SUSULAN JUDI BOLASEPAK PIALA DUNIA : PENJELASAN DARI SUMBER KEMENTERIAN KEWANGAN.
Tiada kelulusan lesen judi baru termasuk untuk pertaruhan kejohanan Bola Sepak Piala Dunia kali ini. Menurut sumber Kementerian Kewangan, lesen pertaruhan untuk sukan yang diperkatakan ketika ini ialah lesen yang diluluskan sejak 1987 lagi kepada Ascot Sports Sdn Bhd.
Bagaimanapun lesen tersebut dikembalikan kepada kerajaan pada 1990 dan Ascort akan diberi hak menjadi syarikat pertama mendapatkannya semula jika perlu. Pada tahun 2003, ASCOT mendapat kembali lesennya tetapi tidak pernah menggunakannya sehinggalah baru-baru ini dikatakan akan beroperasi untuk kejohanan Piala Dunia.
Tujuan melesenkan kegiatan pertaruhan atau perjudian bukanlah untuk menggalakkan masyarakat berjudi tetapi bertujuan untuk mengawal kegiatan ini. Sejak tahun 2000 kegiatan pertaruhan haram ke atas keputusan bola sepak dan sukan lain di Malaysia dikatakan mencecah RM 8 bilion setahun dan semua ini dilakukan secara haram.
Apabila kegiatan ini dilakukan secara haram, kerajaan tidak dapat memantau dan mengawal industri ini. Lebih serius keuntungan daripada industri ini telah digunakan untuk membiayai kegiatan jenayah atau underworld yang lain.
Menurut penganalisis keselamatan, wang dari industri pertaruhan sukan ini, selain mesin kuda, pelacuran dan dadah, banyak digunakan untuk membiayai ahli-ahli politik tertentu dan gerakan mengehadkan kuasa pihak berkuasa terutamanya Polis.
Sebab itu kita lihat banyak gerakan untuk mewirakan penjenayah dan mereka yang melanggar undang-undang sudah menjadi satu gerakan yang besar dan mendapat sokongan peguam-peguam yang terkenal dengan bayaran yang tinggi sebelum ini.
Sumber tidak terhad kumpulan pertaruhan haram ini juga telah menyumbang dana yang besar kepada sebuah parti politik yang dilihat jelas melindungi kumpulan judi haram ini terutamanya di Selangor.
Mereka juga sebelum ini menyumbang banyak wang kepada parti politik tertentu bagi menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional terutama di Selangor setelah kerajaan mengambil tindakan tegas menutup banyak pusat perjudian mesin kuda, pusat pelacuran dan hiburan sejak tahun 2000.
Dengan membenarkan pertaruhan secara sah kerajaan bukan sahaja menutup sumber kewangan kongsi gelap atau kumpulan "underworld" malah membolehkan kerajaan memastikan sistem pertaruhan yang terjamin dan mengawal orang Islam daripada terbabit dengan kegiatan ini.
Perjudian tidak mungkin dikawal dalam dunia internet hari ini. Jika kerajaan tidak melesenkan maka banyak perjudian tidak berlesen dan syarikat pertaruhan luar negara akan mendapat keuntungan dan kerajaan tidak mendapat apa-apa hasil.
Apa yang kita mahu daripada kerajaan ialah memberi amaran jelas kepada syarikat ini agar tidak menerima sebarang pertaruhan daripada orang Islam atau lesen akan ditarik balik.
Beberapa hari lepas Kumpulan Berjaya yang dimiliki Vincent Tan mengambil alih ASCOT Spots Sdn Bhd yang bernilai ratusan juta ringgit.Nyata disini bahawa Berjaya tidak memperoleh lesen baru sebaliknya mengambil alih ASCOT yang mempunyai lesen judi tersebut BACA DISINI
Apa apa pun kita menentang sebarang perjudian.Dalam pada itu judi terus beroperasi seperti biasa di seluruh Malaysia termasuk Kedah dan Kelantan tanpa tentangan dan sebarang usaha mengatasinya oleh pihak berkuasa PAS di negeri tersebut
Saturday, May 15, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment