PKR - FREEMASON

PKR - FREEMASON
The All Seing Eye

Sitelevel Spidering

Search This Blog

Saturday, May 15, 2010

ANWAR MINTA TANGGUH LAGI PROSIDING KES LIWAT


Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam, buat kesekian kalinya lagi memfailkan permohonan di Mahkamah Rayuan di sini menangguhkan perbicaraan kes liwat yang dihadapinya sehingga rayuan berhubung permohonannya supaya dibekalkan kenyataan saksi utama Mohd Saiful Bukhari Azlan, didengar dan dilupuskan. Notis usul disertakan dengan afidavit peguam mewakili Anwar, Karpal Singh bagi menyokong permohonan itu difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Rayuan petang ini melalui Tetuan Karpal Singh & Co. Anwar memfailkan rayuan pada 12 Mei lepas terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada hari yang sama, yang menolak permohonan ketua pembangkang itu supaya dibekalkan dengan kenyataan Mohd Saiful termasuk kenyataan saksi bekas pembantu peribadi Anwar mengikut Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah yang direkodkan oleh polis.
Semalam, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah yang mendengar perbicaraan kes liwat Anwar, juga menolak permohonan Anwar supaya menangguhkan perbicaraan kesnya itu sementara menunggu rayuannya (Anwar) itu dilupuskan Mahkamah Rayuan.

Ketika ditemui pemberita, Karpal berkata beliau juga memfailkan sijil perakuan segera bagi memohon mahkamah mendengar permohonan Anwar secepat mungkin, iaitu sebelum 31 Mei, tarikh yang ditetapkan untuk perbicaraan kes liwatnya disambung.

Dalam afidavitnya itu, Karpal berkata, perbicaraan perlu ditangguhkan sehingga rayuan itu diputuskan kerana Anwar mempunyai hak merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya.

No comments:

Post a Comment