PKR - FREEMASON

PKR - FREEMASON
The All Seing Eye

Sitelevel Spidering

Search This Blog

Friday, May 21, 2010

PERKASA DESAK BATALKAN LESEN JUDI PIALA DUNIA : MANSUHKAN AKTA PERTARUHAN POOL!! MANSUHKAN AKTA PERJUDIAN RUMAH TERBUKA!!



“Batalkan lesen judi Piala Dunia 2010 atau mansuhkan Akta Pertaruhan Pool dan Akta Perjudian Rumah Terbuka!” desak Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Wira Perkasa) berikutan pemberian lesen konsesi berbilion ringgit itu kepada Kumpulan Berjaya Corporation bagi mengendalikan pertaruhan judi bola sepak sempena temasya sukan itu Jun ini.
Ketua Wira Perkasa, Arman Azha Abu Hanifah, berkata isu ini bukan sekadar ‘halal atau haram’, tapi ia dilihat satu tindakan yang boleh menggugat kestabilan sosial.


“Parti pemerintah dan parti pembangkang boleh menggunakan kuasa yang diberi rakyat untuk membuat tindakan dengan mengusulkannya di Parlimen.

“Sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Wira Perkasa hanya mampu mendesak pihak terbabit untuk memansuhkan akta itu kerana kuasa terletak di tangan Ahli Parlimen,” katanya.

Arman ditemui pada sidang media anjuran Wira Perkasa mengenai bantahan pelaksanaan pemberian lesen judi Piala Dunia 2010 di ibu pejabat pertubuhan itu di sini, semalam.

Beliau turut meminta isu itu tidak dipolitikkan melalui bantahan jalanan dan demonstrasi kerana ia akan lebih memburukkan keadaan.

Beliau mencabar Pakatan Rakyat (PR) terutama Pas dengan sokongan DAP untuk membahas bantahan pelaksanaan pemberian lesen judi terbabit di Parlimen. Menurutnya, sebelum ini DAP pernah difahamkan turut tidak bersetuju pemberian lesen judi itu.

“Jika mereka tidak bersetuju, gunakan saluran betul dan sekiranya benar mereka membangkang pemberian lesen judi itu, ini bermakna mereka mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara Islam,” katanya.

Atas desakan itu, Wira Perkasa kini mengambil inisiatif mengumpul 40 ribu tanda tangan orang ramai yang bersetuju membantah pelaksanaan lesen judi Piala Dunia untuk diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjelang minggu hadapan.
Pertubuhan itu juga memohon badan NGO lain yang bersetuju dengan bantahan itu untuk turut serta memperjuangkan tindakan mereka itu.

Sebelum ini, Menteri Kewangan, Datuk Chor Chee Heung berkata Kementerian Kewangan sudah memberi lesen kepada sebuah syarikat tempatan untuk menjalankan kegiatan pertaruhan judi bola sepak pada kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010.

Berita ini dipetik daripada Harian Metro 21/05/2010. Dan Akhbar2 dan Media2 Berkepentingan seperti Utusan Malaysia, Malaysiakini dan beberapa portal lain tidak mengulas mahupun menyiarkan langsung kenyataan oleh PERKASA ini. Betul kata Wira PERKASA tersebut jika setakat melalak dan bising di jalanan apa gunanya? sedangkan masing2 ada kuasa di Parlimen untuk mengemukakan usul. Nampaknya Orang2 Politik baik pemerintah mahupun pembangkang ada motif kepentingan disini. Kita lihat siapa yang akan mengusulkan isu ini di Parlimen.

No comments:

Post a Comment