas, apa jua maklumat yang dapat, kita akan salurkan kepada masyarakat,” katanya.
Beliau berkata lapan individu dalam kalangan masyarakat awam akan dilantik menganggotai panel khas tersebut, termasuk Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (Keselamatan), Datuk Ahmad Fuad Abdul Aziz sebagai timbalan pengerusi panel itu.
Beliau berkata anggota panel itu akan terdiri daripada individu bebas, yang bukan anggota politik dan tiada kaitan dengan polis.
"Setakat ini kita belum mendapat persetujuan daripada mereka. Kita jangkakan panel khas itu akan mengadakan mesyuarat pertamanya minggu depan,” katanya. - Bernama


Nota: Baguslah akhirnya ternampak keseriusan dan sinar untuk keadilan arwah adik aminul rasyid. Namun diharapkan panes khas tersebut mendapat kuasa yang lebih termasuk memberi pandangan dan pendapat kepada pihak polis agar keadilan terlaksana bukan sahaja kepada arwah aminul rasyid bahkan kepada kes kes sebelum ini dan di masa akan datang.
Namun begitu dengarnya, penubuhan Panel Khas untuk memantau siasatan tragedi Aminulrasyid Amzah, tidak akan mempunyai kuasa untuk menyiasat mahupun kuasa untuk menyerahkan cadangan kepada pihak polis.

No comments:

Post a Comment