PKR - FREEMASON

PKR - FREEMASON
The All Seing Eye

Sitelevel Spidering

Search This Blog

Thursday, April 29, 2010

SUSULAN TRAGEDI AMINUL RASYID. KABINET BERSIMPATI.
USUL DIBAWA KE KABINET DAN DEWAN NEGARA 

TRAGEDI AMINUL RASYID : KETUA POLIS NEGARA BERANG




Kabinet hari ini melahirkan rasa sedih dan simpati kepada keluarga Allahyarham Aminulrasyid Amzah yang mati ditembak dalam satu kejadian melibatkan anggota polis di Shah Alam pada Isnin lepas dan mahu siasatan dibuat secara telus.


Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar berkata beliau telah membangkitkan kes itu dalam mesyuarat Kabinet hari ini.

"Kita juga minta kes itu tidak dipolitikkan kerana jika ia menjadi isu politik, maka sukar kes itu hendak diselesaikan," katanya kepada pemberita di majlis penyampaian cek bernilai RM3 juta kepada SJK (C) Rasa di Putrajaya yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Noh, yang juga timbalan pengerusi Umno Selangor, diminta mengulas insiden kematian remaja berusia 15 tahun itu yang dilaporkan ditembak oleh polis ketika didakwa cuba mengundur kenderaan yang dipandunya ke arah anggota polis.

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengumumkan penubuhan pasukan khas yang diketuai oleh timbalannya Datuk Wira Abu Seman Yusop bagi menyiasat kejadian itu.

Sementara itu, Ketua Pemuda Pas Nasrudin Hassan Tantawi pula mahu siastan ke atas kes itu dijalankan dengan terperinci dan telus.

Sementara itu Satu usul telah difailkan di Dewan Negara untuk membahaskan tindakan polis menembak mati seorang pelajar berusia 14 tahun - Aminulrasyid Amzad.
Usul tersebut difailkan oleh Senator Dr S Ramakrishnan semalam.
“Ini adalah perkara serius membabitkan kepentingan awam,” katanya dalam sidang media di lobi parlimen hari ini.

Aminulrasyid ditembak mati pada jam 2 pagi Isnin lalu di Seksyen 11 Shah Alam, selepas didakwa melanggar beberapa lampu isyarat.

Polis mendakwa mereka melepaskan empat tembakan ke arah kereta yang dipandu remaja itu apabila ia cuba berundur dan merempuh ke arah polis.
"Saya berharap usul itu dapat didebatkan pada Isnin kerana perkara itu memerlukan perhatian segera," kata Ramakrishnan.

Senator DAP itu juga menuntut agar diwajibkan penubuhan inkues bebas setiap kali polis menembak orang awam.
Katanya rakyat berhak mendapat perlindungan dan perkhidmatan yang lebih baik daripada pasukan polis.
"Kesilapan menembak akan mengakibatkan kematian. Tidak boleh patah balik. Justeru, keputusan untuk menembak tidak patut diambil kecuali polis yakin bahawa mereka menembak penjenayag," katanya sambil menekankan kepentingan inkues bagi menyiasat kejadian seumpama itu.

TRAGEDI AMINUL RASYID : KETUA POLIS NEGARA BERANG

KPN sedia arah anggota polis undur
Apr 29 2010

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan membidas kritikan pelbagai pihak berhubung kematian remaja berusia 14 tahun - Aminulrasyid Amzah dan berkata beliau sedia mengarahkan anggotanya supaya tidak lagi mengawal jika itu kehendak rakyat.

"Jika anda tidak mahu polis menguatkuasakan undang-undang, beritahu sahaja.

“Saya boleh arahkan anggota saya supaya tidak bertindak, - termasuk tidak memeriksa kenderaan atau menangkap Mat Rempit yang menunggang tanpa lesen,” katanya yang dipetik The Star Online ketika kempen menderma darah sempena sambutan Hari Polis 203 di Kuala Lumpur hari ini.
Musa mengulas kenyataaan pelbagai pihak berhubung kematian Aminulrasyid, apabila polis melepaskan empat tembakan ke arah kereta yang dipandu remaja itu kerana didakwa cuba berundur dan merempuh ke arah polis.

Kejadian itu berlaku di Seksyen 11, Shah Alam apabila Aminulrasyid dikatakan memecut dan melanggar beberapa lampu isyarat merah tanpa berhenti meskipun diarahkan berbuat demikian.

Menurut Musa, beliau tidak mahu membuat seberang spekulasi mengenai perkara itu.
"Ia berlaku sekitar jam 2 pagi dan kenderaan itu dibawa dalam keadaan yang mencurigakan. Anggota saya tidak tahu sama ada pemandu kereta itu orang dewasa ataupun tidak kerana keadaan adalah gelap.

"Apabila seseorang enggan berhenti dan terus memandu apabila diarahkan oleh polis supaya berhenti, maka kenderaan berkenaan boleh dianggap sebagai senjata kerana ia boleh mendatangkan bahaya kepada anggota penguatkuasa,” kata Musa. 



Komen Penulis : hai pak polisi, janganlah berang2 sangat. Kenapa pulak tetiba je emosional? kami rakyat tak marah polis keseluruhan tapi kami marah pada polis polis yang tak bertanggungjawab. Lagipun pak polisi kami marah ni bukannya apa sebab baru je sangat polis naik gaji rasanya dah beberapa kali takkanlah mcm ni jugak tahapnya? bukankah polis kita antara yang terbaik di dunia dalam menanggani jenayah? kenapa jadi macam ni pulak? bukan sekali... dah banyak kali. Tu yang kami marah



No comments:

Post a Comment