PKR - FREEMASON

PKR - FREEMASON
The All Seing Eye

Sitelevel Spidering

Search This Blog

Wednesday, May 26, 2010

KISAH NOR MOHAMMED YAKCOP : BILION RINGGIT WANG RAKYAT LESAP DI TANGANNYA


Dipetik dari The Unspinners untuk penyebaran awam
Bukti ketelusan dan sikap bloggers pro kerajaan yang bersikap telus dan adil tidak seperti bloggers pro pembangkang



Di sini ada cerita pasal Tan Sri Nor Mohd Yakcop – seorang korup dan penipu yang begitu licik dan licin dalam hal menipu orang.

Kawan ini mempunyai kebolehan luar biasa menelan duit rakyat dan merugikan berbillion ringgit duit negara. Tapi yang menjadi pelik ialah bagaimana dia boleh bertahan begini lama, malah dinaikkan pangkat lagi menjadi Menteri Kabinet.

Terkini yang kami dapat maklumat dari seorang sahabat dari dalam UPE (Unit Perancang Ekonomi) bahawa Nor Mohd sedang berusaha songlap kontrak projek Hospital Wanita bernilai RM800 Juta.

Seorang kroninya sudah buat permohonan atas nama sebuah syarikat dengan modal berbayar RM2.00 saja (2 Dollar Paid Up company).

Sebuah lagi syarikat kepunyaan Nor Mohd ialah Kemuncak Facilities Management Sdn Bhd (634787-U) beralamat di 1401-1 Level 14, Tower 1, Kelana Brem Tower, Jalan SS7/15 (Jalan Stadium), 47301 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia, Tel: +603 7806 3388 Fax: +603 7806 3332. www.kfmsolutions.com.my

Setakat ini syarikat ini telah sapu begitu banyak kontrak untuk membersih bangunan (cleaning and maintenance contract) bagi Jabatan Kerajaan, Universiti Awam dan Hospital.

Mengikut laman web mereka, KFM sekarang memegang kontrak ‘cleaning and maintenance’ bagi bangunan kerajaan yang berikut:
i) Hospital: Hospital Ampang, Hospital Sg. Buloh, Hospital Serdang, Hospital Alor Setar, Hospital Sg. Petani, Hospital Cameron Highlands, Hospital Pekan, Hospital Temerloh, Hospital Jempol.

ii) Mahkamah: Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta, Kompleks Mahkamah Alor Setar, Kedah, Kompleks Mahkamah Pulau Pinang, Kompleks Mahkamah Petaling Jaya, Selangor

iii) Jabatan Kerajaan: Jabatan Kerja Raya, the Palace of Justice (Putrajaya), Universiti Teknnologi MARA (UiTM) dan Majlis Daerah serta Majlis Perbandaran di seluruh negara.
Daripada hanya 10 orang pekerja pengutip sampah dan pencuci tandas bangsa Bangladesh pada tahun 2003, KFM sekarang mempunyai 4,300 pekerja yang sebahagian besarnya ialah pekerja Bangladesh juga.

Cuba bayangkan, dalam tempoh tujuh tahun saja, syarikat kepunyaan geng mamak Pulau Pinang ini telah berkembang 430 kali ganda (dari segi penambahan pekerja).

Dalam tempoh tujuh tahun saja, pendapatan syarikat juga telah naik daripada beberapa puluh ribu Ringgit setahun menjadi beratus Juta Ringgit setahun.

Lonjakan perniagaan KFM yang sebegitu pesat ini jauh melebihi syarikat-syarikat taraf dunia seperti Toyota, Petronas, Citibank, Singapore Airlines dan Air Asia.

Semua ini boleh berlaju sebab penaung besar syarikat ini adalah Tan Sri Nor Mohd Yakcop, seorang Menteri Kabinet yang licik dan lincah menyusun langkahnya.

Sudah tentu syarikat KFM meletakkan harga yang berlipat kali ganda untuk kontrak ‘cuci tandas’ mereka. Memang inilah ‘style’ Nor Mohd Yakcop daripada dulu lagi. Sila baca dengan rapi.

Dalam perkembangan terkini, KFM melalui penaungnya Nor Mohd sedang cuba untuk mendapatkan kontrak ‘cleaning and maintenance’ untuk semua Penjara di Malaysia seperti Penjara Kajang, Penjara Sungai Buloh dsbnya.

Nama-nama pengurusan syarikat ini seperti berikut: Nurolamin Abas, Fardan Abdul Majeeed, Muzamil Mirza Mahmoood Mirza, Riza A.B. dsbnya. Semuanya nama mamak yang cun.

Sejak Nor Mohd Yakcop menjadi Pengutus di Bank Negara Malaysia, beliau telah mengakibatkan kerugian berpuluh billion Ringgit wang rakyat Malaysia. Dan kerugian ini masih berterusan.

Dulu kita ingat dia hanya melakukan kesilapan besar yang mengakibatkan kerugian berpuluh billion Ringgit duit Bank Negara (duit rakyat), sekarang kita dapat tahu bahawa dia sebenarnya mengambil kesempatan untuk cap duit masuk kocek sendiri.

Sewaktu di Bank Negara, Nor Mohd bertanggung jawab menjaga simpanan rizab matawang asing kepunyaan Bank Negara (foreign currency reserves). Dia juga bertanggung jawab menjaga nilai matawang Ringgit Malaysia. Di sinilah Nor Mohd telah melakukan perbuatan haram dan jenayah yang masih tidak diketahui ramai.

Dia telah melibatkan diri dalam jual-beli matawang Ringgit Malaysia untuk menguntungkan diri sendiri. Caranya begini.

Untuk menstabilkan kadar pertukaran matawang Ringgit/US Dollar, Ringgit/Spore Dollar, Ringgit/Yen Jepun dsbnya Bank Negara akan menjual dan membeli matawang asing yang berkenaan. Jika nilai Ringgit jatuh berbanding dengan US Dollar, Bank Negara akan segera menjual sedikit sebanyak daripada simpanan US Dollar. Ini akan mengakibatkan nilai Ringgit berbanding US Dollar naik semula.

Jika nilai Ringgit jatuh berbanding Yen Jepun, Bank Negara akan menjual Yen Jepun dalam simpanan rizabnya yang akan mengakibatkan Ringgit naik balik berbanding Yen Jepun.

Bagi Money Traders, “Broker” dan “Forex Traders” pula, mimpi idaman mereka ialah jika mereka boleh tahu matawang apakah yang Bank Negara bakal menjual dan banyak manakah Bank Negara akan jual pada esok hari. Sebab sudah tentu nilai Ringgit akan naik. Sesiapa yang tahu maklumat ini (insider trading) lebih awal, maka bolehlah mereka membuat keuntungan yang tersangat besar.

Nasib baik yang sungguh menakjubkan ini telah jatuh ke riba seorang bekas Money Broker keturunan anak India Muslim warganegara India bernama Ayub bin Ali, seorang kawan karib Nor Mohd sehingga hari ini.

Pada masa itu Ayub bin Ali bekerja di Singapura untuk Banker’s Trust. Sebelum itu, dia bekerja dengan Citibank, Kuala Lumpur dan Singapore.

Nor Mohd akan menelefon si Ayub untuk memberitahunya perancangan jual beli matawang asing oleh Bank Negara pada hari tertentu. Banyak mana dan bila Bank Negara akan membeli atau menjual matawang asing untuk menstabilkan nilai Ringgit.

Contohnya:
Jika Nor Mohd ingin menjual 50 juta US Dollar pada hari Rabu, sudah tentu nilai Ringgit akan naik pada hari itu. Maka sehari sebelumnya iaitu pada hari Selasa, si Ayub di Singapura pula akan membeli Ringgit.

Pada hari Rabu, semasa Nor Mohd mengarahkan Bank Negara menjual 50 juta US Dollar, nilai Ringgit akan naik, walaupun beberapa sen sahaja – tapi sudah cukup untuk menghasilkan untung besar bagi si Ayub di Singapura.

Katakanlah si Ayub membeli dan kemudian menjual RM10 Juta. Jika nilai Ringgit naik tiga sen sahaja, dia akan dapat untung tiga peratus (3%) ia itu RM300,000. Dalam sekelip mata saja boleh untung RM300,000. Sudah tentu Ayub kongsi keuntungan ini dengan Nor Mohd.

Jika Ayub beli RM50 Juta, dia akan mendapat untung RM1.5 Juta – dalam sekelip mata saja. Sebenarnya ini adalah kes pecah amanah dan juga insider trading yang melibatkan Nor Mohd dan sahabatnya Ayub bin Ali.
Tapi ini adalah permainan judi matawang yang simple.

Muslihat Nor Mohd dan Ayub ini telah dapat dikesan oleh bank-bank British dan bank Wall Street di Amerika. Mereka sediakan perangkap untuk Nor Mohd.

Peluang ini timbul bila Nor Mohd menjadi terlalu tamak dan mula menceburi ‘derivatives’ dengan menggunakan simpanan rizab Bank Negara Malaysia tapi untuk menguntungkan koceknya juga.

Melalui manipulasi matawang yang lebih tersusun dan canggih, mereka telah akibatkan kejatuhan Ringgit yang cukup untuk mengakibatkan kerugian yang besar bagi Bank Negara Malaysia.

Akhir sekali rakyat Malaysia terpaksa menanggung kerugian berpuluh billion Ringgit kerana pecah amanah dua orang mamak tamak haloba ini.

Bila Nor Mohd naik menjadi Menteri, Ayub menjadi Managing Director sebuah syarikat bernama Bumiwerk Sdn Bhd. Syarikat ini menjalankan boutique Investment Banking dalam hal ehwal Bond.

Hampir kesemua staff utama adalah Cina dari Singapura dan orang warganegara asing serta token Melayu untuk marketing dan PR. Pelanggan utama Bumiwerk adalah kerajaan dan pernah terlibat dalam penerbitan Cagamas.

Siapa lagi yang kasi jalan kalau bukan Nor Mohd? Bekas budak Tingkat 4 pun Director situ. Untung Ayub yang ditinggalkan mak bapak di KL semasa kecil dan hanya pelajaran setakat Form 6.

Satu lagi perbuatan korup Nor Mohd yang diketahui adalah pecah amanah sewaktu dia menjadi kroni Anwar Ibrahim di Abrar Mun Loong. Budak-budak Anwar dalam Abrar termasuk Siddek Ghouse, Dr Wan Hasni, dll.

Nor Mohd telah diberi peluang membeli 5% saham Mun Loong Bhd. Dia telah mengambil pinjaman bank untuk membeli 5% saham syarikat Mun Loong itu.

Oleh kerana mereka tidak tahu apa pun berkenaan bisnes retailing, Mun Loong jadi bankrap. Nilai saham Mun Loong jatuh merudum. Nor Mohd panik sebab saham Mun Loong 5% itu telah menjadi cagaran dengan bank. Bila harga saham jatuh, bank pula panik dan suruh Nor Mohd bayar wang ‘top up margin’.

Pada masa itu, antara anak syarikat Abrar Group adalah Abrar Asset Management yang menjadi pemegang amanah ‘dana pelabur awam’ (asset management company).

Nor Mohd sebagai Pengerusi Abrar telah mengarahkan Abrar Asset Mgmt menggunakan hampir kesemua dana pelaburan orang awam untuk membeli saham Mun Loong.

Dengan ini, harga saham Mun Loong boleh di stabilkan dan Nor Mohd terselamat daripada cengkaman bank. Hampir 95% dana pelaburan awam yang dikendalikan oleh Abrar Asset Mgmt digunakan untuk menampung harga saham Mun Loong.

Ini adalah satu lagi kes pecah amanah oleh Nor Mohd untuk menguntungkan dirinya dengan menggunakan duit orang.

Ezam Mohd Nor (tiada kaitan) pernah membuat Laporan Polis terhadap Nor Mohd berkenaan kes pecah amanah di Abrar ini tapi tiada tindakan yang diambil. Nor Mohd Yakcop terlepas kerana Menteri Kewangan semasa itu adalah Anwar Ibrahim dan mamak ini sudah ampu baik punya Dr Mahathir.

Pada zaman Dr Mahathir, Nor Mohd diletakkan sebagai Timbalan Menteri untuk khusus membantu berkenaan masalaah matawang dan pemulihan ekonomi tetapi tidak diberi kuasa. Abdullah Badawi pula pergi lantiknya menjadi Menteri penuh dalam Kabinet.

Nor Mohd diberi kuasa untuk menyusun semula syarikat kepunyaan Kerajaan terutama sekali Khazanah. Sejak Nor Mohd bertanggungjawab ke atasnya, banyak sekali kerugian yang di alami syarikat Kerajaan GLC.

Hinggga kini yang masih dapat dikesan, syarikat GLC seperti Pos Malaysia, Sime Darby, Khazanah Nasional, Maybank dan banyak lagi menghadapai kerugian besar-besar.

Sime Darby kerugian satu billion Ringgit dan dijangka akan bertambah dengan pendedahan lain. Maybank kerugian lebih tiga billion Ringgit membeli saham bank di Indonesia pada nilai terlalu tinggi dari Temasek. Pos Malaysia kerugian setengha Billion Ringgit.

Khazanah Nasional juga kerugian berbillion Ringgit. Tetapi kerajaan masih menyambung perkhidmatan Tan Sri Azman Mokhtar atas kehendak Nor Mohd. Mungkin sekali Azman berperanan menutup kesalahan.

Pertanyaan Dr Mahathir berkenaan wang Petronas sebanyak RM290 billion yang tidak dapat diambilkira oleh pentadbiran pasti melibatkan Nor Mohd.

*Dan dalam bab terkini, Hasbi Satar SetPol Nor Mohd Yakcop ditangkap oleh SPRM atas tuduhan rasuah. Sebelum ini seorang lagi SetPol Nor Mohd bernama Norza Zakaria juga ditangkap atas tuduhan rasuah.

Hasbi Sattar ditangkap disebuah apartmen di Seberang Prai dengan jumlah wang sebanyak RM2.0 Juta tunai. Tapi apabila disoal oleh SPRM, Hasbi Sattar telah mendedahkan bahawa duit RM2.0 Juta itu bukan kepunyaan dia. Hasbi memberitahu kepada SPRM bahawa apartmen itu adalah kepunyaan isteri Nor Mohd manakala duit RM2.0 Juta itu adalah kepunyaan Nor Mohd.

Yang anehnya bukan Nor Mohd yang ditangkap atau dihadapkan ke mahkamah tetapi Hasbi Sattar yang dibuang kerja dan dihadapkan ke mahkamah.

Jadi ini menjadi kali ketiga di mana Nor Mohd terlepas daripada ditangkap atau dihadapkan ke mahkamah dan terselamat daripada dijatuhkan hukuman atas segala amalan pecah amanah dan rasuah yang dia terlibat.

Mungkin kisah Nor Mohd ini ikut pepatah Inggeris 'a cat with nine lives'. Sebenarnya dia lebih licik daripada Boss seperti Dollah Badawi dan Anwar Ibrahim dulu dan Najib Tun Razak sekarang. Nor Mohd telah memperbodohkan mereka semua. Sebenarnya Nor Mohd boleh memperbodohkan semua orang.

Setiap kali Nor Mohd terlibat dalam apa jua urusan Kerajaan dan bisnes, ianya pasti akan membawa kerugian pulohan atau setidaknya ratusan billion ringgit. Dia masih lagi songlap kontrak dan projek dengan menggunakan kroninya dari Pulau Pinang.

Apakah Kerajaan Melayu begitu buta dan bodoh sekali?

1 comment: