PKR - FREEMASON

PKR - FREEMASON
The All Seing Eye

Sitelevel Spidering

Search This Blog

Sunday, May 16, 2010

PKR Ipoh Barat dibubarkan


 
IPOH, 15 Mei - Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Ipoh Barat hari ini lumpuh apabila 488 anggotanya termasuk anggota jawatankuasanya (AJK) bertindak keluar daripada parti itu Sabtu selepas hilang kepercayaan terhadap kepimpinan PKR di peringkat negeri Perak yang didakwa dikuasai orang yang berkepentingan peribadi.
Ketua Cabang PKR Ipoh Barat Fauzi Muda membuat pengisytiharan itu hari ini di kediamannya di Taman Malar, Ulu Kinta di sini.


"Oleh yang demikian dimaklumkan bahawa PKR Cabang Ipoh Barat dengan rasminya dibubarkan setelah 19 daripada 25 anggota AJK cabang yang sah telah mengosongkan jawatan mereka. Antara 19 AJK itu melibatkan 14 orang bertindak keluar parti dan lima orang meletak jawatan," katanya kepada pemberita di sini.

Katanya tindakan keluar parti itu bukan kerana mereka membenci PKR atau mengkhianati perjuangan yang dibawa penasihatnya Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi ia sebenarnya bermatlamat mahu menghancurkan 'syaitan dan firaun kecil' yang sedang bermaharajalela dalam PKR.

Oleh yang demikian beliau meminta PAS dan DAP memikirkan semula kedudukan masing-masing dalam pakatan itu setelah banyak anggota PKR bertindak keluar parti kerana PKR itu sendiri kini tidak mempunyai harga diri dan nilai.

Beliau berkata kesemua borang keluar parti yang telah diisi dan ditandatangani oleh kesemua bekas anggota itu akan diserahkan kepada ibu pejabat PKR di Petaling Jaya.

bernama

No comments:

Post a Comment