PKR - FREEMASON

PKR - FREEMASON
The All Seing Eye

Sitelevel Spidering

Search This Blog

Sunday, April 25, 2010

Pelajar elak dicekup Jais temu ajal ngeri



2010/04/25

GOMBAK: Seorang pelajar kolej yang cuba melarikan diri kerana bimbang dicekup penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) maut dalam keadaan mengerikan selepas tergelincir lalu jatuh dari tingkat lima pangsapuri, semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 1.40 pagi apabila sekumpulan penguat kuasa Jais membuat operasi cegah maksiat di sebuah pangsapuri di kawasan itu.

Katanya, berdasarkan maklumat, penguat kuasa Jais bergegas ke sebuah unit di tingkat lima yang disyaki digunakan pasangan kekasih bukan muhrim untuk melakukan maksiat.

“Penguat kuasa Jais mengetuk pintu beberapa kali sebelum terdengar bunyi objek terjatuh dari dalam kediaman itu. Tidak lama kemudian pintu dibuka oleh seorang perempuan Melayu dalam keadaan cemas dan mencurigakan,” katanya.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut mendapati pasangan terbabit cuba melarikan diri melalui tingkap yang terbuka.
“Namun, penguat kuasa Jais terkejut apabila mendapati seorang lelaki terjatuh ke bawah pangsapuri dalam keadaan tubuhnya terperosok di dalam longkang.

“Lelaki berkenaan dipercayai cuba melarikan diri dengan meniti bahagian tembok luar tingkap pangsapuri terbabit, namun terjatuh dari tingkat lima,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Pihak Jais kemudian menghubungi ambulans sebelum pegawai perubatan mengesahkan mangsa mati akibat cedera parah pada kepala dan organ dalaman.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah siasat sebelum pihak Jais membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

“Hasil siasatan awal, polis mendapati mangsa adalah pelajar kolej swasta. Keterangan teman wanitanya berhubung kejadian itu akan diambil,” katanya.

Rosly berkata, polis mengklasifikasikan kejadian itu sebagai mati mengejut tanpa membabitkan sebarang unsur jenayah.


Penulis : Inilah padahnya. Jgn salahkan mangsa dan temannya semata2. Salah utama adalah ibu bapa dan masyarakat melayu yang semakin kebendaan,materialistik dan  jauh dari amanat agama. Kalau ibu bapa melayu tiada mentaliti jual anak untuk mengahwinkan anak2 mereka tanpa kos yang banyak ini semua tak kan terjadi. Ibu bapa melayu dan islam serta masyarakat melayu dan islam secara tak langsung menanggung dosa kematian mangsa dan juga beribu ribu pasangan muda islam melayu lain yang berzina kerana tidak mampu menanggung kos tinggi perkahwinan yang dituntut budaya dan mentaliti masyarakat sekarang

No comments:

Post a Comment