PKR - FREEMASON

PKR - FREEMASON
The All Seing Eye

Sitelevel Spidering

Search This Blog

Wednesday, July 21, 2010

PENGALAMAN SEBENAR SAYA : ULTRA KIASU MEMANG WUJUD DI SEKOLAH DOMINASI CINA!



Apabila saya membaca blog2 serta Malaysiakini, mmg ternampak peningkatan aliran politik perkauman melibatkan bangsa Melayu dan Cina secara drastik.Namun adakah aliran ini baru berputik?

TIDAK SAMA SEKALI!

Ini mengingatkan kepada zaman persekolahan saya lebih tepat lagi zaman sekolah menengah.

Ketika berada di peringkat menengah rendah saya telah bersekolah di sebuah sekolah bantuan Kerajaan tetapi beraliran dan didominasi bangsa cina.Ia terletak di tepi Bukit Cina Melaka yang berslogan "Sekolah Berbudaya Tinggi".

Ketika itu dalam tahun awal 90an boleh dikatakan 60% pelajarnya adalah cina. Dan sebagai pelajar Melayu didalam sekolah yang didominasi cina itu hubungan kami sesama pelajar melayu adalah sangat rapat.

Kami ketika itu masih lagi anak2 kecil yang belum mengerti isu perkauman apatah lagi politik.

Saya teringat beberapa insiden yang menonjolkan sifat Ultra Kiasu dan anti Melayu Islam yang tertanam di dalam sanubari sebahagian besar masyarakat Cina sama ada dia seorang pelajar mahupun seorang guru.

Insiden Pertama
Hari tersebut adalah hari Sabtu dan sekolah tersebut mengadakan perlawanan sukan (yang saya tidak ingat perlawanan apa) dan saya bersama beberapa pelajar Melayu berehat di stadium terbuka bola keranjang. Kami telah bergurau2 dengan seorang pelajar cina. Namun gurauan tersebut adakalanya agak kasar.
Namun tiba2 datang segerombolan pelajar2 cina ke stadium tersebut dan terlihat insiden itu lalu menyalah sangka kami membuli pelajar cina itu.
Anda nak tahu apa kata pelajar2 cina tersebut?            "Hey! Melayu!!"

Insiden Kedua
Kami di dalam sebuah kelas ( Pendidikan Sains) dan entah mengapa guru sains itu tidak datang lalu seorang guru wanita yang biasa mengajar Matematik datang menjaga kelas itu.
Dan entah mengapa Puan Gan telah memarahi pelajar melayu dan memberi syarahan kepada seisi kelas betapa dia tidak puas hati pada Kerajaan kerana memberi peruntukan untuk membina masjid masjid Islam.

Insiden ketiga
Pengajaran kelas kifayah dan fardu ain dijalankan di sebuah bilik yang terletak dibawah tanah Dewan Besar sekolah tersebut yang diatas dijalankan aktiviti kebudayaan cina walaupun ada kelas kosong yang tidak digunakan.

Insiden Keempat
Pelajar2 melayu dituduh sebagai "penipu antarabangsa" yang diluahkan dengan penuh emosi gara2 segelintir pelajar2 melayu tidak membawa alat2 lukisan.

Jadi bagi saya isu orang cina tidak menyukai orang melayu dalam diam bukan baru. Saya sendiri mengalaminya dari anak kecil
Tidak dinafikan ada segelintir guru cina dan pelajar cina yang baik dan menghormati kaum lain. Namun bilangan mereka tidak ramai.

No comments:

Post a Comment