PKR - FREEMASON

PKR - FREEMASON
The All Seing Eye

Sitelevel Spidering

Search This Blog

Thursday, May 20, 2010

JAG TIDAK IKHLAS DAN BERMOTIF POLITIK ISU BUNG MOKHTAR

 
Kumpulan bertindak untuk kesetaraan gender (JAG) mendesak supaya Bung Moktar Radin mengosongkan kerusi parlimennya kerana melanggar undang-undang ekoran berpoligami tanpa kebenaran namun tindakan terpilih mereka menimbulkan persoalan....

Jurucakap JAG, Maria Chin Abdullah berkata kononnya Bung Moktar, Ahli Parlimen BN Kinabatangan itu telah melanggar undang-undang serta memberi mesej yang tidak baik dan tidak sepatutnya mewakili rakyat Malaysia lagi.

Bung Moktar Radin juga dikatakan telah berpoligami tanpa kebenaran juga merupakan satu bentuk penghinaan kepada golongan wanita.
Tahniahlah kepada aktivis JAG yang telah berhempas pulas memperjuangkan nsib kaum wanita sehingga dapat menganjurkan demonstrasi dihadapan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.

Sebelum ini belum ada lagi demonstrasi serupa ini dilakukan oleh mana-mana NGO’S mendesak seorang Ahli Parlimen atau ADUN meletakkan jawatan kerana berpoligami tanpa kebenaran Mahkamah atau isteri pertama……

Yang peliknya, mengapa JAG sasarkan kepada Bung Moktar Raden sahaja ?

Apakah kerana Bung Moktar bernikah dengan artis cantik macam Zizie ?

Apakah kerana Bung Moktar terlalu lantang dalam Parlimen ?

Apakah kerana Bung Moktar seorang Ahli Parlimen UMNO-BN ?

Kalau tidak, mengapa JAG tidak membuat sebarang bentuk bantahan, demonstrasi mendesak mana-mana Wakil Rakyat atau mana-mana individu yang telah membuat penganiayaan terhadap kaum wanita ?

Kenapa JAG tidak desak Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, Ahli Parlimen PAS dari Kelantan telah dikenakan hukuman penjara dan denda oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu kerana berkahwin dengan seorang wanita Kemboja tanpa kebenaran ?

Macammana pula dengan ADUN PAS, kawasan Melor, Wan Ismail Wan Jusuh ?Bukankah Wan Ismail juga berkahwin tanpa kebenaran ? dan hebuh pasal tuntutan cerai dan nafkah jutaan ringgit dengan bekas isterinya juga seorang wanita muaalaf dari Kemboja.

Masakan hanya Bung Moktar saja yang kena ambil tindakan sebegitu, JAG kenalah mengambil tindakan yang adil kalau benar-benar ikhlas untuk membela nasib kaum wanita.

Banyak lagi perlakuan penganianyaan terhadap kaum wanita, yang JAG perlu membuka mata, banyak kesah wanita-wanita yang dipaksa jadi pelacur, dijadikan barang dagangan.

Tidak kurang juga kanak-kanak permpuan umur 9-10 tahun yang dipaksa berkahwin……

Kalau JAG benar-benar ikhlas dan telus hendak membela, bukalah mata seluas-luasnya, jangan sekadar mencari kes-kes yang boleh mendapatkan publisiti besar sahaja…….
 
Perkembangan terbaru... nampaknya Bekas Musti Perlis Dr Asri bersimpati dengan apa yang menimpa Bung Mokhtar. Apakata JAG bantah pulak Dr Asri sebab Dr Asri menggalakkan kelakuan seperti Bung Mokhtar.......
APA KATA JAG???

No comments:

Post a Comment