RASUAH : SIAPA BERSALAH... KERAJAAN ATAU PENGUSAHA?
RASUAH : SIAPA PUNCA... KERAJAAN ATAU PENGUSAHA?
Selain gaji dan kebajikan pekerja, produktiviti juga akan meningkat jika gejala rasuah dapat ditangani di kalangan ahli perniagaan. Statistik untuk empat bulan pertama tahun ini menunjukkan golongan kedua tertinggi ditangkap atas kesalahan memberi rasuah adalah kes menggajikan pendatang asing.
Sekali lagi kita dapat lihat tentang budaya perniagaan yang tidak sihat di negara kita. Sudahlah tidak mengutamakan pekerja tempatan, sanggup pula menawarkan rasuah kepada pegawai kerajaan.
Jangan menyalahkan penguat kuasa atau pegawai kerajaan jika punca rasuah bukannya datang dari mereka. Rasuah tidak akan sesekali berlaku jika tiada pihak yang memberi. Justeru, sokongan penuh mesti diberikan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang sedang berusaha bersungguh-sungguh membanteras gejala rasuah.
Dipetik dari satu perbincangan akhbar.
Kita semua tahu siapa yang menguasai ekonomi. Siapa majoriti pengusaha. Punca Rasuah adalah adanya kelompok yang sedia untuk 'memberi' kononnya untuk melicinkan operasi.
Kenapa perlu 'memberi untuk melicinkan operasi'? jika operasi mereka tidak mengikut garis panduan yang telah ditetapkan dan melanggar undang2 sedia ada? Tiada orang yang akan berani meminta melainkan telah biasa meminta dan menjadi berani meminta. Dan permintaan bermula kerana adanya perbuatan "PENAWARAN" dan apabila 'penawaran' diterima, maka rasuah terjadi dan ia akan berulang ulang kerana wang (dan dalam apa jua bentuk hadiah) dan wanita adalah godaan buat manusia yang terbesar.
Dan punca berlakunya rasuah adalah kerana berkembangnya ekonomi, lalu saya bertanya - Siapa yang menguasai ekonomi?
Jangan menuduh orang lain punca rasuah padahal andalah punca wang tersebut kerana mahukan kos perniagaan yang rendah dan melicinkan operasi anda kerana anda menjalankan operasi tanpa mengikut peraturan
No comments:
Post a Comment