PKR - FREEMASON

PKR - FREEMASON
The All Seing Eye

Sitelevel Spidering

Search This Blog

Sunday, May 16, 2010

Nik Aziz: DAP tetap boleh guna kalimah Allah
















Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tetap berpegang kepada kenyataannya bahawa pemimpin parti politik bukan Islam, termasuk DAP boleh menggunakan kalimah Allah demi kepentingan politik mereka.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, walaupun kenyataannya itu bercanggah dengan kenyataan Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Haron Din, yang tidak mahu DAP menggunakan kalimah Allah dalam kempen parti politiknya, namun beliau tetap berpendirian ia dibolehkan dalam Islam.

"Itu kata (jawapan) dia (Datuk Haron)...tapi saya kata boleh. Biarlah dia (Datuk Haron) bersedia menerima jawapan balas. Itu jawapan dia, jawapan saya kata boleh," katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai kenyataan Haron supaya DAP menarik balik penggunaan kalimah Allah dalam kempen politiknya.

Terdahulu, Nik Abdul Aziz melepaskan peserta jelajah kereta mewah menerusi Program JPM Super Drive Challenge KB 2010 di perkarangan Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, di Kota Bharu hari ini.

- Bernama (Malaysiakini)
Penulis : Begitulah angkuhnya seorang ulama. Tiada langsung erti demokrasi apatah lagi sistem Syura dalam pentadbiran PAS. PAS telah menjadi parti milik Nik Aziz Sdn Bhd.

No comments:

Post a Comment