PKR - FREEMASON

PKR - FREEMASON
The All Seing Eye

Sitelevel Spidering

Search This Blog

Monday, April 26, 2010

Disebalik Kemenangan PRK Hulu Selangor

Mungkin juga misteri, mungkin juga sebagai Peringatan Allah kepada hamba hambanya.Cuma sebagai ingatan, berbalik kepada nombor 1725 jumlah majoriti undi yang dimenangi, kita rujuk apa yg tersirat disebalik 17:25,

Dalam Al Quran dari Surah 17 Ayat ke 25

رَّبُّكُمْ أَعْلَمُ بِمَا فِي نُفُوسِكُمْ إِن تَكُونُواْ صَالِحِينَ فَإِنَّهُ كَانَ لِلأَوَّابِينَ غَفُورًا (17:25)
(Your Sustainer is fully aware of what is in your hearts. If you are righteous, [He will forgive you your errors]:for, behold, He is much-forgiving to those who turn unto Him again and again.)

Pernyataan ini hanya sebagai peringatan yang tidak bermaksud menghina Islam dan Allah mahupun menyamakan Allah dengan segala sesuatu maupun sebagai suatu ajaran yang salah atau diseleweng. Pernyataan ini dituju kepada mereka2 yang dilabelkan Allah sebagai "manusia yang melihat". Bukan kepada mereka yang telah buta hati.

Sunday, April 25, 2010

PRK HULU SELANGOR : PKR HILANG 1 LAGI KERUSI PARLIMEN! BN MENANG BERGAYA

PRU 12 2008
PKR Menang dengan Majoriti - 198 undi


PRK Hulu Selangor 2010                                                
BN - 24,997                                                                             
PKR - 23,272
Majority -1,725
Peningkatan sokongan dari 2008 - 1923 undi

Pakatan Rakyat hari ini mengalami kekalahan pertama di kawasan yang dikuasainya apabila tewas dalam PRK Hulu Selangor kepada Barisan Nasional yang mencatat kemenangan  besar dengan penambahan majoriti lebih 1725 undi menewaskan PKR yang menang pada PRU lepas dengan majoriti 198 menjadikan PKR hilang satu lagi kerusi parlimen selepas beberapa episod MP PKR keluar parti dan pemecatan MP Zulkifli Nordin

Dalam proses demokrasi tersebut menyaksikan jumlah yang keluar mengundi meningkat berbanding pada PRU ke 12 yang lepas turut dicemari beberapa insiden panas bagaimanapun menunjukkan :

Pola pengundian menunjukkan BN mendapat kemenangan di kebanyakan kawasan Melayu dan Felda serta pola pengundi India yang telah mula kembali ke BN
Namun pola pengundia juga turut menunjukkan sokongan masyarakat cina masih tidak berubah dengan  sokongan kaum cina terhadap PR meningkat dengan ketara. BN hanya dapat menawan 25% sahaja sokongan masyarakat cina yang menunjukkan keazaman masyarakat tersebut yang telah tekad untuk mengubah kerajaan kearah sebuah Republik
Pola pengundian juga menunjukkan masyarakat melayu islam masih lagi diancam perpecahan yang serius dengan sokongan melayu terbahagi kepada dua dengan Umno menguasai kepercayaan masyarakat mealyu dengan kelebihan 20%-30% daripada PKR dan PAS

Perbandingan dibawah : kawasan cina (merah), Kawasan melayu (hijau)
Pengaruh majoriti parti ditanda (kuning)

Kg Baru Cina KKB (Chinese area), saluran 2 - PKR 203, BN 77
Kg Baru Cina KKB (Chinese area), saluran 4 - PKR 256, BN 73
Kg Baru Cina KKB (Chinese area), saluran 1 - PKR 207, BN 56 
Bandar Kuala Kubu Bahru (mixed area), saluran 1 - PKR 135, BN 82
Bandar Kuala Kubu Bahru (mixed area), saluran 2 - PKR 272, BN 212
Bandar Kuala Kubu Bahru (mixed area), saluran 3 - PKR 490, BN 205
Kg Baru Batang Kali (Chinese area), saluran 1- PKR 220, BN 58
Hulu Yam Barat (mixed area), saluran 1 - PKR 205, BN 184
Ampang Pecah (Malay area), saluran 5 - PKR 148, BN 216
Hulu Yam Barat (mixed area), saluran 1 - PKR 224, BN 168
Kg Gumut (Malay area), saluran 1 - PKR 104, BN 172
Kg Sungai Tengi Selatan (Malay Felda), saluran 1 - PKR 62, BN 176
Kuala Kalumpang (mixed area), saluran 1 - PKR 98, BN 128
Kg Baru Rasa (Chinese area), saluran 1 - PKR 301, BN 75
Kg Bahru Kerling (Chinese area), saluran 1 - PKR 268, BN 122

Jelas menunjukkan kawasan cina adalah milik PR, manakala kawasan melayu adalah milik BN, manakal kawasan dengan etnik yang bercampur2 yang juga merupakan kawasan perbandaran menyaksikan PR mendominasi kebanyakan tempat.

Hasil pola pola tersebut menunjukkan peningkatan sokongan keatas kerajaan BN dan UMNO oleh orang2 Melayu yang cemas ekoran beberapa tindakan PR yang dilihat mengancam survival Melayu dan Islam di negara ini. Pola juga menunjukkan peningkatan sokongan masyarakat India yang berasa tertipu dengan polisi PR yang dilihat melupakan janji PRU 12 serta isu Pulau Pinang.
Terdapat juga dilaporkan kes penyokong PAS tidak keluar mengundi sebagai membantah pencalonan Zaid Ibrahim dan membantah polisi tidak islamik PR sebelum ini.

Dan disebalik kemenangan tersebut PR menuduh BN menang atas kapasiti undi pos an pengundi hantu adalah dimaklumkan disini bahawa pihak PR juga mendapat jumlah undi yang mencecah ratusan (dalam 200 undi) undi  daripada sejumlah lebih 700 undi pos di kawasan tersebut.

Adalah jelas BN perlu mengambil hati dan menjaga kepentingan melayu dan india hasil keputusan PRK P Hulu Selangor. Kepentingan cina?......BN  fikir-fikirlah  adakah masih perlu terus memberi kek kepada golongan Opportunis dan cauvinis tersebut.. amalkan Tsun Tzu Art of War dalam politik.

Kini Tumpuan beralih kepada PRK Sibu Sarawak untuk melihat lagi kuasa politik cina

Pelajar elak dicekup Jais temu ajal ngeri



2010/04/25

GOMBAK: Seorang pelajar kolej yang cuba melarikan diri kerana bimbang dicekup penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) maut dalam keadaan mengerikan selepas tergelincir lalu jatuh dari tingkat lima pangsapuri, semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 1.40 pagi apabila sekumpulan penguat kuasa Jais membuat operasi cegah maksiat di sebuah pangsapuri di kawasan itu.

Katanya, berdasarkan maklumat, penguat kuasa Jais bergegas ke sebuah unit di tingkat lima yang disyaki digunakan pasangan kekasih bukan muhrim untuk melakukan maksiat.

“Penguat kuasa Jais mengetuk pintu beberapa kali sebelum terdengar bunyi objek terjatuh dari dalam kediaman itu. Tidak lama kemudian pintu dibuka oleh seorang perempuan Melayu dalam keadaan cemas dan mencurigakan,” katanya.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut mendapati pasangan terbabit cuba melarikan diri melalui tingkap yang terbuka.
“Namun, penguat kuasa Jais terkejut apabila mendapati seorang lelaki terjatuh ke bawah pangsapuri dalam keadaan tubuhnya terperosok di dalam longkang.

“Lelaki berkenaan dipercayai cuba melarikan diri dengan meniti bahagian tembok luar tingkap pangsapuri terbabit, namun terjatuh dari tingkat lima,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Pihak Jais kemudian menghubungi ambulans sebelum pegawai perubatan mengesahkan mangsa mati akibat cedera parah pada kepala dan organ dalaman.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah siasat sebelum pihak Jais membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

“Hasil siasatan awal, polis mendapati mangsa adalah pelajar kolej swasta. Keterangan teman wanitanya berhubung kejadian itu akan diambil,” katanya.

Rosly berkata, polis mengklasifikasikan kejadian itu sebagai mati mengejut tanpa membabitkan sebarang unsur jenayah.


Penulis : Inilah padahnya. Jgn salahkan mangsa dan temannya semata2. Salah utama adalah ibu bapa dan masyarakat melayu yang semakin kebendaan,materialistik dan  jauh dari amanat agama. Kalau ibu bapa melayu tiada mentaliti jual anak untuk mengahwinkan anak2 mereka tanpa kos yang banyak ini semua tak kan terjadi. Ibu bapa melayu dan islam serta masyarakat melayu dan islam secara tak langsung menanggung dosa kematian mangsa dan juga beribu ribu pasangan muda islam melayu lain yang berzina kerana tidak mampu menanggung kos tinggi perkahwinan yang dituntut budaya dan mentaliti masyarakat sekarang

Jentera PKR anggap Penggundi Hulu Selangor BODOH

Berikut kenyataan yang disampaikan petugas PKR mengenai Pengundi Hulu Selangor menyifatkan merendahkan tahap pemikiran mereka serta bukti PKR dan PAS berfungsi memecahkan undi melayu menjadikan mereka tidak boleh diharapkan dalam pilihanraya yang diambil dari MalaysiaKini yang memetik dari Bernama

Saturday, April 24, 2010


PRK HULU SELANGOR : ZAID BAKAL PENGGANTI ANWAR JIKA MENANG


Jika Zaid 'Katak Tanggang' Ibrahim menang di Hulu Selangor, berkemungkinan besar dia akan memimpin PR dan paling berkemungkinan besar pengganti Anwar Ibrahim sebagai pemimpin Agung PR dan Perdana Menteri

Ini diakui apabila melihat sokongan media antarabangsa yang juga dilihat sebagai antara faktor

Straits Times Singapore  :

KUALA LUMPUR - MALAYSIA'S opposition named a candidate seen as a successor to its leader Anwar Ibrahim to run in a by-election this month . . . Mr Anwar late on Tuesday picked Zaid Ibrahim, 59, a former law minister who quit the government in 2008, to run for the Hulu Selangor parliament seat on April 25.
Press Agencies  :

Malaysia’s opposition named a candidate seen as a successor to its leader Anwar Ibrahim to run in a by-election this month . . Anwar late on Tuesday picked Zaid Ibrahim, 59, a former law minister who quit the government in 2008, to run for the Hulu Selangor parliament seat on April 25.
HARI TERAKHIR KEMPEN HULU SELANGOR
Zentrum:Pakatan 51.7 peratusBN 48.3 peratus


Kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor terpaksa melabuhkan tirainya tepat jam 12 tengah malam ini.

Apapun, yang pasti pertembungan antara Datuk Zaid Ibrahim yang mewakili PKR dan P Kamalanathan dari BN esok dijangka sengit.

Sehingga saat ini, kedua-dua parti menggunakan tempoh kurang daripada 10 jam berkempen untuk menggerakkan jentera masing-masing hingga ke saat terakhir dalam misi menawan hati pengundi, apabilah pengundian bermula jam 8 pagi esok.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak serta timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin terus mengetuai jentera BN menggempur kawasan-kawasan yang dipercayai kubu pembangkang.

Manakala Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta pemimpin lain bertungkus lumus cuba mempertahankan kerusi yang dimenanginya pada pilihan raya umum 2008 dengan majoriti tipis, 198 undi datipada jatuh ke tangan BN.
Kit Siang: Zaid di belakang, perlu 85% undi Cina



Dipetik dari Malaysiakini.com versi bahasa melaysia
Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang hari ini berkata kaji selidik dalaman menunjukkan bahawa calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim masih ketinggalan di belakang Barisan Nasional pada pilihan raya kecil Hulu Selangor.

Katanya, P Kamalanathan masih mendahului kerana sokongan pengundi Melayu dan India.


Justeru, Zahid memerlukan sekurang-kurangnya 85 peratus undi masyarakat Cina jika ingin memenangi kerusi berkenaan.
Bercakap pada sidang media di Kuala Kubu Baharu, pagi ini, Lim berkata PKR berjaya mendapat 63 peratus undi Cina pada pilihan raya umum 2008.
“Saya menggesa bukan sahaja pekerja parti tetapi juga penyokong Pakatan bagi membantu mendapatkan undi itu," kata Lim.
Sasaran itu dikatakan sebagai antara yang tertinggi diletakkan oleh DAP selepas kejayaan menyakinkan lebih 80 peratus pengundi Cina di Bukit Gantang untuk menyokong calon PAS pada pilihan raya kecil April 2009 lalu.
Pertandingan dilaporkan semakin sengit dengan kehadiran berulang kali Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad.
Lim juga merayu kepada 8,000 ahli MCA di Hulu Selangor untuk 'berkorban diri mereka untuk kebaikan bersama' sambil memetik pepatah Cina berdasarkan lapan perkara.

Thursday, April 22, 2010

PRK HULU SELANGOR : 3 HARI LAGI DAN ZAID DISOKONG 70% PENGUNDI?


Menurut beberapa maklumat yang diterima, calon PKR Zaid Ibrahim memiliki lebih 70%undi dalam tangannya
Hasil kajian rambang terhadap lebih seribu Responden di Hulu Selangor dalam masa seminggu yang lalu hingga kini
KEMUNAFIKAN TERSERLAH : VIDEO PANDANGAN ANWAR MENGENAI ISU BIBLE DALAM BAHASA MALAYSIA SEBELUM MENJADI MUNAFIK


Lihat video dibawah ini pandangan Anwar Ibrahim mengenai Bible dalam bahasa Malaysia serta kesannya terhadap agama islam dan negara serta bangsa.

Ternyata Anwar tahu impilkasi mengenai penggunaan nama Allah dalam penerbitan Kristian suatu ketika dulu tetapi ternyata kini anwar yang telah dihasuti para Firaun Kecil,Little Napoleon,DAP,serta agenda sulit yang hanya Allah yang tahu beliau telah berubah menjadi munafik

Lihat video tersebut dan lihat pandangan asal ANwar dahulu dan bandingkan dengan tindakan dan pandangannya sekarang di  SINI
ORANG MELAYU DAN ISLAM CEMAS ANGKARA PR PKR - DR HALILI RAHMAT




Gambar : Bapa Dr Halili memeluk anaknya ketika mengumumkan keluar PKR dan masuk UMNO


HULU SELANGOR: Bekas bendahari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Hulu Selangor, Datuk Dr Halili Rahmat menegaskan, antara sebab utama mengapa beliau meninggalkan parti itu kerana mendapati PKR menimbulkan 'rasa cemas' di kalangan orang Melayu.
Beliau berkata, PKR sudah tersasar daripada perjuangan asalnya dan kini lebih mementingkan kuasa.


Penulis : saya sebagai rakyat marhaen melayu islam yang secara umumnya tidak cenderung kepada mana2 parti politik mengakui kenyataan Dr Halili itu secara peribadi dan saya percaya kebanyakan orang2 melayu dan islam juga sependapat Tetapi Umno juga kadang kala mencemaskan orang2 melayu contohnya seperti ketika Zaid Ibrahim masih didalam Umno.Kini harapan Islam dan Melayu terletak pada PERKASA.

Bayi Cacat Ditinggalkan : Chai Kim alami sindrom Patau?



Hamidah Osman mencium Lee Chai Kim yang kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, semalam.



IPOH 21 April - Bayi malang yang ditinggalkan di rumah Pertubuhan Kebajikan Kanak-Kanak Cacat di sini berkemungkinan mengalami sindrom Patau iaitu masalah kromosom yang memendekkan hayatnya.
Bayi berusia hampir sebulan itu dilahirkan tanpa mata, hidung serta mulut tidak sempurna selain tangan dan kakinya juga cacat.
Pegawai Perubatan Pediatrik, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Dr. Khurul Ain Ahmad Sanusi berkata, bayi lelaki seberat 2.38 kilogram tersebut mengalami masalah kecacatan kromosom dan pihak hospital sedang menunggu keputusan ujian.
Katanya, darah bayi telah diambil untuk mengetahui masalah kecacatan yang juga dikenali sebagai Trisomy 13 iaitu kehadiran "tiga kromosom ke-13" yang mengganggu pertumbuhan bayi.
"Bayi ini mengalami masalah kromosom tidak lengkap dan darahnya telah diambil untuk ujian. Kita juga telah buat ujian ultra bunyi dan bahagian otak.
"Esok kita akan buat ujian untuk bahagian-bahagian lain dan keputusan ujian darah akan diketahui 30 April ini," katanya ketika ditemui di Wad Pediatrik, HRPB di sini hari ini.
Menurut Dr. Khurul Ain, bayi yang diberi nama Lee Chai Kim itu juga tidak mempunyai lelangit namun jantung dan paru-parunya berfungsi dengan baik.
Ditanya sama ada bayi tersebut akan menjalani rawatan pembedahan plastik ujarnya, perancangan hanya boleh dibuat selepas keputusan ujian darah diketahui.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Pelancongan dan Hal Ehwal Wanita negeri, Datuk Hamidah Osman hari ini meluangkan masa melawat bayi malang tersebut.
Ketika ditemui beliau berkata, kerajaan negeri akan mengambil alih tanggungjawab menjaga kebajikan bayi cacat yang ditinggalkan oleh ibu bapanya itu sejak 8 April lalu.
"Kerajaan negeri dengan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan menanggung segala kemudahan dan keperluan bayi malang ini," katanya.
Pada masa sama ujar Hamidah, pihaknya juga akan menawarkan rawatan kaunseling kepada ibu bapa bayi tersebut.
"Saya pasti ibu bapanya sedang mengalami trauma dan sedang bersedih sekarang kerana bayi ini adalah anak sulung mereka.
"Mungkin keadaan memaksa mereka bertindak meninggalkan bayi mereka. Kita akan cuba kesan kedua- duanya dan bantu memberikan rawatan kaunseling. Mereka juga perlu dibantu," katanya.

Pihak TamingSariBlog amat bersimpati dengan nasib bayi tersebut dan memohon orang ramai menghulurkan bantuan Sama-samalah kita membantu sesama insan tanpa mengira darjat,keturunan dan kaum agama.

Wednesday, April 21, 2010

PRK HULU SELANGOR- MEDAN PERTARUHAN UNDI DAN JUGA SINDIKET JUDI!!
Akan Berlaku Pertaruhan besar besaran keatas ke atas Zaid yang dianjurkan Tauke2 Judi Haram!
Pertaruhan tersebut berkemungkinan besar mempengaruhi sentimen undi kaum cina!

NO HOLDS BARRED
Raja Petra Kamarudin
My comrade-in-exile, private investigator P. Balasubramaniam, has bet that Datuk Zaid Ibrahim will win the Hulu Selangor by-election with a majority of 5,000 to 6,000 votes. I, in turn, have bet that Zaid’s majority will be between 3,000 to 5,000 votes. I will not reveal what the bet is but it looks like we both agree that Zaid’s majority will be around 5,000 votes, plus-minus.

kenyataan RPK dipetik dari Malaysia Today.net di SINI

kenyataan itu mengambarkan RPK seolah2 tahu keputusan PRK Hulu Selangor nanti kerana beliau mempunyai hubungan dengan Ronnie Liu of DAP yang juga taiko judi dan maksiat selangor.
Di beritakan bahawa pertaruhan sedang dijalankan untuk mempengaruhi undi cina kepada zaid ibrahim seperti yang kita tau masyarakat cina suka kan keuntungan dan tiada masalah dalam hal berjudi sebagai salah satu cara mendapat untung.
akan disebarkan khabar angin bahawa zaid akan menang dan penjudi2 Hulu selangor akan berlumba bertaruh nama zaid dan pada masa sama akan berusaha membantu memenangkan zaid ibrahim melalui undi agar mereka menang judi dan mendapat ganjaran

Jadi yang pasti sekarang undi masyarakat cina sudah pasti kepada PR