PEMBAZIRAN PULAU PINANG : DAP CAKAP XSERUPA BIKIN
PULAU PINANG 5 Mei - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng membatalkan majlis pelancaran 30,000 risalah dan sepanduk bagi penyebaran program penghargaan warga emas berikutan berlaku kesilapan ejaan di bahagian muka hadapan risalah.
... See More
Arahan pembatalan itu dikeluarkan serta-merta oleh Guan Eng selepas ditegur beberapa wartawan yang menyedari kesilapan berkenaan, antaranya ejaan ”kearaajaan” (sepatutnya dieja kerajaan) dan penghinaaan (penghinaan).
Selain itu terdapat juga kesilapan tatabahasa dalam risalah berbahasa Inggeris iaitu ”A Sincere contribution from the people Pakatan Rasuah (PR) Goverment” (sepatutnya People ditulis People's).
Guan Eng yang terkejut dengan perkara itu, berkata, kesilapan itu tidak boleh diterima dan tidak sepatutnya berlaku.
"Kami tidak akan gunakannya. Majlis pelancaran tadi dibatalkan dan digantikan kepada sidang media saja,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Kejadian ini adalah yang seterunya selepas kejadian siling runtuh di DUN Pulau Pinang
mereka mengata tapi sendiri jugak yang buat... yang pasti 30 000 risalah tersebut sia sia bersama wang rakyat
No comments:
Post a Comment