PKR - FREEMASON

PKR - FREEMASON
The All Seing Eye

Sitelevel Spidering

Search This Blog

Tuesday, April 13, 2010

Anggota Parlimen Pasir Salak diberi amaran kes ugutan terhadap MP DAP Kulasegaran

13/04/2010

KUALA LUMPUR 13 April - Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini memberi amaran keras kepada Anggota Parlimen Pasir Salak Datuk Tajuddin Abdul Rahman daripada Barisan Nasional supaya tidak lagi mengganggu Anggota Parlimen Ipoh Barat M.Kulasegaran daripada DAP.
Katanya, beliau telah memanggil kedua-dua wakil rakyat itu untuk memberi penjelasan terhadap insiden dakwaan ugut yang berlaku Khamis lepas.

Pada Khamis lepas, Kulasegaran mendakwa kononnya Tajuddin mengancam untuk memukul beliau di lobi Parlimen kerana menyifatkan Anggota Parlimen DAP itu mencemarkan nama beliau.

Namun Tajuddin ketika diminta mengulas dakwaan itu mempertikaikan tindakan Kulasegaran yang menggunakan laman blog untuk membuat fitnah dan mencerca beliau.
Selepas sesi soal jawab pagi ini, Pandikar Amin berkata bahawa semasa pertemuan tersebut, beliau memberikan pandangan kepada kedua-dua Anggota Parlimen supaya bertindak dengan mengambil kira integriti Parlimen. - Bernama

No comments:

Post a Comment