SUSULAN 'PENGAHLIAN' KELAB PENYOKONG PAS : BUKAN ISLAM MASUK PAS, ISLAM MASUK DAP
“gulai kawah yang telah bercampur dengan bermacam-macam makanan haram, sudah bercampur dengan pelbagai daging seperti babi, biawak, ular, lembu, kerbau dan kambing”…….. UMNO sekarang sudah bercampur dengan benda-benda yang haram….." -Kutukan PAS dahulu ketika UMNO menerima kemasukan bumiputera bukan islam
KINI PAS MEJILAT LUDAHNYA SENDIRI... MENGATA UMNO TERPALIT DI MUKA SENDIRI
Selepas PAS akhirnya 'mengahlikan' 20 000 ahli Kelab Penyokong PAS, kini timbul desakan agar umat islam juga bertindak serupa dengan desakan agar orang islam memasuki maenjadi ahli parti cauvinis cina DAP seperti mana tersiar di MalaysiaKini hari ini BACA DISINI
Adakah ini akhirnya langkah untuk orang2 Islam bergerak meneutralkan semangat nasionalis cina dalam DAP dan seterusnya melakukan penguasaan keatas DAP seperti mana yang terjadi kepada PKR??
Atau juga ini satu langkah untuk orang bukan islam menunjukkan 'keterbukaan' mereka berkenaan isu kaum dan agama seterusnya membersihkan imej parti cauvinis tersebut namun pada masa yang sama menerusi misi halus menerobos masuk ke dalam Parti yang kononnya menjaga hak2 umat islam dan akhirnya akan mencampuri urusan dalaman PAS yang melibatkan keputusan2 penting seperti akidah??
Adakah DAP sanggup menjadi terbuka seperti PAS? atau hanya akan memperalatkan keanggotaan umat islam seperti mana keterhutangan budi bekas MB Perak Nizar Jamaludin kepada 18 ADUN DAP Perak dahulu atau 'Kepimpinan' Tunku Abd Aziz Ibrahim yang hanya menjadi pemimpin boneka bersuara apabila disuruh oleh VVIP DAP?
No comments:
Post a Comment