PKR - FREEMASON

PKR - FREEMASON
The All Seing Eye

Sitelevel Spidering

Search This Blog

Saturday, May 1, 2010

GPMS tawar Peguam pemerhati untuk keluarga Aminulrasyid


SHAH ALAM 1 Mei - Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) hari ini menawarkan khidmat peguam pemerhati kepada keluarga remaja yang mati terkena tembakan polis dalam kejadian Isnin lalu, Aminulrasyid Amzah, 15.
Timbalan Presiden GPMS, Rosdi Amir berkata, tawaran itu dibuat untuk menyalurkan maklumat sebenar sekiranya terdapat prosiding mahkamah bagi memastikan kes berkenaan tidak dimanipulasi atau disensasikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili pelajar, kita terpanggil untuk tampil mengetahui kejadian sebenar kes ini dan menawarkan bantuan yang boleh kepada keluarga mangsa,” katanya kepada pemberita selepas menziarahi keluarga Aminulrasyid di Jalan Mak Yong 11/2G, di Seksyen 11 di sini hari ini.
Beliau berkata, peguam pemerhati yang ditawarkan itu terdiri daripada peguam yang juga merupakan anggota GPMS.
Rosidi berkata, GPMS juga berharap tiada pihak yang mempolitikkan isu terbabit kerana tidak adil bagi keluarga mangsa apabila sesetengah pihak menjadikan kes ini sebagai platform untuk kepentingan politik mereka. - Bernama

No comments:

Post a Comment