PKR - FREEMASON

PKR - FREEMASON
The All Seing Eye

Sitelevel Spidering

Search This Blog

Thursday, May 20, 2010

PAS desak menteri, mufti bantah judi. Segenap rakyat tanpa mengira ideologi Politik bantah Judi

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mencabar Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyatakan bantahannya terhadap pengeluaran lesen judi sukan kepada Berjaya Group Sdn Bhd.


"Semalam beliau (Jamil Khir) dengan lantangnya mengeluarkan kenyataan bahawa peguam syarie di mahkamah syariah di negara ini mestilah seorang yang beragama Islam.

"Namun dalam hal judi ini beliau mengambil pendekatan pasif. Di manakah suara lantangnya itu?" soal pembantu ketua pemudanya Herman Samsudeen.

Dalam kenyataan hari ini, Herman juga mendesak semua mufti di negara tampil membantah tindakan kerajaan meluluskan lesen bola sepak itu dan jangan "menutup mata dan menyembunyikan ilmu mereka".

"Pemuda PAS Wilayah Persekutuan berharap para mufti dan golongan yang faham agama bangkit menentang kezaliman akhlak ini. Judi adalah haram dan ianya bukan hanya haram untuk mereka yang beragama Islam (semata-mata), tetapi kepada semua manusia," katanya.

"Walau
pun mereka bekerja dengan kerajaan Malaysia yang mana perdana menteri dan menteri kewangannya serta kabinetnya bersatu menghalalkan judi, tetapi para mufti dan mereka yang faham agama harus bangkit menentang dan tidak mentaati keputusan mungkar itu."

Herman menambah, ekonomi negara ini pasti akan bertambah berkali ganda "jika sumber yang berkat digunakan" bagi membangunkannya.

"Menghapuskan judi juga sekali gus akan memisahkan pendapatan dan gaji para menteri dan mufti yang dibayar kerajaan daripada sumber-sumber yang haram," katanya.

Penulis : Penulis juga menyokong bantahan berhubung lesen judi tersebut, sementara itu satu perhimpunan membantah isu judi bola sepak piala dunia akan diadakan di beberapa negeri esok.
Sementara itu PM Najib Terus membisu berhubung isu Judi bola sepak Piala dunia tersebut tanpa mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi. Usul judi mula tercetus beberapa minggu lalu apabila Timbalan Menteri Kewangan Awang Adek Hussin mengusulkan pemberian lesen judi secara sah berikutan Piala Dunia di AFrika Selatan nanti. Ternyata didalam kerajaan sendiri masih ramai pemimpin dayus dan hipokrit .

Isu Judi Bola Sepak ini telahpun dibangkitkan dalam blog ini pada 8 Mei 2010 yang lalu BACA DISINI

No comments:

Post a Comment