PKR - FREEMASON

PKR - FREEMASON
The All Seing Eye

Sitelevel Spidering

Search This Blog

Wednesday, December 22, 2010

EDISI LAHANAT: Nazri Aziz dan Teksi

Tamingsari mulai hari ini memperkenalkan EDISI LAHANAT

Apakah EDISI LAHANAT?

EDISI LAHANAT adalah untuk memperkatakan pelbagai salah laku, modus operandi, ketidak adilan yang dilakukan oleh para Totok politik Malaysia tidak kira sama ada kerajaan mahupun Pakatan pembangkang yang 'suci'


EDISI LAHANAT 1 dimulakan dengan: EDISI LAHANAT: Nazri Aziz dan teksi


Teksi Sabah guna kadar tambang baru

Penumpang bayar RM10 bagi 3 kilometer pertama

KOTA KINABALU: Penumpang teksi di bandar raya ini dikenakan tambang permulaan RM10 bagi tiga kilometer pertama, manakala bagi setiap 100 meter berikutnya dikenakan bayaran 12 sen, mulai 1 Januari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, berkata pelaksanaan kadar tambang teksi bermeter itu membabitkan 869 teksi bagi memastikan penumpang tidak dibebani masalah pemandu teksi yang meletakkan kadar tambang sesuka hati seperti sekarang.
Bagaimanapun, katanya, pelaksanaan penggunaan teksi bermeter di Sandakan, Tawau dan Lahad Datu yang sepatutnya berkuat kuasa juga pada tarikh berkenaan terpaksa ditangguhkan berikutan pelbagai masalah.

“Saya diberitahu cadangan untuk melaksanakan penggunaan teksi bermeter di ketiga-tiga daerah itu menghadapi sedikit masalah. Oleh itu, saya nasihatkan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) supaya menangguhkan cadangan hingga ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

“Saya nasihatkan penumpang teksi supaya memastikan pemandu memasang meter untuk mengelakkan mereka ditipu,” katanya pada sidang media ketika mengunjungi LPKP Sabah, di sini semalam.

Turut hadir, Pengarah LPKP Sabah, Yozimah Jasni.
Kini terdapat 1,011 teksi beroperasi di Tawau manakala Sandakan (698) dan Lahad Datu (69).

Mohamed Nazri juga berkata, pembinaan Terminal Bas Wawasan dan perhentian teksi yang baru di bandar raya ini dijangka dimulakan Mei tahun depan dengan kos RM13 juta.

Tender bagi pembinaan Terminal Bas Wawasan akan dikeluarkan Februari depan manakala perhentian teksi pada Januari ini. Terminal itu dijangka mampu disiapkan dalam tempoh 18 bulan dan perhentian teksi selama 12 bulan.

Beliau turut mengumumkan pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Kapor, Datuk Teo Chee Kang sebagai Pengerusi LPKP Sabah yang baru, berkuat kuasa 1 Januari ini.

Komen Tamingsariblog : 

Sediakan payung sebelum ujan
Di semenanjung terutama di klang valley...berjaga-jaga ya ... seploh hengget dah jadi mcm sengget  
 
Nazri ni memang dasar Pailang,... tak cukup dengan tunduk kepada Namababee dan sering mengkritik hak-hak orang melayu.... pendek kata dia ni memang tokoh kontroversi lah

Ei Nazri (geli tekak aku sebut nama ni) ko ingat seploh hengget tu kecik ke? mentang-mentang ko tu banyak pengaruh dalam LPKP sukahati ko je nak buat apa pun.... konon untuk kebajikan pemandu teksi Go da hell lah. Ko patutnya urus dulu kompeni teksi tu....tu punca masalah.

Tapi takpelah kan bak kata pepatah Pak Najib = Rakyat didahulukan (menerima beban), Pencapaian (poket) diutamakan

Semenjak dah sibuk sibuk dengan NKRA lah, MBE lah, semuanya nak naik ...itu naik...ini naik.... mentang2lah sokongan dah naik kan(kononnyalah)...biasalah orang perasan kuat selalu cakap mcm tu mane nak insaf......


Go da hell lah Nazri Go da Hell

No comments:

Post a Comment