PKR - FREEMASON

PKR - FREEMASON
The All Seing Eye

Sitelevel Spidering

Search This Blog

Tuesday, May 4, 2010

PEGUAM TUNTUT TUDUHAN BUNUH KEATAS POLIS YANG TERLIBAT

Peguam tuntut tuduhan bunuh ke atas polis yang terlibat

TERKINI : Barisan panel khas pemantau siasatan terdiri daripada Tun Haniff Omar, Datuk Dr Denison Jayasooria (aktivis), Datuk Seri Muhammad Shafee (peguam), Datuk Michel Yeo, Penganalisis jenayah terkenal Kamal Affandi, Prof Madya Datuk Abd Halim Sidek, Datuk Wira Abu Seman Yusop

Peguam keluarga remaja 14 tahun yang ditembak mati oleh polis - Aminulrasyid Amzah , Karpal Singh menuntut anggota polis yang terlibat dengan kes berkenaan didakwa atas tuduhan membunuh.



Menurut Karpal, peguam negara perlu membuat pendakwaan atas tuduhan bunuh, berdasarkan keterangan daripada saksi utama kejadian itu, Azamuddin Omar.

Beliau berkata demikian kepada pemberita setelah melawat lokasi kejadian di Seksyen 11 Shah Alam hari ini.

"Saya akan menulis surat kepada peguam negara untuk mendapatkan apakah pendirian beliau, dan menggesa beliau, berdasarkan keterangan saksi utama, supaya pendakwaan perlu dibuat atas tuduhan bunuh," katanya.

Menurut Karpal, polis yang terlibat dalam kejadian itu juga berhak untuk menyampaikan cerita mereka, tetapi hak keluarga mangsa tidak boleh diketepikan.

Beliau menyifatkan kes tersebut sebagai kes prima facie berikutan tindakan polis dalam kejadian berkenaan.

"Saya rasa polis bertindak melampaui batas yang ditetapkan ke atas mereka.

"Sekiranya (benar) apa yang saya diberitahu dan apa yang saya dapati, saya rasa ini jelas merupakan satu kes pembunuhan.

"Saya difahamkan (siasatan) kes ini telahpun diklasifikasikan sebagai (kes) bunuh," katanya lagi.

Tambahnya, beliau juga akan meminta supaya diberikan salinan rakaman kenyataan oleh saksi.

"Saya difahamkan ada dua kenyataan," kata Karpal.

Ujarnya, mahkamah yang mengendalikan kes ini juga perlu diberikan garis panduan yang membolehkan polis melepaskan tembakan.

"Malangnya, standing order oleh ketua polis negara ini diklasifikasikan sebagai rahsia rasmi.

"Namun dalam apa-apa keadaan, apabila kes ini ke mahkamah, kami perlu dapatkan ruling atas keadaan-keadaan yang perlu oleh polis untuk melepaskan tembakan," katanya lagi.

Karpal sebelum itu meluangkan masa kira-kira lima minit bersama saksi, Azamuddin Omar, untuk bertanyakan beberapa butiran mengenai kes tersebut.

Karpal antara lainnya menanyakan berapakah jumlah kereta polis yang mengejarnya pada malam kejadian.

Azamuddin turut disoal, bilakah polis mula melepaskan tembakan dan bilakah tembakan itu mengenai Aminulrasyid.

Karpal turut menyoal saksi tersebut bagaimanakah beliau keluar daripada kenderaan berkenaan dan sama ada beliau terus pulang ke rumah selepas keluar daripada kereta yang dipandu mangsa.

Azamuddin yang kelihatan tenang ketika menjawab soalan-soalan itu berkata, terdapat dua atau tiga buah kereta polis yang mengejar mereka ketika kejadian.

Katanya lagi
i, polis mula melepaskan tembakan ketika mereka memasuki Jalan Tarian, kira-kira 300 meter daripada tempat kereta yang dipandu Aminulrashid itu berhenti.

Tambahnya, ketika kereta masih bergerak, polis masih melepaskan tembakan walaupun mangsa sudahpun meninggal dunia.

"(Aminulrashid) sudah meninggal tapi kaki dia masih lagi tekan minyak," kata Aminuddin ketika ditemubual Karpal Singh.

"(Cermin) tingkap sudah retak pada masa itu... Saya terjun keluar," katanya lagi.



APAKAH KREDIBILITI SAKSI UTAMA TRAGEDI AMINUL RASYID?


Kena belasah dengan lima anggota polis yang terlatih. Cedera di tangan sajakah? Ajaib! Ajaib!

Berikut adalah petikan akhbar-akhbar portal yang memaparkan sidang media Muhammad Azamuddin, yang bagi penulis mendedahkan pekung di dada:
Menceritakan kejadian Isnin lalu, Azamuddin Omar, 15 berkata, kereta berkenaan kemudian berlanggar dengan sebuah tembok dan polis terus menembak. Azamuddin yang cedera pada bahagian lengan dan belakangnya juga mendakwa lima anggota polis kemudiannya membelasahnya selepas dia keluar dari kereta untuk menyerah diri. (Sumber: Malaysiakini)
Muhamad Azamuddin mendakwa, sebaik kereta itu berhenti, dia keluar dari kenderaan untuk menyerah diri tetapi diterajang serta dibelasah oleh lebih lima anggota polis, selain diacu dengan senjata. “Saya bagaimanapun dapat lari dengan melalui sebuah sekolah berhampiran untuk pulang ke rumah,” katanya yang turut menunjukkan kesan kecederaan yang dialaminya di tangan kanan dan beberapa bahagian tubuh lain. (Sumber: Berita Harian Online)
Bagi penulis budak-budak ni memang berani. Kena kejar dengan mat-mat motor memang elok lah lari. Ini jumpa dengan polis pun nak lari lagi ke?

Walaupun diarah berhenti, Aminulrasyid terus memecut dan setiba di simpang berhampiran sebuah stesen minyak di Seksyen 11, dan apabila dia terdengar bunyi tembakan sebelum menyedari tayar kereta itu pancit, pun boleh memecut kereta lagi. Dahsyat ... Dahsyat ...

Diberitakan oleh budak itu di dalam laporan akhbar, lima anggota polis membelasahnya selepas dia keluar dari kereta untuk menyerah diri. Kena belasah dengan lima anggota polis yang terlatih hanya cedera di lengan sajakah?

Kalau setakat bengkak di lengan bukankah itu perkara biasa di dalam kemalangan? Kalau betul remaja berkenaan dipukul oleh pihak polis, pastinya ada kesan-kesan lebam di muka atau di badan?

Budak Azamuddin ni memang hebat, walaupun dibelasah lima anggota polis dan diacu dengan senjata, beliau masih dapat melepaskan diri dan balik ke rumah seperti tiada apa yang berlaku.

Adakah keterangan awal sudah diubah. Adakah apabila berlaku campurtangan politik dan penglibatan peguam-peguam Karpal Singh dan N Surendran telah menyebabkan remaja berkenaan mengubah kenyataannya?

Adakah budak Azamuddin ini kelihatan trauma seperti yang dilaporkan oleh pihak-pihak tertentu? Lihatlah di sini, bagaimana tenang dan selamba saja beliau mengadakan sidang akhbar.

Penulis memang bersimpati dengan keluarga mangsa. Tetapi kita tidak boleh melupakakan fakta-fakta berikut dan menunding jari 100% kepada pihak polis:
1. Kedua-dua remaja yang masih bersekolah menengah tersebut keluar awal tengah malam tanpa pengetahuan keluarga? Lebih buruk dengan pengetahuan mereka? Keluarga apakah ini?

2. Enjin kereta yang dihidupkan tidak didengari oleh ahli keluarga. Sudah tidurkah mereka atau mereka membiarkan mangsa keluar dengan kerelaan keluarga.

3. Seorang kakak sanggup membiarkan mangsa menggunakan keretanya tanpa lesen? Kunci kereta diberikan secara sukarela atau dicuri?
Kalau keluarga sendiri gagal menjaga anak sendiri, janganlah terlalu mengharap masyarakat luar akan menjaga mereka.


nama pon budak2..cakap pon berubah2..kena siasat betul2...jangan percaya macam tu jer...ingat siket manusia ni boleh buat apa sahaja untuk mencapai matlamat.. sangat hebat kena belasah ngan polis takde cuma lebam ditangan dan boleh selamat sampai rumah ... sedangkan Anwar boleh lebam biji mata, sampai terpaksa pakai penyokong leher kene belasah dengan polis dulu

Lihatlah anggota Polis perangai Parti Pakatan Rakyat yg akan menghina sehina-hinanya pasukan polis . Tapi bila time pilihanraya muka tak malu Pakatan Rasuah mintak undi Polis dan tentera ...

Dipetik dari The Unspinners

Komen Penulis : Sedangkan kes kes konflik pelajar dan guru di sekolah2 pun kita tahu apa sebabnya ....
Maka seharusnyalah penubuhan Suruhanjaya Diraja ditubuhkan untuk menyiasat sedalam dalamnya Tragedi ini, bukan sahaja allahyarham mangsa, bahkan juga kredibiliti saksi2. If true he's definitely nearing a superhuman status.

2 comments:

  1. Muhammad Azamuddin cedera d tangan dan belakang.... mgikut sumber malaysiakini, jadi xade ape yg ajaib d sini.... x kan dier nk bukak semua pakaian dier n tujuk kt public yg dier kene pukul....

    apabila ketakutan sometimes ape yg kite bt x sedar.... benda ni blaku dgn pantas sebab 2 dier lari kt uma walaupun dpt melepaskan diri... jadi kat uma dier maybe dier trauma...

    persoalan skrg ????

    nape polis tembak kete smpai bleh tkene org....

    d USA polis nk tangkap penjenayah x guna pistol , klu guna pistol pun apabila penjenayah melepaskan tembakan.... polis USA sanggup kejar penjenyah walaupun beratus kilometer tanpa menembak sesiapa

    tp polis d malaysia belom menujukkan arwah aminul mengeluarkan senjata terus kene tembak????
    blom masuk mahkamah polis da judge arwah aminul tlebih dahulu.... ni ker SOP polis????

    kedua nape smpai skrg polis yg kene tangkap @ d tuduh, muka diaorg x kuaq dlm newspaper ????? tp penjenayah laen walaupun d tuduh muka dierog akan kuaq dlm newspaper !!!!

    nape ade 5 org polis dlm kete 2??? g mane diaorg tgh2 mlm 2..... sedangkan yg slalu aq tgk polis ade 2 org dlm 1 kete..... pelik

    Di USA polis langgar kete penjenayah tp polis kt malaysia tembak dulu .... dasyat polis malaysia....

    x logik umor bdk 15 thn nk merompak... klu nk merompak bt ape sedangkan family diaorg bkemampuan... nk merompak guna parang ahahahaha klakar... korang sendiri pun x bt klu umo 15...

    ReplyDelete
  2. anda lupa.... mentaliti budak zaman skrg lebih teruk dari dulu.... tahap kurang hajar budak2 zaman skrg makin tahun makin teruk...

    dan anda tahukan bagaimana mentaliti anak polis "takpe buat salah..bapak aku polis"

    ReplyDelete