PKR - FREEMASON

PKR - FREEMASON
The All Seing Eye

Sitelevel Spidering

Search This Blog

Saturday, December 4, 2010

Kenaikan 4-1 lagi : gara-gara sokongan terhadap BN pulih

Semalam Kerajaan telah mengumumkan kenaikan 5 barangan penting termasuk petrol.

Dalam peristiwa yang berlaku semalam, Kenaikan petrol kali ini membabitkan RON 95 dengan kenaikan seklali lagi sebanyak 5sen. Turut mengalami kenaikan adalah gula dengan kenaikan 20sen.

Kenaikan ini pasti akan memberi kesan kepada makro ekonomi rakyat dengan peniaga turut akan menaikkan harga barang dagangan mereka.

Turut akan mengalami kesannya ialah sokongan terhadap kerajaan BN yang dipimpin En. Najib yang menyatakan dari Phnom Penh bahawa sokongan rakyat terhadap kerajaan BN telah pulih..... apakah itu tanda terima kasih kepada rakyat bila masa sokongan rakyat terhadap BN meningkat??

Asal pulih je sokongan.... naikkan harga barang..... itukah kebijakan pemikiran pemimpin negara?
Berposak untuk menyiapkan pelan MEB sejak dari awal tahun yang tidak memberi apa apa janji yang kukuh kepada orang melayu. Inikah bukti keadaan ekonomi negara dalam keadaan baik dengan jangkaan KDNK untuk tahun ini mencecah 6%?

Zaman DR.M dahulu tidak pernah perasaan ini timbul  hatta KDNK negara melebihi 7%

Barang tetap naik..rakyat masih mampu menerima walaupun kepahitan tersebut akan berangkai dan menjelma, sedangkan rakyat tidak melihat apa apa perubahan positif dalam kehidupan mereka.

Rakyat sebenarnya sedang tersepit dengan keadaan ekonomi mereka yang semakin tertekan dengan pelbagai kenaikan harga.(menambahkan sakit di hati rakyat kenaikan berlaku selalunya secara mengejut pada tengah malam-semacam melakukan perkara yang dibenci). Kenaikan pula berlaku hanya selang sehari selepas kenaikan mengejut RON97.
Kadar gaji rakyat masih ditahap lama. Ya kami masih bersyukur kerana masih boleh makan dan minum, namun jika hendak dikatakan Malaysia menuju kearah negara maju... inikah bukti betapa seksanya status negara maju?

Nasib baik ada berita gembira (sedikit sahaja) bahawa kadar saman ekor dikurangkan 50% jika dijelaskan dalam tempoh 15hari seperti yang diumumkan beberapa hari lepas namun bagaimana pula dengan saman ekor lama? tiadakah kelepasan?

Rakyat kini sebenarnya rasa sakit dan terkena, walau apa pun alasan yang pemimpin berikan dengan pelbagai kenaikan ini. walaupun dia merupakan penyokong Barisan Nasional.

Situasi ini pasti akan memberikan kesan kepada pilihan raya umum ke 13 yang dijangkan berlaku dalam tempoh terdekat Tahun 2011.

Adakah orang melayu mampu mengekalkan momentum sokongan terhadap BN dan pada masa yang sama merekalah golongan yang paling merasai pelbagai kenaikan ini?

Apa kata anda? Apa kata blogger mesra kerajaan?

No comments:

Post a Comment