PKR - FREEMASON

PKR - FREEMASON
The All Seing Eye

Sitelevel Spidering

Search This Blog

Thursday, May 20, 2010

DAP POLITIKKAN SEGALA GALANYA DEMI KUASA

Awang Mahyan kesal DAP mahu guna slogan “Ngap Sayot”


Pencetus slogan “Ngap Sayot” untuk pasukan bola sepak Sarawak satu ketika dahulu, merasa kesal apabila pembangkang dikatakan mahu menggunakan slogan tersebut semasa kempen pilihan raya negeri Sarawak nanti.
Bekas jurulatih Sarawak itu, Awang Mahyan Awang Mohamad, 60, berkata, slogan Ngap Sayot yang diciptanya sekitar akhir 80-an tidak boleh digunakan untuk slogan politik.

"Saya terkejut dan secara jujur saya katakan saya tidak suka (untuk dijadikan slogan politik) kerana ia hanyalah untuk sukan,” katanya di sini hari ini.
Beliau mengulas laporan dua hari lalu yang menyebut Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng semasa berada di Sibu berkata, Pakatan Rakyat akan menggunakan slogan Ngap Sayot untuk kempen pilihan raya mereka dalam pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak nanti.
Ngap Sayot menggambarkan daya juang dan permainan cantik pasukan Sarawak yang dikemudikan oleh Awang Mahyan pada tahun 1988 hingga 1990 di dalam Liga Malaysia, ketika skuad bola sepak Sarawak berada di era kegemilangannya. – Bernama

No comments:

Post a Comment