PKR - FREEMASON

PKR - FREEMASON
The All Seing Eye

Sitelevel Spidering

Search This Blog

Friday, May 21, 2010

Manikavasagam dakwa 'diugut' orang dalam PKR


Ahli parlimen Kapar S Manikavasagam mendakwa beliau sekali menerima 'ugutan' menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) yang kali ini dikatakan dilakukan oleh 'orang dalam' PKR.

Menurut Manikavasagam, SMS itu dihantar oleh pembantu khas seorang exco kerajaan Selangor, Selasa lalu.

Katanya, pembantu khas exco itu mahukan beliau berhenti menyerang Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, membabitkan isu Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB).

"Penghantar SMS itu mengatakan saya kurang ajar," katanya kepada pemberita di Klang hari ini sambil menambah ia juga berbaur perkauman.


Dia bagaimanapun enggan mendedahkan maklumat lanjut berhubung SMS itu ataupun mengenapasti dalang berkenaan.

Menurut Manikasavagam, dia belum memberitahu perkara itu kepada ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya rasa terancam dan ditakut-takutkan oleh SMS itu,” katanya.

Sebelum ini, ahli parlimen Kapar itu juga mendakwa menerima tiga panggilan ugutan bunuh dan rumahnya turut disimbah cat merah oleh orang tidak dikenali.


Hai... makin lama makin banyak ragam pulak dalam PKR ni. Ini semua gara2 Manikavasagam tidak tahan dengan penyelewengan yang berleluasa di Selangor oleh Pakatan Rakyat yang dipimpin PKR,PAS dan DAP. Adakah anda semua masih mahu mempertikaikan lagi kenyataan Pakatan Rakyat tidak lebih baik dari Barisan Nasional? Malah lebih teruk budaya ganas, samseng dan ala mafia menjadi trademark PR menjalankan tugas memerintah.

Boleh diagak nasib Manikavasagam selepas ini. Beliau pasti akan dihadapkan ke 'Mahkamah' PKR seperti yang dialami oleh Zulkifli Nordin. YB Manikavasagam harus bersedia untuk 'menikmati' pelbagai kata nista,cacian,makian dan tuduhan drp pemimpin2 PR dan para penyokongnya. Manikavasagam telah pun di Blacklist kan oleh PKR dan PR

No comments:

Post a Comment