PKR - FREEMASON

PKR - FREEMASON
The All Seing Eye

Sitelevel Spidering

Search This Blog

Wednesday, May 26, 2010

Penjelasan mengapa tanah KTMB di Singapura tidak dibangunkan



PUTRAJAYA Mei 26 – Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat berkata hari ini, tanah Keretapi Tanah Melayu Bhd. (KTMB) di Singapura tidak boleh dibangunkan sebelum ini berikutan wujud sekatan bagi penggunaan tanah itu.
"Saya ingin jelaskan perkara ini. Kebelakangan ini terdapat media dan blogger yang tertanya-tanya tentang tapak tanah itu.
“Mungkin mereka samar-samar tentang adanya sekatan penggunaan tanah berkenaan,” katanya sebelum mempengerusikan mesyuarat pascakabinet di kementeriannya di sini.
Katanya, sekatan yang dimaksudkan adalah tapak tanah itu hanya boleh digunakan bagi tujuan perkeretaapian.
"Jika tapak tanah itu digunakan bagi kegunaan lain selain dari perkeretaapian, ia bukan saja disekat, ia tidak dibenarkan mengikut perjanjian sedia ada.”
"Malahan kalau itu berlaku ia juga bermaksud KTMB akan kehilangan tapak itu. Kita tidak berbuat demikian sebab kita patuhi perjanjian sedia ada.”
Ahad lalu, Malaysia bersetuju memindahkan stesen KTMB di Tanjong Pagar ke Terminal Pemeriksaan Kereta Api Woodlands (WTCP) menjelang 1 Julai 2011.
Tanah yang akan dikosongkan itu akan dimajukan oleh sebuah syarikat usaha sama Malaysia-Singapura dikenali M-S Pte. Ltd. yang akan ditubuhkan sebelum 31 Disember tahun ini. – Bernama

No comments:

Post a Comment