PKR - FREEMASON

PKR - FREEMASON
The All Seing Eye

Sitelevel Spidering

Search This Blog

Thursday, July 1, 2010

LAPORAN KHAS: MELAKA INDAH TAPI PINCANG!


Tentu ramai yang terkejut dengan apa yang saya katakan ini. Saya baru kembali dari Melaka. Selama Seminggu disana memang terdapat perubahan drastik yang pesat disana.

Namun begitu berani saya katakan bahawa pembangunan pesat tersebut adalah PINCANG atau MALFUNCTION!

Mengapa saya katakan demikian? Ok lebih mudah saya nyatakan melalui poin poin berikut :-


1.Pertumbuhan Pusat Membeli belah yang tidak sepadan dengan jumlah penduduk


Sebut sahaja nama jenama2 Shopping kompleks yang ada di Kuala Lumpur ada juga di Melaka bahkan ada juga yang dibina dengan sebesar besar saiz sebagai contoh JUSCO dan MYDIN.
Tertanya tanya saya apa relevannya begitu banyak dan besar pusat membeli belah tersebut dan yang lain2 walhal penduduk Melaka (Negeri Melaka bukan Bandar Melaka sahaja) hanya seramai 780,000 orang mengikut sumber UTUSAN 12 disember 2009.

Penduduk Bandaraya Melaka sebenarnya lebih kurang sedikit dari Seremban tetapi Melaka lebih banyak Shopping kompleks dari Seremban yang lebih hampir dengan kota Kuala Lumpur.

Ya mungkin kerajaan negeri mahu menjadikan Melaka sebagai syurga membeli belah pada pelancong asing tapi dimana mereka mengutamakan keperluan rakyat? ADAKAH PELANCONG DIDAHULUKAN RAKYAT DIKEMUDIAN KAN?

Antara kesan negatif akibat polisi sebegini adalah gagalnya projek Melaka Digital Mall di Jalan Hang Tuah akibat tiada daya tarikan pasaran yang kukuh serta kadar sewa yang mahal akibatnya SAMB terpaksa mengambil alih bangunan tersebut untuk dijadikan pejabat operasi mereka.

Projek Pulau Melaka juga berkemungkinan mengalami nasib sama. Apa cerita cadangan untuk menjadikannya Perkampungan Arab?

2. Sistem Pengangkutan Awam yang Usang , Mahal dan Pengoperasi Tiada Integriti dan Sivik.


Sistem pengangkutan awam seperti bas dan teksi di melaka adalah pada tahap boleh dikatakan teruk tetapi masih tidak mampu hampir menyamai tahap pengangkutan awam di Kuala Lumpur antaranya kerana kenderaan yang terlalu usang, tambang yang agak mahal, malahan ada yang mengenakan tambang sesuka hati.

Bayangkan sebagai contoh perjalanan berjarak sama menggunakan pengangkutan awam di KL dan Melaka adalah berbeza.
Lebih teruk lagi ketepatan masa pemandu2 bas awam Melaka ke kawasan2 luar dari Kota Melaka. Jangan terkejut jika pada Jumaat, Sabtu dan Ahad, anda terpaksa menunggu Bas di Mahkota Parade untuk kearah Muar anda mungkin akan mendapat bas anda setelah menunggu lebih dari 1 jam lebih malang lagi apabila pemandunya menukar laluan perjalanan (route) sesuka hati dan anda terpaksa menunggu utk beberapa jam lg. 

Untuk kawasan bandar Melaka mungkin tiada masalah kritikal tetapi rakyat Melaka bukan sahaja mencakupi bandaraya Melaka sahaja malahan seluruh negeri!!!

Bahkan difahamkan usaha pengendali pengangkutan awam seperti MOS dan TownBus Service untuk melalui laluan yang dimonopoli SKA untuk memberi lebih pilihan dan liputan pengangkutan awam telah digagalkan oleh lobi2 pihak tertentu pada suatu ketika dahulu.Perkhidmatan SKA masih ditakuk lama padahal kadar tambang sudah dinaikkan beberapa kali memberi kesan kepada rakyat pengguna harian.

Ini menjadikan Melaka sebagai Bandaraya Kelas Dunia, Public Transportnya Kelas Afrika!!

Persoalan yang timbul... apa peranan Exco Pengangkutan Negeri??

3. Keganjilan Sistem Monorel Melaka



Sistem Monorel Melaka semakin hampir siap namun berita terbaru menyatakan ia telah pun terbengkalai. Apa kesnya nih Ketua Menteri? baru buat satu sistem hanya sepanjang 1.6km je dah bermasalah?? 
Lagi satu Objektif Sistem Monorel tersebut adalah untuk pelancongan... kenapakah dalam pemikiran kerajaan negeri tersebut asyik memikirkan pelancong sahaja hingga mengabaikan rakyat? Apakah pelancong yang mengundi kerajaan?
Sekali lagi persoalan... apakah peranan Exco Pengangkutan Negeri? Masih tidur jugak???

Padahal adalah lebih bermanfaat kalau sistem rel tersebut dibina untuk tujuan kegunaan rakyat melalui kawasan2 yang dikenalpasti ramai penduduk akan mengurang jumlah kenderaan setiap hari ke tempat2 tumpuan utama.
Sistem rel tersebut menyusuri Kg Morten berapa ramai sgtlah penduduk disekitarnya, malahan berani saya katakan jika Monorel Melaka terus dibina berorientasikan Pelancong semata mata... Ia tidak akan lama dan bangkrap lalu tidak beroperasi lagi. Itu baru monorel blum lagi cadangan untuk membina Aerorail dan Tram.
Cadangan asal daripada Aerorail ke monorail? satu lagi keraguan timbul.

Bukankah lebih baik dibangun dahulu projek rel transit di kawasan sibuk seperti Bandar hilir, Melaka Raya, Ujong Pasir, Tengkera, Bachang ke Melaka Sentral? Otak Perancang Bandar Melaka lembab ke agaknya?

Dengar katanya terbengkalainya projek morail melaka tersebut ada kaitan dengan keganjilan struktur penyokong landasannya. Gambar diatas sumber catscity.com.my

4. Kerajaan Negeri dan Majlis Bandaraya Silap strategi dalam perancangan bandar untuk rakyat.


Mereka mungkin berpendapat kemasukan pelancong memberi pendapatan besar dan lumayan kepada negeri hingga membina pelbagai pusat membeli belah yang besar.
Rasanya mereka perlu kembali bermain permainan strategi seperti Civilization ataupun SimCity kerana pertumbuhan ekonomi dalaman adalah penyumbang besar kemakmuran ekonomi sesuatu tempat. Pendapatan dari pelancongan tidak boleh disandarkan 100% semata mata. Itu bodoh namanya.

Kerajaan Negeri dan MBMB perlu memberi penekanan kepada meningkatkan jumlah penduduk, menambah peluang ekonomi rakyat, Pembangunan semula kawasan dengan pembangunan bercampur komersial dan perumahan yang mampu dimiliki dan aliran kemasukan pihak industri agar kembali ke Melaka. Bukannya Menambah bilangan Shopping Complex setiap tahun kononnya turut menyedia peluang pekerjaan.

Sepatutnya Kesejahteraan rakyat  diutamakan.

5. Politik perniagaan

isu politik perniagaan memang tidak lari bahkan telah menjadi semacam Public Secret bahwa pentadbiran ketua menteri lebih mengutamakan kroni2 dan rakan2 dalam sebarang projek pembangunan di Melaka. Bahkan keluh kesah golongan peniaga Melayu merungut dengan Ketua Menteri yang lebih Cina Friendly dan KL friendly dalam pembangunan projek di Bandaraya Melaka.

Kroni yang rapat dengan Ketua Menteri dikatakan mendapat habuan dan durian runtuh apabila di gulakan dengan projek yang menjadikan mereka jutawan segera dan dengan segera bergaya bersama Mercedes model baru dan menambah stok kuota bilangan isteri (perangai jelek dan tipikal orang kaya baru Melayu).

Itu belum dikira lagi keluh kesah golongan peniaga bandar  Melayu yang mengkritik kadar sewa lot perniagaan yang mahal di Bandaraya Melaka.

Jika anda ke Dataran Pahlawan Megamall tiada satu pun peniaga melayu... peniaga melayu diasingkan ke bahagian khas yang terpencil dan kecil serta mereka bersaing sesama sendiri menjual produk yang sama. Satu pemandangan yang menyedihkan!

Manakala nasib peniaga restoran Melayu yang ramai pengunjung di hadapannya dahulu yang kini dijadikan tempat letak kereta tidak diketahui mungkin telah dipinggirkan ke medan selera bersebelahan Muzium Samudera yang jumlah pengunjung boleh dibilang dengan jari.

2 comments: