PKR - FREEMASON

PKR - FREEMASON
The All Seing Eye

Sitelevel Spidering

Search This Blog

Thursday, April 29, 2010

SUSULAN TRAGEDI AMINUL RASYID : APA PERLU ANDA BUAT JIKA DITAHAN POLIS- Tips


Ekoran tragedi seorang remaja 15 tahun Aminul Rasyid Amzah yang ditembak mati oleh polis isnin lalu menimbulkan kegemparan kepada semua warganegara. Dari kisah yang didengar setakat ini Arwah adik Aminul Rasyid kemungkinan panik. Ya kita semua tentu panik apabila dihampiri oleh polis apatah lagi jika kita telah melanggar undang2 jalan raya. Jangankan kata budak2, orang dewasa pun akan panik, berpeluh apabila mengalami situasi ditahan polis. JANGAN GABRA. Ketahui apa yang perlu anda buat jika dilanda situasi tersebut. Ikut panduan ini :


'Buku merah' Majlis Peguam - panduan berguna bagi seseorang yang tidak biasa ditahan polis atau buta undang-undang sewaktu berdepan dengan pihak berwajib itu.

Edisi bahasa Inggeris risalah kecil panduan asas itu kini boleh diperolehi di laman web rasmi badan profesional itu, www.malaysianbar.org.my

Risalah dua halaman 'Polis dan Hak Asas Anda' disediakan oleh satu jawatankuasa kecil Majlis Peguam yang dikenali Tindakan Anti Penyalahgunaan Kuasa Polis (Tangkap).
1 . Bertenang 

Kebiasaanya , mereka meminta I/C dan dengan tenangnya anda hulurkan saja tanpa banyak bicara , apa yang di tanya jawab sahaja . Dalan bahasa mudah , layan kan saja . 

2 . Persoalkan 

Apabila diminta melakukan sesuatu tindakan yang mungkin secara wajarnya anda rasa tidak patut dilakukan . Persoalkan tindakan mereka .

3 . Rujuk pada Balai Polis

Sekiranya anda was - was terhadap sesuatu tuduhan . Minta pegawai polis yang menahan anda membawa kes ke Balai Polis . Bincangkan di sana . 

Jangan risau jika anda tiada lesen , roadtax mati atau sebagainya . Itu semua belakang cerita . Yang penting keadilan . Ini kerana sesetengah polis bertindak mahu memeras duit si mangsa dengan mereka - reka tuduhan ke atas mereka . Bukan aku yang cakap , tapi anda tanyalah sendiri pada mereka semua yang pernah mengalami nya .


KETAHUI HAK ANDA SEBAGAI WARGANEGARA DI SISI UNDANG2 DI DALAM SITUASI TERSEBUT

Bagi mereka yang buta undang - undang , Majlis Peguam telah mengeluarkan risalah ' Polis dan Hak Asas Anda ' disediakan oleh Jawantankuasa Kecil Majlis Peguam Negara yang dikenali Tindakan Anti Penyalahgunaan Kuasa Polis yang mengandungi :

1 . Seseorang berhak meminta kad pengenalan polis ketika ditahan. Jika anggota polis itu menunjukkan kad merah, anda boleh mengabaikan arahannya kerana dia sedang digantung tugas .
2. Anda juga berhak menelefon ahli keluarga, rakan atau peguam untuk menyampaikan maklumat mengenai penahanan seperti, masa, tempat dan sebab ditahan dan lokasi tahanan .
3 . Anda mungkin ditahan selama 24 jam di balai polis atau dalam penjara untuk membantu siasatan .

PERINGATAN PENTING


Kebiasaanya , apabila ditahan polis mereka akan meminta I/C kita dan  serta - merta mengeluarkan sejenis buku seperti buku log dan mencatit segala maklumat diri kita . Kemungkinan pegawai itu berniat tidak baik . Anda harus tahu , buku itu adalah sekadar merekod maklumat dan mengesahkan bahawa pemeriksaan telah dilakukan ke atas anda . Dalam kata mudah , adalah rekod biasa .


Pengalaman saya beberapa tahun lepas, saya pernah ditahan polis hanya sebab saya dilihat seorang di tepi pantai di Melaka pada waktu pagi 8.00 am
Ya,.. polis berhak untuk merasa curiga itu sudah tugas mereka. Tapi akhirnya mereka hanya mahu merekodkan apa saja yang mereka lalui ketika bertugas dan meronda dan akhirnya mereka hanya merekod biasa saja, bila saya tanya kenapa mereka jawab meronda sebab ada kes bunuh diri kat area situ tak berapa lama dulu

So kena Ingat...jangan gabra, jangan panik dan jangan melakukan tindakan yang mengejutkan. BERANI KERANA BENAR, TAKUT KERANA SALAH.


No comments:

Post a Comment