SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2010
Di kesempatan ini Tamingsariblog ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada Melayu-melayu dan muslimin Umno, PAS dan PKR...serta seluruh pemuda pemudi Melayu yang berada diatas pagar politik. Maaf Zahir dan Batin.... marilah Ambo berceloteh skit nak dekat2 rayo ni
Disamping kita bergembira menyambut hari kemenangan tersebut bersama-samalah kita bermuhasabah dan mengenal diri masing2 yang telah ditakdirkan Allah menjadi seorang MELAYU dan MUSLIMIN... Adakah kita menjadi Melayu tanpa bersebab??
Adakah anda mengakui melayu adalah rasis? Jawapan nya anda harus jawap selepas membaca beberapa fakta yang ingin Pisau ketengahkan.
Semenjak dua menjak dengan kepanasan suhu politik negara, kita di war war kan dengan hak kesamarataan yang di juarai oleh PR,PAS,DAP & PKR
Mereka dengan jelas menolak akan hak istimewa bumiputra dan mengata tidak relevan didalam kancah politik era baru di tanah air.
Mereka dengan jelas menolak akan hak istimewa bumiputra dan mengata tidak relevan didalam kancah politik era baru di tanah air.
“Politik cara UMNO & BN sudah ketinggalan,PKR memperjuangkan hak sama rata tanpa mengenal perbezaan kaum”,itu lah kata kata calon PKR yang bakal bertanding di Penanti hujung bulan Mei ini.
Apabila perkara ini dilaungkan & di promosi sebagai manefesto parti politik masing masing,menterjemahkan satu sentimen yang jelas menolak hak istimewa orang melayu dan bumiputra pada am nya.
Apabila perkara ini dilaungkan & di promosi sebagai manefesto parti politik masing masing,menterjemahkan satu sentimen yang jelas menolak hak istimewa orang melayu dan bumiputra pada am nya.
Yang menarik nya pemimpin politik melayu sendiri yang di pimpin oleh Anwar Ibrahim mempromosi hak sama rata,yang jelas mempunyai persamaan di Singapura.
UMNO yang menjadi tunjang didalam kompenan BN terlalu mementingkan ketuanan melayu & hak hak bumiputra. Mengapa?
Walaupun UMNO memimpin kerajaan BN,namun segala tindakan dasar yang di laksanakan tetap adil dan saksama mengikut komposisi perbezaan majoriti & minoriti.Namun dengan jelas tidak mengorbankan hak hak bumiputra yang mempunyai 66% majoriti.
Kenapa UMNO di tuduh rasis,melayu di tuduh rasis? Wajarkah melayu di tuduh sedemikian rupa?
Wajarkah Melayu PAS & PKR memperjuangankan hak sama rata? yang akhirnya menguntungkan DAP,MCA, Gerakan & MIC
Bagi mencapai kemajuan negara Malaysia seluruhnya, kaum Melayu perlu dimajukan dengan saksama. Tetapi ini bukanlah perkara mudah. Umpamanya, enam tahun lalu, Tun Mahathir Mohamad, Perdana Menteri pada masa itu menyatakan bahawa hanya 25%
daripada pelajar Malaysia di seluruh dunia mempelajari ijazah pertama terdiri daripada kaum Melayu. Lalu beliau menyatakan hasrat menambah bilangan pelajar Melayu di institusi pengajian tinggi. Ini adalah hasrat yang wajar.

Pada masa itu pelajar di institusi pengajian tinggi swasta berjumlah lebih daripada 200,000 orang. Hanya 15% (30,000 orang) daripadanya
pelajar Melayu. Pelajar di institusi pengajian tinggi awam pula berjumlah 170,000 orang dan 55% (93,500 orang) adalah pelajar Melayu. Ini bermakna hanya 123,500 orang adalah pelajar Melayu daripada 370,000 pelajar di institusi pengajian tinggi. Ini adalah 33.3% sahaja, padahal pada masa ini, nisbah jumlah penduduk Bumiputera adalah 66% berbanding dengan penduduk bukan Bumiputera.

Malangnya hasrat Tun Mahathir ditolak oleh Kabinet melalui Datuk Dr. Ling Liong Sik yang mengatakan penambahan pelajar Melayu itu tidak boleh melibatkan institusi pengajian tinggi swasta. Pada hal inilah yang mengakibatkan ketidakseimbangan itu. Di samping itu ada peristiwa lain yang menunjukkan perkembangan yang tidak sihat. Penubuhan Kolej Era Baru di Kajang dianggap oleh Dong Jia Zong (Grakan Pendidikan Cina) sebagai menggantikan Universiti Merdeka.
Ini bermakna bahasa Cina menjadi bahasa penghantar utama, walaupun Universiti Merdeka telah ditolak oleh mahkamah. Apa yang berlaku sekarang ialah Kolej Era Baru telah
menggantikan Universiti Merdeka, pada hal Kolej Tunku Abdul Rahman diwujudkan bagi menggantikan Universiti Merdeka masih juga wujud dan diteruskan. Seterusnya, MCA meminta supaya Kolej Tunku Abdul Rahman dinaikkan taraf menjadi universiti. Ini dipersetujui oleh Kerajaan Barisan Nasional. Tetapi, di samping itu Kolej Tunku Abdul Rahman masih wujud dan diteruskan.

Tetapi, ingatkah kita, apabila Institut Perguruan Sultan Idris dinaikkan taraf menjadi universiti, IPSI dihapuskan. Juga, apabila ITM dinaikkan taraf menjadi universiti, ITM dihapuskan.
Bagaikan apa yang diberi kepada kaum Cina tidak mencukupi, Kerajaan Negeri Perak (BN)menghadiahkan pula 200 hektar tanah untuk Kolej Tunku Abdul Rahman.Dan Semasa kerajaan PR memerintah di Perak Nizar turut meluluskan tanah seluar 1000 ekar yang pada asal nya permohonan hanyalah 100 ekar, Kemudian, pemimpin UMNO memberi pula 15% tempat di MRSM kepada pelajar Cina. Baik sungguh hati orang Melayu.

Dalam keadaan sekarang, kita memerlukan ketegasan daripada pimpinan, UMNO mahupun PAS. Kita tidak boleh lagi melayan tuntutan demi tuntutan, tuntutan yang akhirnya merosakkan keseimbangan antara kaum. Keseimbangan yang merosakkan kaum Melayu. Kaum Melayu sudah banyak beralah.
Pada tahun 1955, dalam pilihan raya parlimen pertama, 50 daripada 52 kawasan pilihan raya mempunyai majoriti pengundi Melayu. Tetapi UMNO memberi 17 kawasan itu kepada MCA dan MIC, iaitu 750% lebih daripada sewajarnya. Undi Melayulah yang memenangkan mereka.
Sekali lagi pada tahun 1957, satu persefahaman lain dibuat. Dari 31 Ogos 1957 hingga 31 Ogos 1958, kaum bukan Melayu yang mempunyai kelayakan pemastautinan dan lain-lain, tetapi tidak mengetahui bahasa kebangsaan, iaitu bahasa Melayu dibolehkan mendapatkan hak kerakyatan Persekutuan Tanah Melayu. Dalam masa satu tahun, lebih daripada 800,000 orang bukan Melayu menjadi warganegara. Ini adalah satu kelonggaran yang luar biasa. Kerajaan Perikatan juga menyediakan pendidikan aliran Cina dari darjah satu hingga enam dengan membelanjakan kewangan negara. Pada hal negara lain seperti kita tidak melakukannya. Banyak peristiwa begini dalam sejarah kita. Kita perlu tahu sejarah kita. Juga kaum bukan Melayu perlu tahu.
Pemimpin Melayu perlu menerangkan peristiwa penting ini kepada pemimpin bukan Melayu. Mereka seterusnya boleh menerangkannya kepada kaum masing masing,supaya mereka bersetuju dengan dasar-dasar yang digubal sekarang. Dasar seperti Dasar Ekonomi Baru adalah digubal bagi mencari keamanan. Banyak matlamatnya yang dicapai, tetapi masih banyak lagi yang perlu dijayakan.
Dalam hal kepentingan Melayu, UMNO dan PAS perlu bekerjasama. Kepentingan Melayu adalah lebih penting daripada kepentingan parti, terutama dalam bidang agama,pendidikan dan ekonomi. Kita perlu bersepakat untuk survival bangsa kita.
Pemimpin-pemimpin Melayu perlu tahu di mana garis pemisah antara tuntutan yang wajar dengan yang melampau.
Pemimpin-pemimpin Melayu perlu tahu di mana garis pemisah antara tuntutan yang wajar dengan yang melampau.
Sebagai contoh,nisbah agihan kemasukan pelajar ke IPTA yang sudah lama digunakan ialah 55% Bumiputera dan 45% bukan Bumiputera. Ini adalah menurut nisbah komposisi penduduk Malaysia. Tetapi, menurut bancian tahun 2000, jumlah kaum Bumiputera meningkat menjadi 66% dan bukan Bumiputera menurun menjadi 34%. Oleh sebab itu, nisbah kemasukan ke IPTA juga perlu diselaraskan menurut nisbah penduduk sekarang.
Kita bukan mengungkit
Kita bukan ada perkauman
Kita telah banyak berkorban
Kita bukan ada perkauman
Kita telah banyak berkorban
BUMIPUTRA 66%/NON BUMI 34%
Wajarkah hak sama rata di perjuangkan oleh PKR dan; PAS?
Wajarkah tanah 999tahun di beri kepada penduduk kg baru?
Wajarkah DEB di hapuskan?
Wajarkah majoriti 66% berkongsi hak sama rata kepada minoriti 34%?
Wajarkah kita melayan tuntutan mengarut oleh sebilangan pemimpin bukan melayu?
Wajarkah Anwar & PAS membenarkan nama Allah di pakai kaum minoriti?
Wajarkah majoriti di kongkong oleh minoriti?
Wajarkah majoriti ekonominya yang di kuasai minoriti?
Wajarkah majoriti memberi kerusi TPM kepada minoriti?
Wajarkah kita memberi mereka yang menuntut hak sama rata,Malaysian Malaysia mengekalkan sekolah vernukular?
Wajarkah mereka menuntut hak sama rata,pada ketika meraka sendiri tidak mampu berbahasa melayu dengan baik?
Wajarkah anda menyokong perjuangan politik yang mengadai hak bangsa sendiri?
Adakah anda yang berbeza fahaman politik terlalu berlembut demi tuntutan kuasa politik?
DIMANAKAH KEWAJARAN NYA?
ADA KAH ANDA RASIS?
Atau adakah anda pengadai hak bangsa sendiri?
MELAYU UMNO,PAS dan PKR HARUS JAWAP DALAM PERSOALAN INI!
RELEVAN KAH KETUANAN MELAYU DI TANAH AIR SENDIRI?
WAJARKAH 66% MENUNTUT HAK SENDIRI?
WAJARKAH 66% MENUNTUT HAK SENDIRI?
Maaf Zahir dan Batin
No comments:
Post a Comment