ANGKATAN TENTERA MALAYSIA SEDANG DILEMAHKAN
Malaysiakini meneruskan operasi terancang dan bersistematik melemahkan tunggak kekuatan negara. Selepas mencuit Raja2 melayu dan Yang Dipertuan Agong dalam isu Istana Baru, Kini Malaysiakini cuba menimbulkan rasa tidak senang rakyat terhadap perbelanjaan angkatan tentera malaysia.Laporan Malaysiakini
Wartawan Kuek Ser Kuang Keng telah menulis artikel 3 siri yang mempertikaikan dan cuba menimbulkan keraguan perbelanjaan pertahanan negara yang dikatakan berjumlah RM180 Billion dalam masa 23 tahun. Memang ada wajarnya ditimbulkan soal ketelusan dalam kontrak pertahanan berikutan industri senjata adalah satu industri yang menguntungkan dunia.
Namun ternyata Kuek Ser Kuang Keng dan penguasa Malaysiakini cuba mengolahkan bahawa perbelanjaan sebanyak RM180billion adalah tidak perlu dan hanya pembaziran/
Pembazirankah apabila ternyata Asia Tenggara sememangnya sudah terjerumus kedalam perlumbaan senjata?
Mereka mempertikaikan kapal selam, pesawat pejuang Sukhoi dan lain2 sebagai pembaziran kerana tidak nampak perlunya semua itu untuk persiapan menghadapi kemungkinan pencerobohan.
Tahukah anda pada 1988, Malaysia nyaris2 diserang Singapore berikutan pertikaian meruncing isu air? tidak ramai yang mengetahui andaikata ketika itu betullah Singapore nekad menyerang negara ini, tentera malaysia tidak akan mampu mengekang kemaraan bala tentera canggih Singapore yang dibangunkan dengan tangan2 Israel.
Sejak peristiwa itu kerajaan Malaysia dengan desakan pemimpin2 tentera telah meningkatkan perbelanjaan pertahanan dan program2 sulit. Dan pada 1990 dunia masih dalam keadaan trauma ekoran ketakutan pasca Perang Dingin , Perang Iraq, Perang Lebanon, Kejayaan penawanan Vietnam Selatan oleh Rejim Komunis dan lain2, pendekatan era 1990an adalah kedaan dunia yang masih kucar kacir.
Abad baru 2000 pula bermula dengan peristiwa 9/11 yang mengakibatkan Perang Salib Moden dan Agenda Perang Neo Conservative tercetus. Setiap negara Islam menjadi suspek 9/11 dan berkemungkinan diserang atas alasan yang remeh. Adakah Malaysia masih perlu mengabaikan aspek keselamatan negara?
Tahukah anda bahawa pelabur2 Singapore dan tempatan (semestinyalah yang berpaksi pada singapore) telah membeli tanah untuk dibagunkan dengan padang golf? dikatan jumlahnya sehingga 30 buah padang golf yang berdekatan dengan kedudukan Singapore yang sangat memudahkan untuk dipergunakan sebagai pendaratan tentera Singapore melaui Helikopter. Padang2 golf berkenaan sebenarnya sangat berguna dan strategik untuk Singapore sebagai DUAL USE UTILITY( dwi kegunaan).
Sedangkan pemimpin2 politik Malaysia dan Tentera sememangnya meletakkan Singapore ketika itu sbg negara yang paling berpotensi melancarkan tindakan agresif atas beberapa kajian dan perisikan sulit serta pengalaman lalu.
Mengapa pula Kuek Ser Kuang Keng dan Malaysiakini mahukan ketelusan untuk segala galanya berhubung perolehan dan pembelian aset pertahanan yang sulit?
Adakah mahu aset pertahanan negara dan spesifikasi yang adakalanya sulit perlu didedahkan kepada umum supaya maklumat tersebut juga terdedah kepada negara asing terutamanya Singapore?
Kedua dua angkatan tentera sebenarnya didalam mode peperangan saraf , perisikan dan elektronik. Ramai yang tidak tau setiap pembelian senjatan Malaysia akan dibalas dengan segera dengan pembelian senjata yang lebih canggih dan mahal oleh republik komunis tersebut tanpa ada logika keperluan keselamatan untuk sebuah negara kecil pulau tersebut MELAINKAN IA MEMPUNYAI AGENDA OFENSIF DAN PRE EMPTIVE
Mengapa Kuek Ser Kuang Keng tidak menimbulkan soal tersebut? Adakah semata mata kerana tidak mahu mengusik Kiblat mereka?
Mengapa Kuek Ser Kuang Keng tidak menimbulkan soal perbelanjaan pertahanan Singapore yang tinggi sedangkan ramai lagi rakyatnya yang dihimpit kemiskinan dan kenaikan taraf hidup yang membebankan?
Singapore mempunyai belanjawan pertahanan sebanyak US$11.4 bil..tahun 2009 ( RMRM36.48 Billion) dan secara konsisten tinggi sejak bertahun lalu berbanding Malaysia RM18.232 Bil pada tahun lepas yang diagihkan kepada Pertahanan dan Keselamatan dalam Negeri tetapi tidak konsisten bergantung kepada ekonomi.
Sumber
No comments:
Post a Comment