BN PERINTAH MENYUMBANG KEPADA RAKYAT,
PR PERINTAH MINTA SUMBANGAN RAKYAT
DAP semakin hari semakin nazak, kini dah mula pandai meminta derma dan sumbangan dari rakyat. Apa sudah jadi? Ini ke parti yang kita nak mentadbir Malaysia? Berbanding dengan kerajaan Barisan Nasional yang kita sedia maklum banyak memberi sumbangan berbentuk pembangunan kepada rakyat jelata.
Nampak gayanya DAP ibarat anjing kurap yang tersepit. Mana pergi sumber-sumber kewangan dari kantung-kantung Kerajaan Pulau Pinang dan Selangor? Masih belum cukupkah? Inikah parti yang menjadi harapan rakyat? Atau adakah sesuatu telah dilakukan pada sumber2 tersebut?
Pemimpin harapan rakyat ialah pemimpin yang berkemampuan memberikan sumbangan kepada rakyat tidak kira dari segi pembangunan atau lain-lain yang menguntungkan rakyat. Pemimpin haprak bagi rakyat ialah pemimpin yang tahunya dok mintak derma ke hulu-ke hilir. Sebagai contoh ialah PAS. Setiap kali ceramah, pasti akan menadah tangan meminta sumbangan dari rakyat. Apa punya jenis pemimpin ni?
No comments:
Post a Comment