PKR - FREEMASON

PKR - FREEMASON
The All Seing Eye

Sitelevel Spidering

Search This Blog

Showing posts with label pdrm. Show all posts
Showing posts with label pdrm. Show all posts

Friday, May 14, 2010

Keluarga Aminulrasyid tidak akan desak polis mohon maaf



Keluarga Aminulrasyid Amzah tidak akan mendesak agar polis memohon maaf dan menyerahkannya kepada mahkamah untuk membuat keputusan berhubung insiden tembakan yang meragut nyawa pelajar sekolah yang berumur 15 tahun itu.
"Saya tidak akan mendesak satu permohonan maaf daripada polis. Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berhak untuk menyatakan apa sahaja yang beliau mahu,” kata ibu Aminulrasyid, Norsiah Mohamad, 61, di rumahnya di Jalan Makyong 11/2G dekat sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Musa semalam bahawa polis tidak akan memohon maaf atas insiden itu kerana ia mungkin memberi implikasi perundangan kerana kes itu dibicarakan di mahkamah.
Norsiah, yang kecewa dengan kenyataan terbaru daripada polis berkata beliau tidak mahu memberi sebarang ulasan lagi mengenai kes itu.
"Anak saya telah tiada. Dia tidak akan kembali. Saya tidak lagi mahu memberi sebarang komen. Saya telah luahkan apa yang saya ingin katakan,” katanya. - Bernama

Tuesday, May 11, 2010


SETELAH POLIS TERLIBAT DIDAKWA KELUARGA TUNTUT KERAJAAN DAN POLIS MINTAK MAAF



Keluarga Aminulrasyid Amzah - pelajar 15 tahun yang ditembak polis hujung bulan lalu - menuntut pihak kerajaan dan polis supaya memohon maaf kepada mereka dan membersihkan nama arwah daripada dilabelkan penjenayah.

Friday, May 7, 2010


LAGI SAKSI TRAGEDI BUAT KENYATAAN


Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata, pemilik kenderaan yang bergesel dengan kereta yang dipandu Aminulrasyid Amzah, telah bertemu denganya dan menceritakan peristiwa sebelum remaja itu ditembak mati oleh polis pada 26 April.
Kha
lid berkata, ahli perniagaan tersebut tampil menemuinya kelmarin (Selasa) dan meminta pandangannya berhubung tindakan lanjutnya yang patut diambil.

Dia asalnya tidak mahu campur. Dia takut direman,” katanya yang enggan mendedahkan indentiti pihak terbabit buat masa ini.

Saturday, May 1, 2010

GPMS tawar Peguam pemerhati untuk keluarga Aminulrasyid


SHAH ALAM 1 Mei - Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) hari ini menawarkan khidmat peguam pemerhati kepada keluarga remaja yang mati terkena tembakan polis dalam kejadian Isnin lalu, Aminulrasyid Amzah, 15.
Timbalan Presiden GPMS, Rosdi Amir berkata, tawaran itu dibuat untuk menyalurkan maklumat sebenar sekiranya terdapat prosiding mahkamah bagi memastikan kes berkenaan tidak dimanipulasi atau disensasikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Tuesday, April 13, 2010

Apalah APCO berbanding dengan hubungan Anwar dan Yahudi Zionis?

Dalam gawat gawat isu APCO dan PDRM memang tidak dapat dinafikan ada kebenaran dan kejanggalan dalam isu tersebut. Kebenaran tidak harus dinafikan walau dari sesiapa sahaja. Namun adakah dalam isu APCO motif disebalik tindakan tersebut bersifat disengajakan atau atas dasar kejahilan pegawai2 kerajaan dan PDRM? 
Dalam dunia global sekarang ini satu hakikat yang tidak dapat dinafikan ialah YAHUDI MENGUASAI DUNIA. Anda suka atau tidak suka terpaksa menelan kenyataan pahit tersebut. Malah tidak keterlaluan untuk menyatakan masyarakat moden dunia tidak boleh hidup tanpa Yahudi dan pengaruhmereka serta produk2 mereka dalam segenap aspek kehidupan. Dari soal pemakanan, minyak (boikot petronas pergi ke Shell dll sama je), alat komputer, hiburan, tv, hingga ke ASTRO segalanya diresapi Israeliyyat. Hanya duduk terpencil di tengah hutan dan gurun sahaja anda terpisah dari ppengaruh Yahudi. Pendek kata tanpa Yahudi kita mati bukan mati kebuluran tapi mati kebosanan.
Namun jika diperhatikan terdapat perbezaan yang nyata di antara hubungan PDRM dan APCO dengan hubungan Anwar dan Zionis. Anwar bukan ketua kerajaan tetapi mempunyai hubungan istimewa dengan kumpulan2 yahudi yang biasa di datangi dan mendatangi kerajaan2 pelusuk dunia.
Diantara pengaruh ideologi dengan  hubungan perniagaan mana lebih bahaya ?.Malah Anwar terbabit dengan bangsawan2 AIPAC - gergasi lobi yahudi nombor satu paling gagah di Amerika Syarikat sekaligus dengan golongan Neo-Kon dan para Iluminati Kumpulan Bilderberg yang ditaja oleh Empayar Dinasti  Rothschild dan Dinasti Rockafeller

Kehebatan Zionis dalam memecah perintah dan menguasai dunia tidak dapat disangkal oleh sesiapa pun lagi, malah antara yang banyak mendedahkan isu zionis ini adalah org2 kristian barat sendiri yang kemudia di cap sebagai Anti semit ( macam senario Malaysia melayu dituduh rasis)